Bersama Semula~

Bismillah.

Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi peluang untuk terus mengemas kini blog, masih mampu menaip setiap huruf. Nikmat tubuh badan yang sihat. Pos kali ni masih situasi raya. Tahun ni kurang meriah suasananya, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun lepas banyak kenalan hadir, sekalipun sudah bermastautin di seremban atau luar dari sepang lah kiranya. Tahun lepas memang meriah.

Cerita 30 Ogos – 2 September 2011


Kampung Peket 60, Sungai Haji Dorani.

Tahun ni tak beraya sangat ke rumah sanak saudara, menunggu di rumah bersama embah yang kurang sihat. Kalau ke rumah embah yang lain pun sama, terlantar di atas katil menahan sakit. Tahun ni tidak semeriah juga seperti tahun-tahun lepas. Dulu, jika raya ja, embah sempat bergurau senda dengan cucu-cucunya, bergelak ketawa, tahun ni suram dengan pendiamnya.

Semoga cepat sembuh kepada embah2. ops, mesti ada yang tak mengerti. Embah dalam bahasa melayu bermaksud atok lelaki atau perempuan. Kalau lelaki Embah Lanang, kalau perempuan Embah Wedok. Bahasa jawa ni.

Beraya tahun ni tak kemana pun, banyak di rumah embah. Beraya pun di rumah sedara,makcik pakcik yang dekat ja.

Rakan Sekolah Seri Sepang ( Tahun 2005-2007)

Tahun ni meriah juga, cuma tidak berapa syok lelaki tinggal 2 orang ja. Selebihnya ada komitmen keluarga. Gaya macam dah berkahwin je nak berkomitmen, hahaha! XD. Plan tahun ni pun seperti tahun lepas, bila terfikir je nak keluar hari ni, hari ni lah baru nak message. Tidak pernah berubah, itulah kami. Bila bersua, yang pendiam jadi galak bercakap, yang galak bercakap siap bercakaran. hehe XD

Rakan Sekolah SMK Seri Sepang

Apa-apa pun, InsyaAllah pertemuan ni bukan yang terakhir kalinya. Semoga terus berhubung walaupun setahun sekali. Bukan apa, kot le nanti ada yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan atau kata sopannya mendirikan masjid, hah~ kad tu jangan lupa dihulurkan. Rumah dah tahu kat mana, senang lah bila hendak ke sana bila ada kenduri kendara.

Cerita 3 September 2011

Raya credit to Aiman

Hari ni singgah beraya 3 buah rumah. Rumah Bokde Soliha Hj Redzwan di Putrajaya, Embah Imam Supaat (Imam Besar Masjid Hasanah Bangi), dan Pakde mat @ Ahmad. Embah pun kurang sihat. Banyak berdiam diri.

Rumah Pakde

Banyak cerita yang best+lawak. Kalau p rumah dia wajib gelak. Memang pelawak orangnya.

Pakde: wah~! Dah besar panjang semuanya. Kau kat mana fikri?

Fikri: Saya kat UKM, Bangi.

Pakde: Ambil apa?

Fikri: Sains Biologi, nak masuk tahun 2. Lagi 2 tahun, InsyaAllah.

Pakde: oh~ Bagus la tu, tak lama lagi la tu. Mesti ada dah jumpa calon-calon tu. Nampaknya pakde tinggal tunggu kad jemputan la ye.

Sambil berpaling ke arah fadhil.

Mak: Iye la tu, tunggu dah kerja dulu.

Pakde berkata kepada Fadhil: eh~ kau toksah nak berangan lagi, bagi laluan kat abang dan kakak kau. Tapi kalau nak sangat pun boleh juga. (Fadhil sepupu form 4)

XD

Menarik!

Dengan yakin beliau mengisytiharkan diri menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Seraya memandang kami yang masih bujang dan menuntut di institusi pengajian.

Pakde: Kau orang masih kecik, jangan fikir benda-benda ni. Pakde risau nanti silap hari bulan datang surat kat rumah, sebab sokong parti pembangkang. [nada risau+geli hati]

**ada lagi dialog,tapi rasanya tak sesuai untuk tatapan umum, lagipun blog ni bukan blog politik, orang pun tak sudi nak baca. Maklumlah, tafsiran orang, kebanyakannya politik ni kotor.

Noktah

Cukuplah cerita raya ni, sekadar nukilan ringkas buat ingatan pada masa hadapan. Semoga apa yang baik itu, jika kita lakukan, harapannya kita beroleh keberkatan dari-Nya. Ayat ini selalu mak saya ingatkan;

Berjuang kerana kebenaran, berpada-pada mengikut keadaan.

[slideshow]

Cinta ku pergi dirindui, Bahagia bersama dirai

Bismillah.

Alhamdulillah, Sebulan sudah kita berpuasa. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah. Jika bertambah lagi bagus. Terasa sekejap sebulan Ramadhan pada tahun ini. Kesibukan menguruskan Pesta Konvokesyen ke-39 UKM, mungkin salah satu faktor yang mempengaruhi. Pelik juga, tahun-tahun lepas tidak begini. Dulu-dulu, zaman kanak-kanak suka tanya diri sendiri;

“Bila la bulan puasa nak habis ni? Cepat la masa berlalu”

Koleksi doa daripada Kelab Perkim UKM. Walaupun hari ke-29 Ramadhan sudah pun lepas, saya berminat dengan pendekatan Kelab Perkim, memuat naik gambar koleksi doa-doa.

Terima kasih Jubli!

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasulullah dalam hadith riwayat imam Muslim.

Terima kasih kepada Masyarakat sekitar Jubli Perak yang sudi menghulurkan juadah berbuka(iftar), meringankan beban orang lain. Sesungguhnya amat beruntung bagi seseorang menjamu saudara se-Islam berbuka puasa. 🙂

Teringat pula pada saudara di Palestin. Sungguh kita di Malaysia sangat~ bertuah! Semoga kita semua berlindung di bawah rahmat Allah. Seharusnya bagi kita untuk terus berdoa, berdoa dan berdoa agar kemenangan Islam bukan sahaja dirasai di bumi Palestin malah di Malaysia juga.

Transformasi Ramadhan

Bukan berat badan yang kita ingin turunkan, bukan penat menjadi alasan, bukan kesakitan menjadi halangan, tetapi Keredhaan Allah yang menjadi sebutan. Kita di dedahkan dengan pelbagai arus media massa. Setiap hari kita membaca surat khabar, pelbagai kandungan yang berguna terkandung di dalamnya serta menjadi pakej apabila kandungan yang tidak sepatutnya turut memenuhi ruangan tersebut.

Seringkali kita bertanya pada diri sendiri, bagaimana hendak istiqomah dengan ibadah yang sebulan kita melatih diri. Bagi saya, aspek persekitaran memainkan peranan yang penting. Jaga segala tingkah laku, mengetahui batas-batas pergaulan, sentiasa mencari sumber rujukan yang shahih. Teringat akan kata-kata dari mulut sahabat saya Abang Hafizan merangkap presiden Ikatan Studi Islam UKM;

“Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut”

Tidak salah jika berprinsip. Teguran itu sesuatu yang menyakitkan. Janganlah kita menafikan kelemahan diri kita. Walaupun kita yakin keberadaan kita di saff yang ada kebenarannya. Apabila di tegur secara berhikmah, maka belajarlah untuk menerima teguran. Jangan melatah. Bukan dilawan atau bertelingkah tentangnya. Semoga Allah melembutkan hati kita ini. 🙂

Noktah

Akhir kata, Semoga segala usaha yang kita lakukan sepanjang sebulan berpuasa, kita bakal peroleh ganjaran dan nikmat daripada Allah. Salam lebaran, maaf zahir dan batin. Apa yang baik itu datang daripada Allah, apa yang kurang/buruk itu hadir atas kelemahan diri saya sendiri. Orang tua-tua kata;

“buang yang keruh, ambil yang jernih”

Kad raya

Bukan Nasib Baik…

Bismillah.

