Bijak Sifir Edisi 2

Photo of author

Fikri Mastor

5 Comments

Kehidupan

bijak sifir version 2

Kitab Bijak Sifir

Ha! kali ni dibawakan edisi ke-2 bijak sifir,kali ni berbeza dengan yang sebelumnya, kerana berlangsung di 2 tempat berbeza. Perjalanan para fasi bermula dari jumaat malam sabtu dengan komuter. Kekuatan fasi sebanyak 13 orang. Sekali lagi lupa untuk mengambil gambar bersama semua ahli tenaga kerja program ini. Lain kali la nampaknya.

Pengisian program kali ni agak berbeza terutamanya pada hari ahad. Dua motivator, penggerak utama program ini, En. Halim(En. Halim merupakan pensyarah kanan matematik di Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak) selaku penasihat kepada (Muhamad Tajuddin Mustafa) Sifu Taj terdapat sedikit perbezaan atau kelainan. Bijak Sifir kali ni dilaksanakan dengan sedikit kelainan. Apakah kelainan tersebut?

Blur la plop

Kali ni program Bijak Sifir berjalanan serentak dengan program Bijak Tambah Tolak. Bijak Tambah Tolak disasarkan kepada adik-adik yang masih lemah dengan tambah tolak. Kebanyankan peserta yang hadir untuk Bijak Tambah Tolak ini terdiri daripada pelajar-pelajar darjah 2-3. TAPI! Jangan terkejut jika ada yang hadir dalam Bijak Tambah Tolak ini ada yang sudah di peringkat senior, darjah 6. Tak pa,orang kata “kemampuan masing-masing”. Selaku manusia umumnya hamba Allah yang khilaf, kita tidak lengkap/sempurna. Pasti ada cacat cela yang kita sendiri ketahui mahupun masih bersembunyi.

SABTU(29 Jan 2011) di dewan sri budiman,uItm shah alam

Fokus!

Program pada tarikh ni seronok sangat! Adik-adik yang sempoi,relax, yang penting prestasi memang mantooop! Saya akui peserta kali ni berbeza dengan sesi lepas di Bangi. Kelajuan menanda buku mereka sentiasa meningkat selari dengan peningkatan ujian-ujian yang dilakukan. Tak cukup tangan saya dibuatnya.

kesungguhan!

Peserta hari sabtu ni tidak banyak kerenahnya. Ada kesungguhan untuk belajar dan berjaya. Itu aspek paling penting dalam sesi pembelajaran. Jika timbulnya minat segala perkara yang sukar pasti dapat diselesaikan dengan baik dan lancar. Seperti kita juga, jika ditimpa pelbagai musibah/masalah, selesaikan satu persatu. Jika masalah tersebut dilonggokkan atau dikumpulkan menjadi satu, hatta lagu mana pun,nak selesaikannya MEMANG susah. Menambahkan beban dan penat badan ja.

Pelbagai ragam saya rakam, pelbagai kerenah saya layan. Penat lelah tu memang suatu yang pasti. Siapa tak penat melayan kerenah anak-anak seawal usia 7-12 tahun. Perbezaan umur atau taraf pemikiran yang berbeza membuatkan kita pening kepala. Tapi hakikatnya begitu juga zaman kita kecil dulu. Bagaimana seorang ibu mampu melayan kerenah anak-anaknya yang seramai 7-8 orang, tetapi di saat si ibu di usia emasnya, anaknya seramai 7-8 orang itu belum mampu menguruskan kerenah si ibu pula nanti. Suatu hakikat yang pasti. ๐Ÿ™‚

Lagi satu yang lawaknya, ada dalam kalangan peserta ni, disebabkan mereka saling berlumba nak siapkan dulu ada yang curi-curi lihat skema jawapan(buku sifir la!). Saya perasan ja, terus amik seraya berkata “abang pinjam dulu boleh?” hehe! Tersengih-sengih budak tu. Nak cepat siap bukan dengan usaha sendiri. ๐Ÿ˜€

Tidak kurang juga ada Fasi yang tidak ‘sporting’. Bukan nak buat calon menantu mak pun, mak pun dah ada calon rasanya ๐Ÿ˜€ (chewah!), gambar sikit tak boleh. haha! Macam ni la jadi gambarnya.

Cikgu Aisyah

berita sedih.

Perkara sedih datang pagi tersebut. Saya dikejutkan dengan berita bilik saya di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia di pecah masuk. Alhamdulillah barang-barang saya selamat. Cuma yang kesian teman sebilik saya kehilangan komputer riba dan dompet. Saya hanya mampu beristighfar. Meneruskan program dengan dalam keresahan. Hilang separuh semangat saya untuk berseronok dengan anak orang lain. Saya berdoa agar ‘si pengambil harta orang’ tersebut terbuka hatinya dan sedar akan apa yang telah dia lakukan. Saya faham desakan kewangan pelajar-pelajar khusus PTPTN, tetapi jalan yang dipilih adalah salah. Menyusahkan orang lain dan menindas hak orang lain sebagai penghuni sebumbung iaitu kebebasan hidup. Kami pun bukan dari keluarga yang senang. Harga sebuah komputer itu menyamai harga makan pakai kami 1 semester. Semoga Allah memberi sinar hidayah kepada beliau.

