Apa Erti 21 Tahun Bagi Fikri?

Photo of author

Fikri Mastor

1 Comment

Kehidupan

Apa Erti 21 Tahun Bagi Fikri?
2 tahun yang lalu,

“Mak, nanti fikri nak pilih yang dekat-dekat je la” – kata fikri kepada emaknya.

“Baguslah, boleh balik selalu, cukup lah dah jauh-jauh sebelum ni” – balas emak pula sambil meneliti buku-buku latihan anak muridnya.

Acap kali aku melihat kudrat si ibu, kadang-kadang bersengkang mata semata-mata ingin menghabiskan menanda buku latihan itu. Setiap hari, setiap minggu, setiap tahun, perkara yang biasa dilakukan oleh insan bernama guru.

Guru ku yang paling terbaik sepanjang zaman adalah pengalaman. Sepanjang 21 tahun ini sangat banyak pengalaman yang diterima. Sangat banyak sehingga boleh termuntah jika tidak diuruskan dengan baik.

Namun, berbekal pengalaman yang ada juga kita sering kali mengulang kesalahan yang sama. Sudah banyak kali berusaha untuk tidak melakukannya, tetapi apalah daya selaku manusia biasa.

Kata orang “enta ni kena ada orang yang jaga ni, cepat-cepatlah”. Sehinggakan diri sendiri termakan dengan kata-kata mereka, layan~

Itu kata mereka, tetapi sebenarnya jiwa ini sudah pun melafazkan janji yang sehingga hari ini tidak mampu ditunaikan. Bukan tidak pernah ditunaikan, cuma janji yang dilafazkan itu tidak seperti yang ditafsirkan di hati suatu ketika dulu.

Jika di MRSM dulu,

“Kau sembang dengan siapa tu? Dengan awek eh? Lembut, slow semacam je.” – tanya naqib, sahabat sebilik dulu. Walaupun tidak lama kami kekal sebagai teman sebilik, kami sudah lama kenal sejak sekolah ‘kementerian’ lagi.

Sambil tersengih menahan telahan Naqib, “Mak aku la. Aku ni mana ada awek macam kau. Hehe”. Teringat dialog 4 tahun yang dulu.

Entri kali ini saya tujukan kepada bonda saya, Kamariah Binti Hj. Radzwan khususnya dan juga buat ayahanda, Mastor Hj Suratman. Meskipun saya tidak menulis bahagian ayahanda, tidak bermakna tiada ertinya di hati anak ini. Malah, anakanda ini juga tidak berharap orang tuanya akan membaca entri ini.

Cukuplah saya katakan, sumber kekuatan saya adalah ibubapa saya sendiri. Baik ketika susah mahupun senang, rumah adalah tempat saya jana semula semangat yang hilang. Jika bersusah hati, sanggup menerjah kesejukan hutan Bangi Lama menuju ke Sepang.

Kadang-kadang tidak balik pun, sekadar singgah melihat rumah yang ku tinggalkan demi Varsiti tercinta. Melihat daripada jauh. Tenang dan damai rasanya.

Setiap kali anak ini ingin pulang ke Varsiti, pasti bonda tidak pernah lupa untuk memberikan kucupan di muka. Detik hati ini, “Ya Allah, aku sayang dan bersyukur dengan anugerah Mu ini”. Walau anak ini sering melakukan perkara yang meresahkan hati orang tuanya.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


1 thought on “Apa Erti 21 Tahun Bagi Fikri?”

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply