Menjadi Pelajar Cemerlang

Kehidupan

Assalamualaikum dan salam hormat,

seperti yang aku tulis dalam posto-posto sebelum ni, semenjak dua menjak ni, aku makin suka membaca buku-buku ilmiah, kali ni aku nak kongsi rahsia kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah. Buku yang bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah. Aku pun belum habis membaca buku tersebut secara keseluruhannya.

Apa yang menarik minat aku membaca buku ini adalah bahagian yang menghuraikan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pelajar tidak kira sama ada di peringkat rendah sehingga peringkat Universiti untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dari segi sahsiah juga.

Siap ada autograph Nik Nur Madihah lagi.. kah3, tapi tanda tangan tu bonda ku yang minta kerana alang-alang Nik Nur Madihah beri ceramah untuk pelajar-pelajar di SAM BBST, tempat bonda ku mengajar. Jangan salah sangka yang aku menggunakan bonda ku untuk mendapatkan buku dan autograph Nik Nur Madihah tu, ya lah, perkara yang begitu kecil boleh di perbesar-besarkan hanya kerana salah faham. Lagipun masa tu aku berada di Kulim, Kedah untuk proses menyiapkan projek Intel ISEF tu la…

Kembali kepada tajuk…

Menjaga Hubungan Dengan ALLAH

–>Solat fardhu di awal waktu.
–>Bersihkan hati daripada sifat mazmumah.
–>Qiyamulail iaitu menunaikan Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat, Solat Witir dan Solat Istiharah.
–>Berpuasa sunat isnin dan khamis.
–>Mengamalkan Solat Dhuha setiap pagi.
–>Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW setiap hari (jumlah yang disyorkan 1,000 kali sehari).
–>Makan makanan yang halal dan jauh dari syubahah.

Menjaga Hubungan Dengan Manusia

–>Mentaati ibubapa dan elakkan menyakiti hati mereka.
–>Selalu memohon keampunan dari ibubapa dan mendoakan mereka.
–>Berbuat baik pada guru-guru dan sentiasa mendoakan mereka.
–>Ikhlas dalam persahabatan.
–>Selalu tersenyum kepada sesama muslim.
–>Menjaga tutur-kata.
–>Elakkan dari menyusahkan orang lain selagi mampu berdikari.
–>Menanamkan rasa cinta kepada sesama muslim.
–>Jika berbuat kesalahan, segeralah memohon maaf.
–>Menghormati orang yang lebih tua dan bersikap adil kepada yang lebih muda.
–>Bercakaplah dengan lembut dan berhikmah.

Mengutamakan Pelajaran

–>Niatkan menuntut ilmu kerana Allah bukan kerana peperiksaan.
–>Menanam rasa cinta terhadap ilmu pengetahuan.
–>Banyakkan bertanya guru di dalam kelas.
–>Memberikan sepenuh perhatian sewaktu belajar.
–>Bersedia dengan pembacaan sebelum guru mula mengajar
–>Menggunakan kaedah pembacaan sebelum guru mula mengajar.
–>Menggunakan kaedah pembacaan yang efisien iaitu membaca, faham, menghafal, dan menulis kembali isi pembacaan.
–>Mengadakan perbincangan dengan teman-teman.
–>Banyakkan berfikir dan melatih otak.
–>Tidak mencampur-adukkan masalah peribadi dengan pelajaran.
–>Membuat latihan dan persedia awal sebelum ujian atau peperiksaan.
–>Membaca buku-buku rujukan tambahan selain buku teks.
–>Membuat nota kecil.
–>Mengelakkan diri daripad terlibat perkara negatif ketika belajar.

Meningkatkan Kemahiran Diri

–>Aktifkan diri dengan aktiviti kokurikulum sekolah.
–>Banyakkan berinteraksi di dalam kelas.
–>Belajar menulis esei atau penulisan sastera.
–>Jadikan amalan membaca sebagai kewajipan.
–>Memperaktiskan bahasa sama ada Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dengan guru dan kawan-kawan.
–>Luangkan masa dengan program berbentuk kerohanian seperti usrah, ceramah agama, qiyamulail dan sebagainya.
–>Beranikan diri bercakap di depan khalayak seperti pidato dan syarahan.
–>Mengetahui perkembangan dunia luar melalui pembacaan dan internet.
–>Tidak malu untuk belajar dari kelemahan diri sendiri.
–>Banyakkan membaca buku sejarah berkaitan Islam dan budaya Melayu.
–>Meneroka ilmu Sains dan teknologi.

Prinsip Diri

–>Tidak mudah terpedaya dengan hiburan duniawi.
–>Tegas dengan pegangan agama dan budaya Melayu.
–>Berani kerana benar.
–>Melihat kesusahan sebagai satu nikmat Allah bukan halangan
–>Menyuruh kepada yang baik dan melarang kemungkaran.
–>Yakin dengan kemampuan diri setelah berusaha.
–>Semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang bertaqwa.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


3 thoughts on “Menjadi Pelajar Cemerlang”

  1. hahah. ade sign? :DD best best. 😀
    org pna jumpe yg ape tuu name, yg after amalina tu.
    yehh, tk ingat name. 😛
    tgh shopping ttbe nmpk die, tegur lg tuu,
    satu family die knal kan. hahah.
    maluuuu je. -.-“

    Reply

Leave a Reply to Wani J Cancel reply