Cikgu Noriah
Cikgu Hadi
Garang! haha!

Ahad (30 Jan 2011) di masjid putrajaya.

Hari ni agak suram. Hujan yang melanda bumi Selangor bagai menangisi kekalahan di Stadium Melawati. Saat dua gergasi arena bola sepak Selangor dan Kelantan berentap merebut Piala Sumbangsih. hehehe! Harapnya hujan beberapa hari ini adalah hujan rahmat. InsyaAllah ๐Ÿ™‚ Permulaan program agak lambat pada pagi ini. Almaklum,kami terpaksa mengikut waktu pejabat. Katanya la. Kekalutan dalam penyediaan tempat program, menyusun atur alat tulis, pemasangan alat pembesar suara, semuanya kerana kelambatan dewan kuliah dibuka.

Alhamdulillah dengan kekuatan sedia ada, kami mampu menyelesaikan segala masalah yang timbul. Program Bijak Sifir dan Bijak Tambah Tolak dilaksanakan serentak. Untuk makluman, Bijak Tambah Tolak ini adalah program khas dan julung kalinya dilaksanakan. Perlaksanaan Bijak Tambah Tolak ini diharapkan dapat mengukuhkan asas pengiraan sebelum peserta dapat menguasai sifir dengan mudah. Berdasarkan pengalaman lepas, kebanyakan peserta sukar dalam menyelesaikan permasalahan sifir bukan kerana masalah otaknya tidak reti mengira/menghafal. Tetapi kerana asas tambah tolak masih belum dikuasai sepenuhnya. Tujuan utama program bijak sifir adalah untuk menerapkan sifat mengira berbanding menghafal nombor-nombor seterusnya mencipta generasi yang lebih kreatif.

Para fasilitator dibahagikan kepada dua kumpulan. Saya secara sukarela meredah masuk ke dalam bilik kuliah Bijak Tambah Tolak. Sengaja mencuba kelainan. Dengan harapan program ni lebih mudah dikendalikan. Rupa-rupanya lagi sukar kerana faktor emosi kanak-kanak. hehehe ๐Ÿ˜€ Memang main emosi betul kalau bersama peserta darjah 2-3. Tapi tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk membantu agar mereka ini suatu hari nanti bakal mencipta kejayaan bukannya mencipta kehampaan. InsyaAllah.

Pendek vs Panjang

Program dimulakan dengan sesi meluahkan apa yang telah dipelajari, setakat mana kemampuan dalam menyelesaikan masalah tambah tolak. Apa yang saya perhatikan terdapat pelajar yang sememangnya terbaik dari segi kemampuan tambah tolak, dan ada juga yang masih terkial-kial walaupun 5 minit yang diperuntukkan telah pun tamat. Pada peringkat awal ini, minat mereka terhadap matematik masih belumย  timbul. Ada yang bosan, mereka tak mahu lakukan ujian pertama sekiranya tidak dipaksa. Biasala budak-budak, hati-hati fasi yang keras macam batu ni,terpaksa dilembutkan agar sesuai dengan jiwa mereka. (jadi kanak-kanak ribena sebentar ๐Ÿ˜€ )

Skema

Biasanya di peringkat kanak-kanak ini, tumpuan mereka kepada apa yang disampaikan oleh motivator, En. Halim hanyalah sebentar. Pelbagai kerenah timbul, ada yang bermain di bawah meja, ada yang berlari-lari, ada yang asyik nak melawat tandas ja, dan macam-macam lagi. Ini antara cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Tetapi selepas solat zohor, entah kenapa hati mereka seolah-olah lembut dalam mendengar kata. Alhamdulillah, hikmah berjemaah mungkin, fasi,motivator dan peserta seperti menyelami atau memahami keadaan masing-masing. ๐Ÿ™‚

Tiba sesi perbincangan bersama ibubapa. Saya paling risau apabila saat ini tiba. Saya tak tahu nak terangkan bagaimana keadaan anak-anak mereka ketika program sedang berjalan. Nak dikata nakal, takut ibubapa kata saya tak mampu menjadi fasi. Semuanya kerana ketakutan. Alhamdulillah, mereka terbuka dalam menerima pendapat fasilitator. Ada komen daripada ibu bapa yang mengatakan mereka telah menghantar peserta ke program abacos arithmatic.

Saya juga pernah mengikuti program tersebut sebelum ni. Masalah timbul apabila peserta keliru dalam menyelesaikan permasalahan matematik apabila melibatkan penggunaan jari. Kaedah Bijak Tambah Tolak banyak menggunakan jari tetapi berbeza sangat dengan pendedahan yang dilakukan oleh Abacos. Saya yakin peserta tersebut bukan tidak mahu mempelajari matematik, tetapi bosan dengan kaedah mengelirukan.

video

Sebenarnya ada sedikit video yang ingin saya kongsi,tetapi had penggunaan blog percuma ni tidak membenarkan saya muat naik video terpaksa la anda semua melawat laman sosial saya. Fikri Arrazi (facebook)

Gambar

Disini terdapat beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari kejadian.

Adik Comel
Peace!
Ujian awal
Gaya menanda.

Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


5 thoughts on “Bijak Sifir Edisi 2”

Leave a Comment