Macam biasa kita mulakan dulu dengan slot promosi Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM. Pengumuman sudah dibuat. Seruan perlu disahut. Ayuh! sertai kami dengan menjadi AJK Pelaksana Pesta Konvokesyen ke-39 UKM (AJKP)

Pencarian AJKD Pesta Konvo 39 UKM

Berminat?

Sekiranya anda berminat, boleh terus berhubung dengan Shukran Ijtihad untuk permohonan tersebut.

Publisiti & Media

Gerak kerja sekarang berpusat ke arah tempahan keperluan hebahan seperti banner, poster, banting. Pelbagai birokrasi/prosedur ditempuhi perlu di turuti dari unit publisiti. Sebelum rekaan atau bahasa pasar kita design kita di cetak dan menjadi satu keperluan untuk mendapatkan pengesahan dari JPPel, di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Bukan Nasib Baik, tapi…

Adik: Mak, tadikan laili sikit lagi nak jatuh basikal…oooow

Mak: eh, jatuh kat mana tu???

Adik: tuuu ha!

(sambil tangan menunjuk ke tepi longkang)

Mak: ha! dah cakap dah kan, jangan balik lewat petang, kan dah kena!

Adik: Nasib baik tak masuk dalam longkang tadi

(nada kesal sambil meraih simpati barangkali)

Mak: Bukan nasib baik, tapi Alhamdulillah. (dengan nada memujuk)

Alhamdulillah

A009
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(As-Sajdah 32:9)

Seharusnya bagi kita adalah wajib untuk bersyukur. Sepanjang masa. Kisah di atas banyak mengajar saya, indah jika berada di samping keluarga yang saling mengambil berat sesama ahli keluarga. Saling berpesan kepada kebaikan. Mengajar erti bersyukur sepanjang masa.

Kadang-kadang…

Mak: Nasib baik pinggan tu tak jatuh. Kalau jatuh memang habis la lantai ni.

Adik: Bukan nasib baik la mak, Alhamdulillah.

Begitu juga sebaliknya, indah mempunyai keluarga yang ambil berat ni.

Segala gerak kerja setakat ni dari pihak publisiti sendiri, berjalan dengan lancar. Perhatian yang lebih terpaksa diberikan. Kalau dibandingkan dengan semasa perkampungan, saya terpaksa berulang alik dari rumah. Follow up every single things. Minggu terakhir Ramadhan ini sepatutnya saya bersama keluarga, sehinggakan Mak melahirkan keluh kesah “siapa lagi mak nak harapkan, adik kau ni kecil lagi”.

Tak apa, sikit je lagi. Lepas ni nak membanting tulang untuk mengemas rumah plop. XD Orang tua-tua kata “sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan” . Disebabkan sayang, sebab tu tinggalkan sebentar. Sebentar je~

kalau peribahasa tu salah minta betulkan ye 😀

Tapi..

Tiap-tiap hari kita pasti tidak akan terlepas dengan perkataan “tapi”. Tapi, tapi dan tapi. Penggunaannya kemungkinan besar melibatkan penciptaan pelbagai alasan. Namun dalam ketegasan seorang ibu atau bapa mendidik anak, terdapat sesuatu yang kita sebagai anak lupa bahawa itu adalah kasih sayang.

Zaman sekolah rendah cukup la bagi ku. Sepak terajang, rotan segala bagai sudah menjadi rutin. Anak yang degil. Mungkin saya kurang bernasib baik TAPI saya bersyukur kerana ini adalah yang terbaik bagi ku.

Walau sesibuk mana pun kita, urusan kita sebagai hamba Allah, anak, orang awam sekitar kita. Pengalaman mengajar saya untuk mengurus masa sebaik mungkin, kekadang ada juga yang kita lalai. Biasalah, adat manusia biasa. 🙂

Noktah

Saya setuju dengan hasil perbincangan dengan beberapa orang sahabat dua tahun lepas sebelum masuk ke Program Matrikulasi KPM, dengan membaca blog kita dapat mengenali seseorang.

Untunglah…

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bersama keluarga untuk Ramadhan kali ini. Tidak lupa juga kepada sahabat yang berkorban jiwa dan raga demi menguruskan gerak kerja Pesta Konvokesyen ke-39 UKM. Ada yang beraya di UKM, pergh~ pengorbanan yang besar tu. Jika kita memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah pasti membalas budi kalian.

Program Pra-Pesta Konvo

Sekretariat sukan dan rekreasi sudah pun merencana program UKM Konvo LeRUN MTB Mini Jamboree 2011. Sahabat-sahabat yang berminat nak berlumba basikal tu, moh le kita sertai program ni. Penyertaan terbuka, walaupun kalian berada di utara, selatan, timur, barat Malaysia pun kami terima. Nak tahu lebih lanjut? ha! klik pada pautan berwarna hijau atau gambar tersebut.

Cukup!

Setakat ini sahaja (buat masa ini) makluman publisiti untuk Pesta Konvo 39 UKM.

Untunglah?

رَوَى الإِمَامُ الْبُخَارِيُّ فِي الاعْتِصامِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( ‏كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى)). قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى؟! قَالَ:  ((مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى)) [صحيح البخاري]
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-I’tisam dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bersabda, “Setiap umatku masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan.”  Mereka berkata, Siapakah yang enggan? Baginda bersabda, “Sesiapa yang mentaatiku (dan hadithku) ia masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia telah enggan (memasuki syurga).” Sahih al-Bukhari.

Kata Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

Setiap umatku masuk syurga

Bila baca ayat ini, rasa sedap, selesa je ye. Umat Muhammad itu adalah kita. Kita sangat beruntung kerana SETIAP daripada kita akan masuk ke syurga Allah. tetapi disambung pula dengan ayat seterusnya;

إِلَّا مَنْ أَبَى

kecuali sesiapa yang enggan.

Ya! Rasulullah mengatakan ‘illa’ bermaksud kecuali. Kecuali kepada siapa? Siapakah golongan yang berkecuali ini (sahabat bertanya). Maka Rasulullah membalas;

مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Sesiapa yang mentaatiku (dan hadithku) ia masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia telah enggan (memasuki syurga).

Adakah kita enggan masuk ke Syurga Allah?

Sudah pasti kita mahu masuk ke syurga Allah. Cukup dengan pertanyaan saja pada adik-adik kita, pasti mereka akan menjawab perkara yang sama. Tetapi…

  1. Ketika bulan Ramadhan Kareem ini, ada saja berita-berita hiburan di dada akhbar yang tidak sesuai di paparkan. Sangat tidak sesuai.
  2. Puasa tapi tidak menunaikan solat.
  3. Puasa tapi tidak menunaikan zakat.
  4. Puasa tapi tidak menunup aurat.
  5. Puasa tapi masih melihat perkara keji dan mungkar.
  6. Puasa tapi masih menipu dalam urusan jual beli (sukatan juadah berbuka di Bazar Ramadhan).

Puasakah kita?

Ada sahabat saya berkata;

“Habis la puasa aku hari ni, menyesal pula keluar. Niat nak cari telefon, TERnampak benda lain pula.”

Saya tidak merujuk kepada sesiapa, cuma saya agak terkilan dalam bulan  Ramadhan yang mulia ini. Puasa tapi masih memakai pakaian yang mendedahkan aurat itu seperti perkara yang biasa. Bulan Ramadhan ini bulan yang istimewa. Bukan sahaja kita berpuasa (menahan lapar dan dahaga) malah aspek lain juga harus di jaga.

Solat?

Nah! video daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai Wanita itu Amanah Allah. Huraian mengenai penekanan ustaz tidak menggalakkan seseorang itu berkahwin dengan orang yang tidak solat!

Dilema?

  1. Takut majikan anda tidak membenarkan anda berubah penampilan?
  2. Takut orang tua pelik melihat perubahan kita?
  3. Takut kawan lari meninggalkan kita kerana tidak biasa?
  4. Panas? tak selesa menutup aurat?

