Bijak Sifir!

Photo of author

Fikri Mastor

1 Comment

Kehidupan

Aha! kali ini berkaitan dengan 1 lagi program yang saya sertai. Bijak sifir? bukan bermaksud saya menjadi peserta ye. Saya menjadi salah seorang fasilitator dalam program tersebut yang julung kali diadakan di UKM. Program tersebut berlangsung 2 hari. Tetapi saya dan seorang lagi rakan sekolej saya sempat sehari sahaja atas urusan yang tidak boleh dielakkan.

lucu!

Pelbagai perkara yang amat menggelikan hati saya, memandangkan kebanyakan pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Budak-budak yang masih diperingkat pembesaran pasti banyak kerenahnya. Alhamdulillah, saya lihat ada juga peserta daripada sekolah menengah. Mereka juga tidak berasa segan menuntut ilmu bijak sifir ini bersama-sama adik-adik mereka.

Kisah lucu bermula apabila seorang peserta sekolah rendah bertanyakan kepada saya, nama panggilan abdullah(bukan nama sebenar);

Abdullah: “abang,siapa sifu taj?”

saya: cikgu yang dok ajar kat depan tadi le

Abdullah: dia pandai ke?

saya: *dalam hati. muahahahaha!! biar betul budak ni.

saya: aih~,sebab tu la dia boleh ajar bijak sifir.

Abdullah: dia lagi pandai dari adi putra ke?

saya: *hati lagi.  macam tu sekali hang tanya. hahaha!

saya: itu abang tak taw!

Sungguhpun saya akui, terdapat segelintir pelajar yang mungkin bosan dengan teknik ini, ada yang berkerut dahinya memikirkan cara nak selesaikan masalah matematik dengan cepat dan cekap, ada yang tidak fokus. fokus! ya fokus, saya agak keletihan melayan 2 orang peserta ini. Dari pengamatan saya, seorang peserta ni agak lemah dalam tambah dan tolak. Masih terkial-kial. Saya memberikan fokus yang lebih kepada irfan. Kata ibunya, dia baru selesai pembedahan laser di matanya. Kemungkinan apa yang diajarkan oleh sifu itu tidak berkesan atau tidak lekat dalam mindanya.

Lagi seorang ni, saya tidak ingat namanya. Gaya seperti dipaksa oleh ibu bapa. Siap main roket kertas lagi. saya tanya, “adik tak minat ke dengan program ini?”….. tiada jawapan……

kagum

Ada seorang peserta ini, saya agak kagum dengan usahanya. Nama panggilan iyad. Tulisan agak cantik. Hensem! Iyad sentiasa berusaha dalam meningkatkan teknik matematiknya. Apa yang saya kagum ialah, walaupun agak lambat pada awal program, tetapi apabila tiba diperingkat pertengahan, Iyad mampu bersaing dengan rakan-rakanya yang lain dalam merebut ranking siapa paling cepat menyelesaikan sifir. Tiada apa yang mustahil sekiranya kita BERUSAHA! ya berusaha, seperti firman Allah taala, sekiranya sesebuah kaum/tamadun manusia itu mahu berubah kepada lebih baik, maka mereka perlu berusaha. Tiada jalan pendek dalam mencapai mahkota kejayaan.

Seronok!

Walaupun penat tapi agak berbaloi juga, dapat bimbing adik-adik ni mengira dengan lebih pantas. Tanpa menghafal nombor sifir pun. Saya juga dapat input juga. 🙂 Zaman mereka lebih mudah, berbanding zaman saya dahulu. Terpaksa di cemuh oleh mak dan bapak saya. Sejak dari sekolah rendah, saya memang malas mengira. Apatah lagi sifir. Dalam kelas pula, saya seorang saja yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru matematik saya ketika itu. Dirotan, dibantai, dijemur tiada apa-apa kesan.

Apa yang bermain di kotak fikiran saya ketika itu hanyalah SUSAH! Zaman sekolah rendah saya agak kelam, tiada kejayaan, hanya menimpa malu buat orang tua sahaja. Degil! seperti apa yang diucapkan oleh pensyarah kimia saya, “manusia ni tidak boleh lari dari bersikap degil!” Bahagian itu memang saya sokong!

Kesal

Kesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.  Tapi saya berusaha agar peserta yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong. Malah, saya turut serta bertemu penjaga mereka di penghujung program. Saya juga akan membantu adik-adik saya di rumah. Kalau dahulu mereka agak takut menegur saya, almaklumlah, anak sulung, memberi perintah itu tugas wajib! hehe 😀

Tapi kini, mereka agak mesra dan boleh bergurau dengan saya. Saya perlu mengalah pada setiap masa. Nabi kita,Nabi Muhammad SAW juga turut memberikan penekanan dalam soal kasih sayang. “Jika seseorang itu tidak mengasihi seseorang, maka dia tidak akan dikasihi”.

Akhir kalam.

Harapan saya hanya satu, agar adik-adik ini tidak menjejaki apa yang telah saya lakukan selama ini. Malah, ada saja orang yang memberi komen mengatakan saya ini baik, tulus dan apa-apa yang sama maksudnya. Tetapi itu hanya 10% sahaja yang anda kenali saya. Di rumah, 90% adalah sebalik dari apa yang anda nampak. Mungkin. Namun, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun, saya berusaha! Saya berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik!

p/s: PC Karnival UKM baru-baru ni, saya sangkakan boleh la dapat sebiji DSLR, tapi angan-angan sahaja nampaknya. Mahal!


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


1 thought on “Bijak Sifir!”

Leave a Comment