Bukan Orang Fizik & Kimia.

Photo of author

Fikri Mastor

2 Comments

Kehidupan

Aha! kali ni saya nak berkongsi mengenai sains fizik dan kimia, walaupun bukan dari bidang pengajian saya tetapi selain biologi, saya turut meminati ilmu dan hukum fizik. Baru-baru ini, saya telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh keluarga Kerohanian Kolej Keris Mas .

Mengacau bubur asyura.

Kelambatan Kolej Keris Mas menganjurkan program ini disebabkan hari asyura jatuh pada cuti sem 1 yang lalu. Jadi, semalam merupakan cuti umum. Hari yang agak sesuai bagi semua untuk hadir. Bubur asyura ini dibuat khas dari pakar memasak bubur asyura versi kelantan. Rempah bagai di pos laju dari kelantan.

Prosedurnya adalah sama seperti memasak bubur lambuk dan dodol. Kita memerlukan dapur, kawah dan gas. Pasti anda tertanya apa kaitan pos ini dengan bubur asyura serta kelengkapan memasak. 🙂

Baik! Mari kita melangkah setapak untuk keluar dari topik bubur asyura. Kita lihat gambar pula.

Anda pasti pernah melihat objek ini. Tong Gas! Sebuah bekas yang terdapat gas terperangkap di dalamnya.

Unik!

Apa yang unik? Di manakah tong gas itu berada? Di dalam besen kan?

Baiklah, apa yang menarik perhatian saya adalah perkaitannya ilmu fizik dan kimia.

Persoalan ini timbul apabila pengetua Kolej Keris Mas, Dr. Ruslin telah memeriksa keadaan tong gas tersebut. Mengapa ia berada di dalam besen? Dari sudut pandangan orang kampung atau orang biasa hanyalah menganggap ia dapat menjimatkan kos penggunaan gas asli yang banyak.

Tetapi dari pandangan orang sains yang bersikap mengkaji dan ingin tahu menghasilkan sesuatu teori mahupun inovasi yang baru.

Mengkaji

Dr. Ruslin sedang mengkaji keadaan air di dalam besen tersebut. Lalu mendapati air tersebut telah bertukar dari suhu bilik kepada suhu yang rendah. Tetapi tidak sampai mencecah takat beku.

Apa konsep fizik dan kimia yang terlibat di dalam fenomena ini? Konsep yang sering berlegar di fikiran saya antaranya ialah Enthalpy dan Teori Gas.

Zoom!

Zoom x1

Zoom x2

Zoom x3

Zoom x4

Apakah yang kita lihat sekiranya ais diletakkan di dalam air minuman? Kita akan melihat titisan air yang berada di sekitar bekas minuman kita kan? Nah! ini la buktinya. 🙂

keadaan jirim

Pertama sekali, cuba anda fikir apakah keadaan molekul yang berada di dalam tong gas tersebut. Methane yang pada asalnya berada dalam keadaan gas, bertukar kepada cecair apabila berada di dalam tong tersebut. Tidak percaya? Cuba goncangkan tong tersebut. 🙂

Sebaik saja kita membuka picu tong gas tersebut, cecair yang berada di dalamnya turut terbebas. TETAPI!  apa yang terbebas bukanlah cecair tetapi gas. Jadi, pertukaran cecair kepada bentuk gas memerlukan haba.

Haba

Air tersebut dijadikan 1 medium untuk memerangkap haba di persekitaran. Lalu, dilepaskan terus kepada tong gas. Konsepnya amat mudah. Haba diperlukan dalam menukarkan keadaan cecair kepada gas. Sekiranya haba yang diperlukan didapati dengan mudah, tiada halangan kepada sesuatu faktor untuk merubah keadaan. Proses penjimatan berlaku, walaupun tidak banyak 🙂

Analogi kehidupan

Kita sering memerlukan insan bernama sahabat setelah Allah, Rasul, serta ibu bapa. Kita memerlukan sahabat ketika kita sedang menuntut atau mengaji di sesebuah institusi pengajian. Segalanya menjadi mudah apabila sahabat-sahabat kita saling membantu antara satu sama lain. Mengulang kaji bersama, makan bersama, menyiapkan tugasan bersama, segalanya bersama. Hargailah sesebuah persahabatan, kerana susah senang, jerih perih menguji kekuatan sesebuah persahabatan. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


2 thoughts on “Bukan Orang Fizik & Kimia.”

Leave a Reply to Fikri Cancel reply