Nah! Persoalannya…

Kita hidup di dunia ini sementara. Masing-masing memburu Keredhaan. Redha siapa? Manusia atau Allah? Berbalik kepada Hadis di atas. Anda pasti mengetahui jawapannya. 🙂

Noktah.

Perkongsian sedikit ini saya dapati dari tazkirah Ramadhan di Masjid Al-Makmur, Kg. Giching, Salak Tinggi, Sepang. Bersama muhasabah, disamping kita menambah amalan-amalan sunat, perkara sekecil (kepentingan menutup aurat) ini harus di jaga. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mentaati Allah dan Rasul bukan pula golongan yang enggan. Selamat menunaikan Rukun Islam ketiga ye, Ramadhan Kareem~

Saya dan Jubli…

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-12 dalam bulan Ramadhan Kareem. Seperti kata kak Norriah:

Hari terakhir “keberkatan”. Malam ni mula “keampunan”. Marilah sama2 kita lakukan yang terbaik …. berbanding Ramadhan2 sebelum ini kredit to Prof Hamzah Mohamad =)

Pagi! pagi! pagi!

Mulakan hari ini, esok dan akan datang dengan semangat. Ucapan semangat? yeah~! sebut “pagi” dengan suara yang gagah yang menggegarkan. Kalau boleh jika kalian berada dalam bilik, ha! gegarkan bilik tu. Tanpa semangat yang tinggi, sesuatu perkara mungkin tidak akan terlaksana. Jadi sebut… PAGI! PAGI! PAGI!.

walaupun hari sudah tengah hari. sebut ja!

Jubli???

Apa itu Jubli? Jubli Perak? Jubli Emas? Tidak, tidak. Bukan itu yang dimaksudkan. Jubli ini ada orang kata

“Jubli ni ‘restoran’, sangat nikmat jika berbuka puasa berjemaah.”

Ada juga yang mengatakan;

“Kalau tak kenal Jubli, memang tak layak bergelar pelajar UKM”

Ha! sampai macam itu sekali tarafnya. Saya setuju jika berbuka disini adalah sangat berbeza dengan jamuan berbuka di tempat lain. Orang kata;

“Nikmat berbuka yang sebenar~!”

dan juga;

“Bazaar percuma! Woha~! Macam-macam ada”

Apa sebenarnya Jubli ni?

Jika ada yang bertanya mengenai jubli, mereka yang mengetahui sepakat untuk merahsiakan tempat tersebut walaupun sahabat rapat. Terbaik la~! Sampai hati betul la kan. Kawan sendiri pun nak berahsia. Bagi yang sudah menjadi pelawat tetap akan diberi anugerah Al-Jubli. XD

Noktah.

Kalau nak tahu apa itu jubli, ha~ mari sertai kami setiap hari, masa yang sama, tempat yang sama. Kami menunggu kehadiran orang baru di UKM, Bangi. Terbaik punya~!

Faham, tapi… (Vol. 2)

Sambungan Faham, tapi… (Vol. 1)
Memetik kata-kata Abang Un War |
seseorang perempuan yang memakai tudung ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala dan terhindar dari dosa mendedahkan aurat, manakala seseorang perempuan yang memakai tudung tapi tidak ikhlas tidak memperolehi pahala tapi terhindar daripada dosa. Jadi kesimpulannya pakai la tudung biarpun tidak ikhlas barulah dosa tak bertambah.

Tiada dalil yang mampu saya kongsikan perihal perkara di atas, tetapi cukup untuk kita FAHAM bahawa menutup aurat ini adalah perkara yang utama dalam Islam. Semua faham kepentingan/kewajipan untuk menutup aurat, tetapi kenapa masih ada insan yang mengaku diri, “Saya beragama Islam” tidak menutup auratnya.

Mereka Faham, tapi…

Isu ini sudah lama dibincangkan, tetapi di ambil mudah oleh setiap insan yang berkenaan. Ok juga la, jika seseorang itu tidak ikhlas untuk menutup aurat, sekurang-kurangnya tidak la menunjukkan seperti tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan untuk menutup aurat.

Agak kasar kata-kata ini,

hari ini mungkin depa tak mahu tutup aurat, akan tiba saat dan ketika mereka semua akan di paksa menutup aurat ketika saat untuk dikuburkan (kapan).

Adakah saat ini yang anda mahukan?

Kolot la~!

Saya tidak menolak jika ada yang mengatakan bahawa saya ini kolot, jumud fikirannya. Saya mengajak sahabat-sahabat untuk muhasabah kembali, berfikir sejenak akan realiti kehidupan yang semasa. Semakin hari semakin banyak kes gejala sosial melibatkan anak muda harapan bangsa.

Jika diminta senarai faktor penyebab, dengan mudah dan congak anda berikan. Tetapi, adakah kita mengambil iktibar atas perkara yang berlaku. Mungkin perkara tersebut tidak berlaku pada diri kita, tetapi jika kita sedar kepentingan kita sebagai sahabat yang sayang kepada sahabat kita semata-mata kerana Allah, maka kita akan mempunyai kesedaran untuk saling menasihati.

Kami dengar dan Kami taat

Sifat orang-orang mukmin adalah “kami dengar dan kami taat.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
The messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his Lord and ( so do ) the believers . Each one believeth in Allah and His angels and His scriptures and His messengers We make no distinction between any of His messengers and they say : We hear , and we obey . ( Grant us ) Thy forgiveness , our Lord . Unto Thee is the journeying . (2:285)

Kami dengar dan Kami ingkar

Lain pula sikap orang kafir yang ingkar akan arahan yang diberi, “Kami dengar dan Kami derhaka”

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُواْ مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاسْمَعُواْ قَالُواْ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَأُشْرِبُواْ فِي قُلُوبِهِمُ الْعِجْلَ بِكُفْرِهِمْ قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ إِيمَانُكُمْ إِن كُنتُمْ مُّؤْمِنِينَ

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.
And when We made with you a covenant and caused the Mount to tower above you , ( saying ) : Hold fast by that which We have given you , and hear ( Our Word ) , they said : We hear and we rebel . And ( worship of ) the calf was made to sink into their hearts because of their rejection ( of the Covenant ) . Say ( unto them ) : Evil is that which your belief enjoineth on you , if ye are believers . (2:93)

Noktah.

Akhlak Rasulullah yang kita cinta, peribadinya yang mulia. Kita manusia biasa seringkali melakukan kesalahan, kadangkala kesalahan yang sama kita ulangi. Tidak molek jika di bulan Ramadhan ini, ada segelintir dalam kalangan Muslim yang faham mengenali Islam dan apa yang di seru untuk ditaati, melakukan kesalahan yang sentiasa di ulangi. Menutup Aurat adalah perkara asas/foundation dalam Islam. Aurat yang tidak ditutup mengundang penyakit mata kepada segelintir masyarakat.

Mereka faham dan kita juga Faham. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang Kami dengar dan kami taat/We hear , and we obey. Semoga Ramadhan kali ini mengubah diri kita dari yang buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik. Ramadhan adalah bulan latihan untuk menempuh 11 bulan yang mendatang. Selamat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. 🙂

Faham, tapi… (Vol. 1)

Bismillah.

Bertemu dua orang sahabat yang sudah sekian lama berpisah. Bertemu di tempat yang pertama dua hati ini berkenalan. Sangat indah. Cuma, suasana yang berbeza. Suasana apa? Personaliti dan penampilan yang berbeza. Jika dulu, sahabat ini seorang yang selekeh pakaiannya, bagaikan tidak lengkap.Ternyata kini, sahabat ini telah nekad untuk berubah.

Dulu,kini tidak akan sama selamanya jika seseorang itu mempunyai prinsip dalam hidupnya. Maka penghijrahan berlaku. Mungkin dari buruk kepada yang baik, mungkin juga sebaliknya.

Joyah: weyh, lama betul ye kita tak berjumpa. Banyak betul perubahan diri kau.

Limah: ye, hampir 3 tahun lebih kita tidak berjumpa. Apa yang berubahnya diri aku ni? Sama ja rasanya. Aku tetap aku.

