Hidup Baru di Kulim (Bhg. 1)

Photo of author

Fikri Mastor

1 Comment

Kolej MARA Kulim

assalamualaikum,

dah lamo raso nyo kawe tak jenguk blog kawe ni, maklumlah sibuk dengan tempat dan suasana pembelajaran yang baru. Lagipun kawe tak bawa sekali laptop pi Kolej Mara Kulim. Macam-macam memori dapat ku rakam menggunakan kamera ayah ku di sana, tapi malang sekali kamera tersebut tertinggal di dalam locker di asrama. Baru niat nak sertakan dengan post kali ni.

Minggu pertama di sana, macam biasa la orientasi pelajar baru. Memandangkan Tuan Haji Ruslan(THR) merupakan pengarah di sana, saya berasa sangat bersemangat untuk belajar kerana dengan cabaran dia dulu lah aku berjaya mencapai keputusan SPM yang tak seberapa itu. Sekurang-kurangnya berjaya juga mematikan andaian beliau terhadap keputusan trial SPM ku dulu. bak kata orang putih, let by gone be by gone. Teringat pula dengan kata-kata cikgu matematik saya di KMK berkata: “life must go on”. Kandungan program orientasi tersebut dapat saya sedari yang program ini begitu penting untuk pencapaian pelajar-pelajar KMK. Orientasi ini memang agak berlainan dari yang lain, kebiasaannya program orientasi bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara pelajar. Tetapi tidak bagi KMK, pengarah KMK amat menitikberatkan tentang pencapaian pelajar-pelajarnya dalam masa yang sama mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan guru-guru dalam masa yang singkat. Mungkin sebab kebanyakan pelajar-pelajar KMK mendaftar dengan keputususan spm yang ‘average’. Sebagai pelajar, saya akui perkara ini banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah tidak sesuai dengan suasana pembelajaran di program matrikulasi ini.

Nama pun sudah matrikulasi, kalau tertinggal satu kuliah, memang sakit nak kejar balik. Begitu juga dengan assignment, tutorial dan ulang kaji lagi memang tak bole tangguh, jangka masa program hanyalah 10 bulan. Tetapi sukatan pembelajaran berlambak perlu dihabiskan. Sebagai contoh, saya sebagai pelajar sains hayat, subjek biologi saja sudah menjangkau bab 8 dalam masa 2 bulan setengah ini.

oO0PSss, sampai sini je la kot, luahan rasa penulis. Masa mencemburui kerna penulis bakal menyambung kembali pengajian setelah bercuti 2 minggu. Semoga ceria-ceria selalu dan selamat beramal. TaaaMMaat Bahagian 1.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


1 thought on “Hidup Baru di Kulim (Bhg. 1)”

Leave a Reply to alisya_adriana Cancel reply