Bimbingan Pembelajaran..jom masuk U

Photo of author

Fikri Mastor

2 Comments

Kehidupan

assalamualaikum dan salam hormat,

Cara-cara belajar memang selalu menjadi satu persoalan penting terutama dalam kalangan pelajar IPT, kebanyakan berpendapat cara belajar di sekolah adalah sama dengan cara belajar di IPT. Tapi itu terpulang kepada individu itu sendiri.

Jadi, sempena musim pelajar-pelajar lepasan SPM…..

Jadi, sempena musim pelajar-pelajar lepasan SPM sibuk memikirkan arah tuju mereka selepas ini, aku telah membuat beberapa survey terhadap sistem pembelajaran ini termasuklah dengan membaca beberapa buah buku, sedikit saja tak banyak pun aku baca, aku ni malas membaca, tapi sekurang-kurangnya bacalah juga kan??

Buku yang aku minat sekali adalah hasil tulisan seorang pesara/bekas Dekan pertama Fakulti Pendidikan di UNISEL, beliau adalah En. Abdul Rahim Selamat. Buku beliau yang bertajuk Bimbingan Pembelajaran di IPT ni aku rasa adalah menjadi satu keperluan untuk para pelajar khususnya bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang akan menjejakkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi nanti.

Buku ini banyak mengutarakan tentang cara-cara dan teknik belajar yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau semasa menjadi dekan.

Apa yang aku nak kongsi disini adalah cara-cara membuat/mencatat nota..
berdasarkan pembacaan aku:

Ciri-ciri nota yang baik:

–> mengandungi rangka kasar sahaja.
–> terdiri daripada isi-isi penting atau isi-isi utama.
–> Nota dicatat diatas buku catatan khas.
–> Terang dan boleh dibaca.
–> Mengandungi tajuk, nama penceramah/cikgu, dan tarikh ceramah.
–> Mengandungi beberapa perkataan ringkas seperti; yang=yg , dengan=dgn, dan sebagainya.
–> Selain nota bertulis, turut diselitkan lakaran/grafik yang menyokong teks.
–> Sediakan satu helaian kosong si setiap akhir bab untuk catatan tambahan atau ulasan.
–> Perkataam/isi penting dibulatkan atau dituliskan dengan huruf besar atau ditanda dengan pen warna.
–> Nota patut disokong dengan mengenalpasti fakta-fakta yang sukar, fakta yang boleh disatukan atau dipindahkan ke kad imbasan/ulangkaji.
–> Perlu diingatkan catatan perlu dibuat dalam buku khas. Catatan yang berasingan akan memudahkan nota tersebut hilang.
–> Perlu dibaca dan dinilai sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam selepas mencatat supaya jangan lupa.

P/s: untuk pengetahuan umum, aku sebelum ini pernah membuat nota seakan-akan seperti diatas, aku membuat nota untuk subjek sejarah. Maklumlah, bukan senang nak menghafal sejarah ni, aku rajin membuat nota, tetapi tidak mengumpulnya dalam satu buku khas. Akhirnya menyebabkan aku gagal subjek sejarah untuk peperiksaan percubaan SPM 2008. Kemudian, aku terfikir adakah jalan lain untuk aku senang mengingat padahal aku telah membuat nota. Secara tidak langsung aku mendapat idea untuk mengumpulkan nota tersebut menjadi sebuah buku seakan-akan buku rujukan yang dihasilkan oleh aku sendiri. Idea tersebut muncul hasil daripada penilaian pembelajaran rakan-rakan aku yang tidak kurang hebat lah juga iaitu saudara Zulhelmi (chot).

Kesannya, keputusan SPM sebenar untuk subjek sejarah aku mendapat A yang sebelum ini gagal, Alhamdulillah, walaupun jarak masa antara ‘Trial’ dan ‘Real’ hanyalah 4 bulan, tetapi kalau aku buat minit-minit yang terakhir macam sebulan yang terakhir, memang tidak sempatlah kalau mengikut logik akal.

Jadi, persiapan awal amat penting bagi mengelakkan diri terlibat dalam kes terkandas. Aku rasa setakat ini saja lah rasanya, kalau nak lagi info-info bimbingan pembelajaran ini, belilah buku hasil tulisan En. Abdul Rahim Selamat, insya-ALLAH ‘SELAMAT’….

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, insya-ALLAH.

Beli lah ye... Insya-ALLAH selamat...
Beli lah ye... Insya-ALLAH selamat...

Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


2 thoughts on “Bimbingan Pembelajaran..jom masuk U”

  1. i kantui sjarah gak… tp xm b4 trial r..bulanan ag..
    topik dyer sket tuh..
    camner aq skor spm ialah…

    ??
    ntah r..xtau camner.. suma aq bace x masok..
    kalo ikotkn bukn logik akal…mustahil
    ko kne wat nota scara keypoint n save kt enset.
    bwat satu topik satu msg…snang nk skor essay..
    t aq kuar buku aq.. bley buat mail order..hik3

    Reply

Leave a Reply to Fuza Cancel reply