Joyah: Dulu kita selalu lepak-lepak kat tepi pantai, tapi sejak kau berpindah, kita jarang berjumpa. Reformasi betul la ye?

Limah: Itu dulu. Manusia ni sentiasa berubah. Faktor yang utama adalah persekitaran. Baik persekitarannya, maka yang buruk macam mana sekalipun tetap terpengaruh. Macam kita, dulu tudung ni bukannya lekat kat kepala.

Joyah: (nada geram dan tegas) Yela, kau pakai tudung pun, belum tentu dapat masuk Syurga. Kita dulu pernah buat kerja tak baik bersama-sama. Kau ingat tak?

Limah: (dengan nada yang lemah lembut dan kasih sayang) Ye betul la tu. Kita ni manusia tak pernah lari dari kesilapan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. Betul la apa yang kau cakap tu, orang pakai tudung ni belum tentu masuk Syurga. Tapi….. kau kena ingat, perempuan yang tak pakai tudung tu CONFIRM masuk neraka. 🙂

Dulu…

Jarang sekali solat, berpuasa, mengeluarkan zakat tapi lafaz syahadah tahu maknanya. Faham, tapi…. Kalau pertandingan nyanyi dia lah juara, tapi jauh sekali terlintas di hati ingin mengalunkan ayat suci Al-Quran. Berpuasa, tapi tidak menunaikan Rukun Islam yang kedua, Solat. Apakah bezanya kita dengan orang kafir yang tidak tahu langsung mengenai Rukun Islam.

5 Rukun Islam |

Hadis Ibnu Umar r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji.

  1. Mengucap dua Kalimah Syahadah (pengakuan).
  2. Solat Fardhu 5 waktu.
  3. Zakat.
  4. Puasa di Bulan Ramadhan.
  5. Haji.

Kandungan Rukun Islam dan Rukun Negara yang pertama lebih kurang sama. Persoalan agama. Percaya kepada tuhan. Sekiranya kita percaya kepada tuhan, pasti segala tindakan, urusan seharian, aktiviti yang dilakukan berlandaskan Falsafah yang telah ditetapkan, Syariat.

Bersambung…

Letih+Lesu=Lemah

Bismillah.

Alhamdulillah, berkesempatan jua saya berada dalam bulan yang penuh dengan barakah, Ramadhan. Semoga sempat ke penghujungnya. Sepanjang hari kita menahan lapar dan dahaga. Adakah cukup dengan menahan nafsu makan sahaja? Satu keperluan bagi kita untuk melengkapkannya dengan amalan-amalan sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya di bulan-bulan yang lain.

Suatu ketika dahulu

Kebiasaan tidur selepas subuh melemahkan stamina diri. Sudah tidur semalaman ditambah pula dengan rehat yang tidak berguna. Badan kita ini ibarat enjin kereta. Pagi-pagi lagi enjin kereta perlu di’panas’kan untuk kelancaran perjalanan seharian. Ayah saya selalu pesan,

“motorsikal pun perlu juga”.

Pendek kata, kesemua jenis enjin memerlukan aktiviti warm up. Aih~! Bila enjin tidak dipanaskan, lama kelamaan keupayaan enjin tersebut akan susut. Dari laju kepada perlahan. Dari bunyi macam ferrari kepada bunyi kancil. XD Gurauan.

Maka!

Senyum tak perlu kata apa2
Senyum tak perlu kata apa-apa

Badan kita memerlukan masa untuk bersedia sebelum melakukan perkara/pekerjaan yang berat. Jika pagi-pagi lagi sudah lesu+letih maka keputusannya lemah sepanjang hari. Mulakan hari anda dengan senyuman. Senyum kepada orang tua, adik beradik, suami/isteri (jika berkaitan) jika berada di rumah. Luar rumah, senyum kepada sahabat handai, jiran tetangga, kawan sekerja.

Senyuman ini sangat berguna kerana ia salah satu sumber semangat/motivasi. Kita akan lebih bersemangat jika melihat sahabat-sahabat kita ceria di pagi hari. Jika masam/cengkung muka menampakkan seperti orang yang bermasalah.

Noktah

Ringankan tulang dengan membantu ibubapa, sahabat-sahabat. Dalam bulan Ramadhan, jika banyak aktiviti dilakukan, tidak akan timbul soal kepenatan. Jika pagi-pagi lagi sudah mem’buta’, alamatnya sepanjang hari kita akan rasa tertekan, khusyuk dalam beribadah itu berkurangan. Rasa lebih bersemangat jika ada kerja yang boleh dilakukan. Ibadah juga satu pekerjaan. Tanggungjawab seorang muslim. Selamat menjalani ibadah yang ketiga dalam Rukun Islam. 🙂

Ramadhan Kembali

Bismillah.

Rindu

Rasa sungguh pantas masa berlalu. Rejab sudah, Sya’ban pun hampir ke penghujungnya. Ramadhan bakal menjelma. Kali ini merasa berpuasa di ‘perantauan‘. Perantau di UKM, Bangi. XD Saya mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada saya. Pelbagai kekuatan diperlukan untuk bergerak kerja Pesta Konvo sepanjang Ramadhan. Continue reading “Ramadhan Kembali”

Dilema~!

Bismillah.

Ada kisah yang ingin saya kongsi dalam ruangan Perkongsian ini mengenai “Bukan menjadi yang terbaik, tapi memberi yang terbaik”. Asalnya, kata-kata ini dalam bahasa Inggeris yang berbunyi | Not becoming the best, but giving the best. 19 Julai 2011, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah melaksanakan program Suara Kampus siri kedua bertajuk “Dilema Kebanjiran Doktor Perubatan” di Kampus UKM Kuala Lumpur. Continue reading “Dilema~!”

Genap sebulan.

Pesta Konvo 39Bismillah.

12 Julai 2011 menandakan kami warga pesta konvo 39 UKM masih mampu berada di sini. Maka, dalam sebulan ini juga pelbagai isu, ilmu, pengalaman, masalah, kenangan, dan aktiviti yang kami hadapi. Belajar untuk mengurus masalah yang timbul, walaupun adakalanya keadaan emosi yang tidak stabil.

Masa berlalu agak pantas, sebulan dirasakan seperti seminggu. Pelbagai kerenah sahabat-sahabat kita layan. Aktiviti riadah banyak membantu kita mengenal sahabat-sahabat dengan lebih lanjut dalam masa yang sama kita dapat mengurangkan tekanan dalam tugas seharian. Dalam tempoh berkampung juga, arahan dari peringkat Kementerian Pengajian Tinggi untuk hadir dalam Kem Pengukuhan Kepimpinan selama 3 hari. Dalam keadaan terpaksa kerana saya tidak suka membuat banyak perkara dalam 1 masa. Walaupun tidak panjang tempohnya, focus terhadap program akan kurang.

MUHASABAH

Kerap sekali perkataan ini kita dengar apabila permasalahan besar mahupun kecil yang timbul.

“cuba kita muhasabah kembali, mana silapnya”

antara dialog yang sering diungkapkan. Bagi saya, menurut kamus saintifik, perkataan muhasabah itu sama maksudnya dengan mengkaji. Satu perbuatan yang memerlukan kita berfikir sedalam-dalamnya. Mencari punca dan penyelesaian dalam setiap permasalahan.

Sikap mengkaji ini perlu diterapkan dalam diri masyarakat, terutamanya Mahasiswa. Setiap perkataan yang kita ungkapkan haruslah berdasarkan fakta yang kita dapat. Banyak orang mengaji ilmu di pelbagai peringkat institusi pengajian, dari peringkat bangku sekolah hingga ke peringkat tertinggi seperti PhD dan sebagainya. Namun tidak banyak orang mengkaji apa yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian berlangsung.

Maka akan wujud masyarakat yang hanya menerima. Tiada perkara baru yang kita boleh sampaikan kepada orang lain. Tiada penemuan-penemuan baru. Jadi, itulah kepentingan mengkaji dalam kehidupan seharian kita. Ilmu ini bukan hanya apa yang terdapat dalam buku-buku, malah dalam perbuatan seharian kita juga boleh dikategorikan sebagai ilmu/pengalaman.

