Cara Setup WP Notif, Wa Web Plus, Firebase, Dan Raspberry Pi 4

Photo of author

Fikri Mastor

2 Comments

Automize

Di dalam tutorial kali ini kita akan setup sistem notifikasi whatsapp menggunakan produk Wa Web Plus di Remote Dekstop Protocol (RDP). Tutorial ini menggunakan Raspberry Pi 4B 2GB sebagai RDP.

Pasti ada yang baru mula nak cuba setup Wa Web Plus ni, tapi tak faham caranya.

Anda perlukan peralatan berikut untuk memulakan setup ini:

  1. Wa Web Plus
  2. Raspberry Pi 4
  3. WP Notif Plugin
  4. Firebase Google.

Berdasarkan dokumentasi webhook yang diberikan oleh Wa Web Plus Official, ada beberapa aspek yang kita kena faham iaitu:

  1. Outgoing webhook
  2. Incoming webhook

Kedua-dua ini kita gunakan, soalnya di mana kedudukannya. Flow adalah seperti berikut:

Dari Woocommerce -> Firebase -> Wa Web Plus.

Woocommerce akan hantar (POST).

Wa Web Plus (GET – Incoming).

Maklumat Firebase

Jika belum pernah menggunakan Firebase, boleh klik link berikut https://console.firebase.google.com.

Project ID: waweb-veenet
Endpoint: https://waweb-veenet.firebaseio.com
Firebase API Key: AIzaSyC6BI1gZ_Ht-PIUYRAI6UBUqZHky6fTJCE

Peringatan: Maklumat di atas adalah senstif ya, saya sudah replace dengan maklumat lain di Wa Web Plus dan di Woocommerce saya.

Jika kita sengaja dedahkan, ada pihak lain akan ambil kesempatan terhadap fungsi ini.

Isi Maklumat Di Wa Web Plus

Lengkapkan maklumat yang diminta seperti Firebase API Key dan Project ID.

Firebase Credentials

Kita perlu tetapkan firebase setting dan incoming webhook. Jangan tersilap ya.

Di bahagian incoming webhook kita perlu setkan nama json file yang kita nak rujuk.

Endpoint URL: https://{your-project-id}.firebaseio.com/{data child node}.json

Ubahkan maklumat atas ni dengan endpoint yang kita dapat dari Firebase tadi dengan tambahan nama file json file.

Di dalam ruangan webhook pilih incoming.

Di ruangan Data Child Node, pilih nama file sebagai contoh saya tulis store. Jadi Endpoint URL tu akan berubah seperti berikut:

https://waweb-veenet.firebaseio.com/store.json
Webhook Setting
Jika nama file tersebut kita letak store.json di dalam link, di ruangan setting Wa Web Plus hanya perlu letak store sahaja.

Isi Maklumat Di WP Notif Plugin

Di sini kita akan pilih custom gateway.

  1. SMS Gateway URL gantikan dengan Endpoint URL. Jangan lupa tulis sekali sehingga json file.
  2. HTTP Method: POST
  3. Gateway Parameters: phone:{to},content:{message}
  4. Send as Body Data: YES
Wpnotif Setting

Setting Customer Notification

Kita akan memerlukan placeholder yang telah ditetapkan oleh WP Notif.

Contoh skrip saya tulis dibawah. Mahu lihat contoh placeholder boleh klik sini.

Pending Payment

Hai {{wp-display-name}}!

Tempahan anda sudah diterima.

Sila buat bayaran dalam tempoh 30 minit.

*Maklumat Tempahan:*
*Produk:* {{wc-product-names}}
*Kuantiti:* {{wc-total-items}}
*Jumlah:* {{wc-order-amount}}
*Emel:* {{wp-email}}

Terima kasih!

Complete / Processing

Terima kasih {{wp-display-name}}!

Bayaran anda telah selamat diterima dan akan diproses seberapa segera.

*Maklumat Tempahan:*
*Produk:* {{wc-product-names}}
*Kuantiti:* {{wc-total-items}}
*Jumlah:* {{wc-order-amount}}
*Emel:* {{wp-email}}

Terima kasih!
Customer Notification

Ok itu sahaja untuk cara setup Wa Web Plus di remote dekstop (Raspberry Pi). Jika ada sebarang persoalan boleh ajukan di ruangan komen dibawah.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


2 thoughts on “Cara Setup WP Notif, Wa Web Plus, Firebase, Dan Raspberry Pi 4”

Leave a Reply to Anuar Cancel reply