Faham, tapi… (Vol. 2)

Photo of author

Fikri Mastor

1 Comment

Perkongsian

Sambungan Faham, tapi… (Vol. 1)
Memetik kata-kata Abang Un War |
seseorang perempuan yang memakai tudung ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala dan terhindar dari dosa mendedahkan aurat, manakala seseorang perempuan yang memakai tudung tapi tidak ikhlas tidak memperolehi pahala tapi terhindar daripada dosa. Jadi kesimpulannya pakai la tudung biarpun tidak ikhlas barulah dosa tak bertambah.

Tiada dalil yang mampu saya kongsikan perihal perkara di atas, tetapi cukup untuk kita FAHAM bahawa menutup aurat ini adalah perkara yang utama dalam Islam. Semua faham kepentingan/kewajipan untuk menutup aurat, tetapi kenapa masih ada insan yang mengaku diri, “Saya beragama Islam” tidak menutup auratnya.

Mereka Faham, tapi…

Isu ini sudah lama dibincangkan, tetapi di ambil mudah oleh setiap insan yang berkenaan. Ok juga la, jika seseorang itu tidak ikhlas untuk menutup aurat, sekurang-kurangnya tidak la menunjukkan seperti tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan untuk menutup aurat.

Agak kasar kata-kata ini,

hari ini mungkin depa tak mahu tutup aurat, akan tiba saat dan ketika mereka semua akan di paksa menutup aurat ketika saat untuk dikuburkan (kapan).

Adakah saat ini yang anda mahukan?

Kolot la~!

Saya tidak menolak jika ada yang mengatakan bahawa saya ini kolot, jumud fikirannya. Saya mengajak sahabat-sahabat untuk muhasabah kembali, berfikir sejenak akan realiti kehidupan yang semasa. Semakin hari semakin banyak kes gejala sosial melibatkan anak muda harapan bangsa.

Jika diminta senarai faktor penyebab, dengan mudah dan congak anda berikan. Tetapi, adakah kita mengambil iktibar atas perkara yang berlaku. Mungkin perkara tersebut tidak berlaku pada diri kita, tetapi jika kita sedar kepentingan kita sebagai sahabat yang sayang kepada sahabat kita semata-mata kerana Allah, maka kita akan mempunyai kesedaran untuk saling menasihati.

Kami dengar dan Kami taat

Sifat orang-orang mukmin adalah “kami dengar dan kami taat.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
The messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his Lord and ( so do ) the believers . Each one believeth in Allah and His angels and His scriptures and His messengers We make no distinction between any of His messengers and they say : We hear , and we obey . ( Grant us ) Thy forgiveness , our Lord . Unto Thee is the journeying . (2:285)

Kami dengar dan Kami ingkar

Lain pula sikap orang kafir yang ingkar akan arahan yang diberi, “Kami dengar dan Kami derhaka”

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُواْ مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاسْمَعُواْ قَالُواْ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَأُشْرِبُواْ فِي قُلُوبِهِمُ الْعِجْلَ بِكُفْرِهِمْ قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ إِيمَانُكُمْ إِن كُنتُمْ مُّؤْمِنِينَ

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.
And when We made with you a covenant and caused the Mount to tower above you , ( saying ) : Hold fast by that which We have given you , and hear ( Our Word ) , they said : We hear and we rebel . And ( worship of ) the calf was made to sink into their hearts because of their rejection ( of the Covenant ) . Say ( unto them ) : Evil is that which your belief enjoineth on you , if ye are believers . (2:93)

Noktah.

Akhlak Rasulullah yang kita cinta, peribadinya yang mulia. Kita manusia biasa seringkali melakukan kesalahan, kadangkala kesalahan yang sama kita ulangi. Tidak molek jika di bulan Ramadhan ini, ada segelintir dalam kalangan Muslim yang faham mengenali Islam dan apa yang di seru untuk ditaati, melakukan kesalahan yang sentiasa di ulangi. Menutup Aurat adalah perkara asas/foundation dalam Islam. Aurat yang tidak ditutup mengundang penyakit mata kepada segelintir masyarakat.

Mereka faham dan kita juga Faham. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang Kami dengar dan kami taat/We hear , and we obey. Semoga Ramadhan kali ini mengubah diri kita dari yang buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik. Ramadhan adalah bulan latihan untuk menempuh 11 bulan yang mendatang. Selamat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


1 thought on “Faham, tapi… (Vol. 2)”

Leave a Reply to ata Cancel reply