Gabungan

UTAMA

Keutamaan kita yang pertama sekali adalah menuntut ilmu sebanyak mungkin. Islam juga menekankan pentingnya golongan berilmu ini dengan kata-kata

“ tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad”.

Perkara ini biasa kita dengar, tapi jarang sekali kita laksanakan. Jadi, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Itu solusinya.

Keadaan sekarang yang agak sibuk dengan urusan pesta konvo sebenarnya mengajar diri saya untuk mengurus sesuatu perkara. Pelbagai perkara yang ingin dilakukan memerlukan perancangan yang cukup. Dari segi pengurusan masa, rangka masa( time frame), jadual kerja dan sebagainya. Bila terbinanya rangka masa, kita akan dapat melihat dengan jelas segala perancangan kita. Setiap hari kita akan belajar perkara baru, kebanyakannya dalam bentuk teguran.

NOKTAH

Kutip lah sebanyak mungkin mutiara-mutiara kehidupan yakni ilmu. Dalam masa yang sama kita mengkaji setiap apa yang kita perolehi, agar kelangsungan kehidupan kita berjalan dengan baik. Erti hidup pada memberi. 🙂

Terbaik~!

Bismillah.

Pesta Konvo 39

Terbaik? Ya, sepanjang dua minggu di UKM ini, terdapat beberapa berita terbaik yang saya terima. Sebelum berbicara tentang apa yang dikatakan berita yang terbaik itu, saya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menyertai Sekretariat Pesta Konvo 39 UKM.

Pesta Konvo ini begitu bermakna bagi sesiapa yang merasakan memang suatu keperluan bagi diri sendiri dalam melatih beberapa kemahiran yang tidak didapati di dalam dewan kuliah. Medan melatih diri untuk berkomunikasi dengan pihak pentadbiran, berkomunikasi dengan pihak korporat, membuat surat, menggunakan faks, menjawab telefon, berurusan di kafe. Ini sebahagian 2 minggu yang pertama yang kami dari Sekretariat Publisiti dan Media alami. Continue reading “Terbaik~!”

Jatuh!

Bismillah.

Di pagi yang hening, si anak dipanggil ibunya. Pagi ni menu sarapan sudah pun ditetapkan untuk nasi goreng. Bukan setakat itu sahaja, si anak dilantik pula menjadi chef sepanjang hari. Sepanjang hari ini! Bukan sarapan sahaja. Tak apa la, lepas ni jarang ada kat rumah. Si ibu pun sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun pelajar-pelajar kelasnya.

Bergerak ke dapur, mencari bahan mentah. Si ibu turut ke dapur, hajat hendak menjerang air dan menggoreng pisang. Walhal si ibu risau benar dengan chef baru ini. Sekali tu, si ibu berpesan kepada anaknya sambil tangannya mengelap lantai,

” ni lantainya basah, hati-hati. Nanti terjatuh pula”

Terdiam saja mulut si anak, mendengar saja arahan ibunya. Sedang  si anak ‘asyik’ memotong bawang di atas para berdekatan dengan lantai yang basah tadi, tiba-tiba “pranggg~!”, si anak toleh ke belakang. Kelihatan ibunya terjelepuk di atas lantai yang basah tadi.

mak kenapa ni mak!

Berterabur semua pisang goreng tadi bersama dengan serpihan pinggan kaca yang pecah. Tekejut dengan kejadian tu, si anak bergerak ke arah si ibu. Namun hajatnya untuk memapah si ibu bangun tidak kesampaian kerana si ibu sudah pun bangun dengan sendirinya. Kaki si anak penuh dengan serpihan kaca yang halus. Berjalan dengan keadaan kaki terjengkit dengan harapan tidak terkena serpihan kaca tadi.

Habis ktang kting kuali di ketuk, maka siap sudah semangkuk besar Nasi Goreng. Nasi goreng je pun. Tengah hari ni menunya pula Nasi Ayam.

Gambar Hiasan

Nasi Ayam.

Berkat usaha yang gigih, si anak berjaya mendalami cara-cara penyediaan Nasi Ayam daripada ibunya. Si anak tidak merasa berat tulang kerana ia adalah satu peluang baginya supaya suatu hari nanti mampu berdikari. Tidak perlu ke kedai lagi semata-mata hendak pekena nasi ayam.

Kini

Kini si anak terpaksa berjauhan dengan keluarganya, bagi memenuhi tanggungjawab yang dipikulnya. Belajar pula hal berkaitan kepimpinan. Penting! Sangat penting! kerana suatu masa nanti si anak juga bakal bergelar pemimpin. Pemimpin sebuah usrati. 🙂

Perubahan Alam

Bismillah.

Sering kali kita tertanya, apakah hakikat penciptaan lalat di muka bumi. Apa yang kita tahu hanyalah mengeluh sekiranya serangga tersebut menggangu mood kita untuk mengisi perut. Begitu juga hakikat penciptaan kita. Kita berbicara tentang tangan dan kaki pada hari ni. Continue reading “Perubahan Alam”

Saudara di KMKulim

Post kali ini mengenai Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) untuk dua program pengajian di Kolej MARA Kulim. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan Keusahwanan sains Universiti Malaysia Kelantan.

Jumaat (20 Mei 2011)

Ketibaan Ahli Jawatankuasa Orintasi (AJKO), bukan main gempak ayat ni. 😀 Padahal, hari ini sepatutnya kesemua AJKO sudah berada di KMKu, tetapi 2-3 orang  sahaja. Masih saya seorang seperti selalu datang awal dalam kalangan Batch 2009/2010.  🙂 Parking

Sabtu (21 Mei 2011)

Perjumpaan pertama untuk jentera fasilitator. Namun, tidak dapat dihadiri oleh kaunselor cikgu norriah. Tahun ni dapat dirasai dugaan yang bakal di tempuhi adalah yang terbesar juga bagi ku. Para AJKO akan bergerak tanpa dipimpin sepenuhnya oleh kaunselor. Peranan seorang ketua amat penting.

Agenda pertama, pemilihan Majlis Tertinggi dan Ketua Unit. Permulaan yang agak perlahan kerana tiada maklumat tambahan mengenai Unit yang terlibat dalam Minggu Pengurusan Pelajar ini. Terpaksa menunggu sehingga tengah hari untuk maklumat tersebut. Saat ini kerusi ketua unit disiplin pelajar telah pun di tempah khas untuk bekas cubemate saya, cipu. Meskipun orangnya masih tidak sampai.

ContenganUsai solat zohor, perbincangan mengenai Ketua Unit diteruskan dengan lagu tema. Hampir 10 lagu di calonkan, namun tiada satu pun menarik minat. Pemilihan jawatankuasa untuk proses pendaftaran pelajar baru persediaan Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Agenda membuang masa diteruskan dengan mendengar lagu-lagu yang dicalonkan.

Selepas solat isya’ berjemaah, agenda persiapan diteruskan dengan amanat pengarah. Pengarah mengharapkan kerjasama yang sepenuhnya dari setiap AJKO sepanjang tempoh Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) berlangsung. Beliau mengharapkan setiap AJKO menjadi role model untuk setiap pelajar baru.

Memetik kata ayahanda pengarah “ tekad itu adalah penggunaan sepenuh potensi untuk mencapai apa yang hendak dicapai. Segalanya tentang potensi masing-masing”.

Post mortemTarget!

Kali ni diharapkan pelajar baru yang mendaftar mendapat kelulusan 100% sekurang-kurangnya PNGK 2.0 dan keatas. Bukan mudah bagi kami para AJKO untuk merealisasikan amanat pengarah yang ini, kerana sebaik sahaja program orintasi tamat, AJKO akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Segala-galanya bergantung pada diri pelajar itu sendiri, kami dari barisan AJKO hanya mampu memberikan khidmat nasihat dan sokongan moral.

 Solusi?

  1. Ada yang memberi cadangan agar ditubuhkan satu kumpulan khas di laman sosial Facebook. Bagi saya, ini tidak salah, cuma akan menambahkan kesan yang negative. Kemungkinan untuk pelajar leka dengan laman sosial adalah Meeting!tinggi.
  2. Amanat melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Melalui LDK, AJKO mampu memberi perhatian sepenuhnya. Mengambil tahu setiap masalah pelajar, kerana melibatkan jumlah pelajar yang kecil. Pelbagai tips dapat dikongsi bersama.

Akhir kata dari ayahanda pengarah “ jadilah seseorang yang bekerja mempengaruhi orang lain.” Mempengaruhi dari sudut kebaikan dan bukannya keburukan. Mempengaruhi minda dan minat orang juga bukan suatu kerja yang mudah.

Ustaz Zural, Cipu & HadiLagu tema

Akhirnya, lagu kita bersaudara dari KRU di pilih. Lagu ni di calonkan di saat akhir. Memang tidak disangka. Mula-mula dengar rasa macam sakit telinga ja. 😀 Namun, pesanan yang ingin disampaikan dalam lagu ni amat berkesan di jiwa kami.

Penyerapan Ahli Jawatankuasa untuk Pendaftaran.

Pembahagian tugas untuk sepanjang pendaftaran pelajar persediaan UMK berlangsung, dari tempat parking hingga ke asrama. Cadangan untuk peralihan tugas untuk hari pendaftaran pelajar matrikulasi di terima atas alasan berpanas di tempat parking. Haha!

Ahad (22 Mei 2011)

PendaftaranPagi di mulakan dengan taklimat pendaftaran khas untuk AJKO oleh cikgu safura. Ketibaan pelajar persediaan sains keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan. Suasana agak lenggang. Tepat jam 9 pagi, kelihatan bas dari UMK tiba di perkarangan KMKulim. Lagi menyayat hati, AJKO dari UMK hanya seramai 5 orang. Staff yang berpuluh orang itu hanya memenuhi tuntutan melihat suasana pendaftaran sahaja. Kesian pula dengan AJKO UMK. Sehingga jam 12.00 tengah hari, hanya 20 orang pelajar yang mendaftar. Macam sedih ja dengar.

Petang itu, mesyuarat tergempar diadakan khas untuk membincangkan program esok hari. Ingatkan tak perlu mesyuarat malam, namun keberkesanan mengendalikan mesyuarat pertama diragui, kata sepakat tidak dicapai. Dugaan buat diri ini juga. Bukan senang untuk menjadi ketua.

Keluar sahaja dari bilik gerakan, saya disarankan untuk mengadakan mesyuarat khas bersama Majlis Tertinggi. MT tak puas hati dengan mesyuarat tadi. Saya merancang untuk mesyuarat MT sebaik sahaja taklimat Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) UMK selesai. Mungkin saya masih ragu-ragu, blur, pening, terkejut! Haha! Menyusahkan Setiausaha untuk menulis minit mesyuarat. Mula-mula bincang hal lain, lepas tu hal lain. Berserabut jadinya. 😀Checkmate!

 Malam

Mesyuarat bersama semua AJKO berjalan agak lancar, sesiapa mencelah semasa orang lain bercakap, saya hentam cukup-cukup. Bukan apa, singkatkan masa mesyuarat dapat meningkatkan kualiti tindakan. Biar semua jelas, tiada perbalahan. Siapa pun tidak suka jika mesyuarat meleret sehingga jam 2-3 pagi. Alhamdulillah, sesi kali ni tidak terlalu lama perbincangannya. Perlantikan Person In Charge (PIC) bertujuan untuk memantau perjalanan program seharian. Segala masalah perlu berhubung dengan masalah program boleh berunding dengan orang yang dilantik. Mudah jika pembahagian tugas dilaksanakan sebaiknya.Tidor!

Lepas mesyuarat tu pun, kami di ‘buli’ oleh pihak pentadbiran kolej untuk menggunting pelekat file pelajar. Mesyuarat tamat awal pun, bukan boleh tidur awal. 3 pagi juga baru dapat tidur. Pening dengan warna pink pelekat tu. Aih~

Isnin (23 Mei 2011)

Pendaftaran Pelajar Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertugas di kaunter pembayaran. Begitu sesak dengan kehadiran pelajar yang datang bagai gelombang ombak yang mengejut. Sepatutnya pendaftaran bermula jam 8  pagi. Disebabkan kehadiran waris pelajar seawal jam 7.30 pagi menyebabkan beberapa fasi yang bertugas di bahagian parking tidak cukup tangan. Kekalutan mula dirasai di bahagian pendaftaran pelajar, terutamanya pelajar perempuan. Kaunter yang dibuka tidak mampu menampung bilangan pelajar yang datang, sehingga ada yang sesat mengikut laluan pelajar lelaki.Sesak

Jam 12 tengah hari, bilangan kasar pelajar yang mendaftar hampir 630 orang. Setakat ini tidak terdapat masalah, semuanya berjalan lancar. Seusai pendaftaran, AJKO bersiap untuk sesi petangnya, Taklimat MPPB 2011/2012. Slot pengenalan para AJKO dengan adik-adik baru. Pengenalan lagu tema, lagu MARA dan cheers WE GOT K.M.K.U.

 Malamnya, baru nak kalut buat teks pengerusi majlis untuk Majlis Bersama Pengarah Kolej esok hari. Alhamdulillah, syukur dengan AJKO yang bijak melaksanakan peranan masing-masing. Bukan seperti bila diketuk baru hendak bergerak. Malam itu warta disiplin telah pun dilaksanakan. Tekanan bagi para pelajar baru sahaja bermula. Perlantikan penghulu dan penghuluwati turut berlangsung semasa warta disiplin diterangkan. Post mortem tak perlu nak bincang lama, pendaftaran ja pun. Cuma penekanan untuk esok hari agar PIC bertugas tidak leka. Seperti biasa, kuliah Magrib sentiasa menjadi isu setiap sesi. Masa yang singkat dipersalahkan.

Kuliah MagribKuliah Magrib

Selasa (24 Mei 2011)

Saya sangat memuji pelajar tahun ni kerana disiplin mereka. AJKO tidak perlu untuk berlari ke asrama, memanggil mereka turun. Biasalah 2-3 orang yang lambat. Syabas! Semoga terus berkekalan sehingga tamat pengajian. Pagi ni rasa amat gemuruh, pertama kali jadi pengerusi majlis yang besar kot. Majlis rasmi lagi. Apa pun ianya sebuah pengalaman. Ada peneman yang berkaliber dan berpengalaman, tidak berasa kekok sangat, azuwa bakal dentist yang berbahasa. 🙂Azuwa

 Sesi bersama mentor.

Kali ni saya tidak terlibat sepenuhnya dalam mengurus LDK, teringin seperti dulu. Teman cikgu-cikgu. Tapi kali ni berbeza dengan tahun lepas. Banyak kerja perlu  diselesaikan kerana tiada persiapan awal.

Terpaksa juga saya membantu junior yang mengetuai AJK Latihan Dalam Kumpulan. Kelihatan cikgu-cikgu sudah pun berarak ke tempat LDK masing-masing, tetapi pelajar masih di dalam dewan. Tak pa. Slow-slow dulu. Akhirnya, saya ditugaskan untuk menjaga LDK 53, mentornya cikgu firdaus.

Bunyi deringan telefon, teett~ . Saya dimaklumkan bahawa dewan kesidang terkunci dari dalam. Dengan pantas meninggalkan makmal biologi (LDK 53), berlari terus ke pondok jaga. Bertanya perihal kunci dewan kesidang, pakcik jaga kata “bukan kami yang pegang”. Sudah! Bergegas pula ke dewan kesidang. Kelihatan cikgu fauzi dalam keadaan tidak keruan. Pergh~ bahaya ni.

Pengarah dan PenghuluAkhirnya, saya di ceramah di hadapan sekumpulan pelajar baru oleh cikgu fauzi. Mahu tak merah padam muka. Beliau tidak puas hati bukan kepada AJKO pada mulanya, tetapi telahan saya menyangka beliau seakan mahu menghentam kami. Kelewatan membuka pintu dewan kesidang adalah tanggungjawab staff kolej. Tetapi saya dimaklumkan lambat bahawa kebanyakan staff kolej dah pencen. Dugaan betul.

Interaksi 2: taklimat akademik oleh Timbalan HEA.

Semua AJKO dikehendaki untuk berada dalam bilik gerakan. Taklimat untuk persembahan penjanaan kreativiti oleh Abang Cikgu. Setiap perincian program perlu di fahami. Kelak tidak menimbulkan salah faham. Petangnya riadah di dewan besar, hujan tidak mengizinkan kami bersenam di padang.

Xi Shua Shua Aktiviti riadah turut disertai oleh Pengarah Kolej. Bersenam dan berjoget. Haha! Apa yang saya perasan, jika aktiviti yang kita jalankan ni turut disertai oleh pihak pentadbiran kolej, pelajar-pelajar turut bersemangat. Chicken dance dan xi shua shua.

Forum Alumni: Kehidupan seorang pelajar Kolej MARA Kulim.

Forum kali ini tidak disertai oleh alumni luar, tetapi dalam kalangan AJKO sendiri. Alhamdulillah, syukur dengan kewujudan barisan alumni yang masih berbisa dari luahan kata-katanya. Forum turut disertai oleh AJKO UMK, abang ikhwan syafaat, selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan.Forum Alumni

Apa yang menarik untuk forum kali ini adalah pada perlaksanaannya. Saya rasa tidak pernah ada forum di wujudkan tea break. Cuma di KMKulim sahaja khas buat pelajar baru kami wujudkan tea break. 😀 Padahal, kami menghadapi masalah dengan pentadbiran dewan selera yang memberi kami pilihan yang agak menekan kami.

Rabu (25 Mei 2011)

Sepanjang hari adalah aktiviti bersama mentor, yakni Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti yang sama saja setiap tahun, sehinggakan kami dari pihak AJKO menyarankan agar sesi depan, pengisiannya di ubah.

Tengah hari, taklimat dari AJK Riadah mengenai aktiviti explorace. Seperti yang saya jangkakan, kerja last minute ni sangat memberi tekanan kepada pihak AJKO. Terdapat pelbagai masalah dari segi perlaksanaannya. AJKO sendiri tiada kata sepakat. Kami terpaksa mengendalikan aktiviti tersebut sepenuhnya. Sepatutnya taklimat riadah ni perlu diadakan sebelum bermulanya minggu orintasi.Explorace

Apa pun, saya dikehendaki menjaga gelanggang bola keranjang di hadapan bangunan FIST UniKL yang lama. Cuba juga buat balingan. Tak masuk-masuk. Bukan senang. Pengarah sendiri datang mencuba nasib. Kepakaran beliau dalam permainan bola keranjang memang tidak dinafikan sejak saya di bangku MRSM PDRM lagi. Kebanyakan kumpulan yang hadir untuk program ni, saya pangkah semuanya. Tiada 1 kumpulan yang berjaya. Sungguh kejam. 😀

Malamnya aktiviti Sentuhan Kalbu. Saya tidak dapat sertai program ni kerana sibuk menguruskan beberapa orang pelajar yang menjadi pengerusi majlis untuk Majlis Penutup MPPB. Disamping itu, saya sempat slow talk dengan cikgu Kamal Yahya, kaunselor KMKulim. Kami memohon agar sebaik sahaja taklimat qiamulail esok tamat, sesi bersama beberapa orang AJKO diadakan. Tetapi permohonan kami di tolak.Unit Disiplin Pelajar

Disebalik kekerasan kami, cikgu Kamal sempat memberikan beberapa nasihat kepada kami yang berada dalam bilik kaunseling ketika itu. Setiap apa yang kita lakukan ini pasti ada dugaannya. Bukan senang hendak senang. Sungguh saya telah tersalah sangka dengan cikgu kamal. Terasa sungguh ketika itu. Saya bukannya rapat sangat dengan cikgu kamal masa mengaji di KMKulim ini dahulu. Tetapi program orintasi ini telah memberikan saya seribu makna, pelajaran dan pengalaman yang baru.

Post mortem malam tu, saya melahirkan rasa kesal terhadap pandangan saya terhadap cikgu kamal. Saya tak larat nak panjangkan lagi post mortem malam tu. Saya teruskan dengan penerangan untuk agenda esoknya. Tamat agak awal, 1.30 pagi.

Khamis (26 Mei 2011)

Tunas HarapanAktiviti hari ni diceriakan dengan Program Tunas Harapan. Saya sangkakan program ni kami AJKO yang akan paksa pelajar naik ke pentas, tetapi pelajar baru sendiri seakan-akan tidak sabar ingin naik ke pentas. Pelbagai ragam pelajar dapat kita lihat. Memang kreatif, termasuklah gaya menyindir AJKO. Hahaha! Terbaik! Kami dari pihak AJKO berbangga ada juga yang dapat di ingati oleh setiap pelajar atas segala tindakan kami.

Pengarah turut menlahirkan rasa gembira dengan perkembangan pelajar. Beliau sebenarnya mengharapkan pelajar-pelajar berani tampil ke hadapan, tidak kisah ingin berucap, menyanyi, bersajak, berlakon. Matlamat program ini adalah untuk menzahirkan sifat keberanian pelajar KMKulim. Selaras dengan Moto | Menjana pelajar intelek berketrampilan.

Majlis penutup MPPB. Saya berucap berdasarkan teks ucapan di skrin. Saja meniru gaya Pengarah KMKulim, Tn. Hj. Ruslan Bin Abdul Shukor. Sambil berucap jeling mata di kerusi bahagian duduk pengarah. Tangan beliau tidak berhenti menulis sesuatu. Menambah rasa cuak di hati. Kemungkinan besar untuk memberi komen tentang ucapan saya selepas ini.Penghargaan

Apa pun, Majlis Penutup kali ni mendapat komen positif dari cikgu-cikgu. Katanya tak nampak skema sangat. Dengan persembahan nyanyian dari wakil pelajar persediaan UMK dan sketsa dari wakil pelajar Matrikulasi. Bagi saya, lagu yang didendangkan itu cukup bersemangat, menuju ke mercu cita-cita. Kalau boleh semangat seperti itu terus mekar dan wujud sehingga akhir pengajian. Sehinggakan bonda Khairiah mengatakan saya semakin kurus menguruskan minggu pengurusan pelajar ini. 😀

Susun BataPetang itu beriadah dengan sukan rakyat. Pengarah turut menceriakan program petang itu. Tugas saya petang itu adalah memantau permainan susun bata. Pelbagai gelagat, strategi, cara dilakukan semata-mata untuk cepat sampai ke penghujung garisan. Sampai ada yang berdarah tangannya. Kesian pula.

Tak kurang juga kami bermandi tepung. Segalanya bermula dari cubemate saya. ceyt! Niat menjadi cameraman terkubur, habis dengan kamera pun bermandi tepung. adoi.Mandi Tepung

Taklimat qiamulail oleh ustaz Zural. Terpaksa akur dengan nasihat cikgu Kamal. Kami sedar AJKO hanya perlu mengikut arahan. Jadi disebabkan kerana mengikut arahan, ustaz Zural sempat menghabiskan sesi taklimat sehingga jam 10.20 malam. Program diteruskan dengan sesi penerangan oleh taiko aka cipu merangkap Ketua Unit Disiplin Pelajar. Mungkin ada yang terkejut, segala perancangan, lakonan adalah yang terbaik. Siap ada yang mengaku mengambil jurusan kejuruteraan air pengkhususan singki. Kesemua yang berlakon dengan identiti berlainan sudah pun berterus terang serta memohon maaf. Kebanyakan AJKO awal begerak ke kampung masing-masing atas komitmen lain.

Post mortem pun tidak terlalu lama. Pengarah menjemput semua AJKO untuk jamuan di rumah beliau. Post mortem tamat jam 11.45 malam. Sempat juga kami bekas pelajar kuliah F sesi 2009/2010 bergambar. Saya rasa kuliah kami yang paling banyak ahlinya yang menjadi AJKO. Sesi lepas pun sama. Ada 2-3 orang AJKO yang tiada dalam gambar ni.Kuliah F

Jumaat (27 Mei 2011)

Qiamulail. Terbaik la program ni. Banyak juga yang hadir. Teruskan usaha untuk istiqamah dalam menuntut ilmu disamping mengamalkan solat malam. Setiap usaha kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Semoga terus memohon keredhaan Allah.Qiamulail

 Sesi bersama AJKO. Sepatutnya ada, tetapi kami lupa, hari jumaat bukan semua staff bekerja. Tak jadi hendak buat tayangan video. Terpaksa la buat aktiviti riadah. Pagi-pagi dah kena menari. Hahaha! Sepatutnya sesi ni semua AJKO berucap kata-kata terakhir serta komen mereka terhadap MPPB ini.

Penjanaan Kreativiti. Sepatutnya program ini bukanlah program untuk sketsa, drama atau apa-apa yang berkaitan dengan lakonan. Penjanaan kreativiti ini sebenarnya untuk gerakan atau formasi berkumpulan. Kemungkinan di salah erti oleh pelajar. AJKO juga tidak cukup jelas dalam perkara ini. Maka, berlaku la pelbagai adengan di atas pentas. Kadang-kadang tidak cukup masa. Mana tidaknya, 8 minit itu bukannya lama. Memang secara logiknya khas untuk formasi gerakan pelajar secara berkumpulan.

Setiap kumpulan diberi tema tertentu bedasarkan keadaan dan isu-isu semasa. Kemungkinan dari segi nama program yang tidak sesuai. Cikgu yang menguruskan program ini juga mengakuinya. Sesi depan program ini perlu di teruskan agar dapat menjana pelajar yang lebih kreatif. Cuma memerlukan penjenamaan semula namanya. Saya ditugaskan bersama Farhana untuk memantau kumpulan kreatif 10 mewakili LDK 46-50. Sesi pagi sahaja yang mampu saya pantau, petangnya terpaksa memantau di dewan. Susun atur majlis malamnya.Adam & Cipu

Maka dengan tamatnya Persembahan Penjanaan Kreativiti, berakhir juga minggu pengurusan pelajar baharu sesi 2011/2012. Pelajar di sajikan dengan video yang disediakan khas oleh abang Mike chang, taiko, haikal dan adam.

Akhir KataAkhir kata | Jadilah kita hamba yang sering berdoa, jangan menjadi hamba yang sombong untuk berdoa. Sebaik-baik pergantungan hanyalah pada Allah. Setiap daripada kita mampu berusaha, setiap dari kita juga ada tahap usahanya tersendiri. Kita bukan tuhan, jika awal-awal sudah mengatakan matrikulasi ini susah, sebabnya kita belum lagi berusaha. Ini kata-kata pengarah sejak zaman pengajian saya lagi sehingga sekarang, ayat masih tidak berubah.  🙂

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua pelajar sesi 2011/2012. Sekalung penghargaan juga kepada semua AJKO diatas kerjasama yang diberikan. Semoga semua daripada kita memperoleh pengalaman yang bermakna.

Kumpul sebanyak mungkin ilmu di sana, bukan sahaja akademik tetapi ilmu kepimpinan. InsyaAllah anda tidak akan rugi. Sangat seronok berukhuwah dan berjemaah dalam melakukan sesuatu. Kita tidak akan berasa keseorangan. Dengan keberadaan sahabat di sekeliling kita yang masing-masing mempunyai matlamat tersendiri, kita akan berasa lebih bersemangat untuk mencapai matlamat kita juga.

Kumpul IlmuJadilah kita seperti bintang yang dilempar ke langit menjadi kejora, di lempar ke laut menjadi mutiara. 😀

Sharing Moment

Kadang-kadang kalau sertai apa-apa aktiviti pasti tak terlepas dengan aktiviti perkongsian. Pelbagai perkara bermain di benak fikiran, mana satu nak di ceritakan. Bagi saya, ketika sharing moment tu saya ceritakan semua yang ceria belaka. Jarang, sangat jarang dan tersangat jarang saya cerita perkara yang sedih.

Bukan tak mahu cerita, tetapi orang yang mula-mula memberikan sharing moment sudah pun menceritakan kisah sedih. Tambah pula dengan esakan orang lain. Lagi la serba salah jadinya.

Sebaik sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tamat, seingat saya ketika itu kertas fizik. Malamnya adalah majlis makan malam bersama 1 batch SPM 2008 peringkat MRSM PDRM,Kulim. Turut dimeraikan adalah guru-guru yang telah mendidik kami. Pagi esoknya, keadaan blok asrama sudah pun semakin lenggang.

Suasana ceria, riuh bertukar kepada suram, sunyi. Jika di baling batu dari tingkat atas, pasti kedengaran gema dari batu yang terlantun tersebut. Saya rindukan saat riuh dulu. Jarang dapat dirasai pada saat ini. Tanyalah pada sesiapapun, pasti diakui zaman persekolahan adalah yang terbaik!

Saat kaki menjengah keluar dari blok asrama, dengan harapan dapat meminta pertolongan dari warden untuk dihantar ke stesen bas. Bangun pagi awal dengan semangat sebab bas plusliner bakal bertolak pada tengah hari. Ketika itu, mungkin darah muda lagi remaja yang mengalir dalam badan ni aktif, kesabaran itu satu sifat yang sukar dikawal. 😀

Akhirnya dapat la juga jumpa seorang warden, maklumlah cuti sekolah kebanyakan warden tiada di asrama. Pertolongan di saat genting begini turut mengundang kemarahan. 😀 Darah muda sekali lagi teruji, tatkala pertolongan yang dipinta tidak dapat dipenuhi. Dalam hati saya memaki hamun cikgu tu. Walaupun beliau tidak mengajar saya, entah kemana hilangnya rasa hormat saya kepada seorang guru telah menyebabkan saya memaki cikgu itu dalam hati.

Nak kata kat sini Allah nak tunjukkan keberkatan seorang guru tu, buktinya dalam keputusan SPM ada salah 1 subjek kegemaran saya peroleh gred 3B. Cikgu yang mengajar subjek tersebut pun terkejut. Tapi hasil dari muhasabah diri sendiri, akhirnya saya akur mungkin ni harga yang perlu dibayar atas kesilapan saya dahulu.

Bersambung kisah pulang, warden tak dapat tolong terpaksa la abih duit nak sewa teksi. Malangnya saya betul-betul kering masa tu. Nak p bank tak sempat dah, jam menunjukkan lagi sejam sebelum bas bertolak. Hasil pertolongan sahabat yang masih ada di blok tu, dapat la jua saya kumpul RM 6.00. Ketika tu hati sebenarnya dah cuak, macam mana la nak balik ni. Dengan teksinya mai lewat. Duit tak cukup. Nak mintak tumpang kawan, macam tak sanggup. Kereta depa dah penuh.

Akhirnya teksi yang ditunggu muncul jua, syukur Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui keadaan hati saya ketika itu. Sempat jua ke stesen bas. Hari itu dirasakan terlalu panjang, disebabkan berbagai peristiwa saya tempuhi. Sebaik sampai stesen Puduraya, tunggu keluarga, sebab dah lewat malam. Nak naik bas lompat dah tak ada.

Naik sahaja kereta, entah mengapa tiba-tiba dada terasa sebak. Menangis! Menitis air mata ku. Dengan tersesak-esak, bapa ku berkata ” maafkan bapak, tak dapat ambil fikri kat mrsm.” Saya membalas, ” bukan sebab tu fikri menangis, tapi mengenangkan kawan-kawan yang fikri paling sayang kat sana”. Saya akui, zaman di MRSM saja saya kenal apa itu erti ukhuwah yang sebenar. Sikap tolong menolong memang aspek paling penting dalam hidup berasrama. Tanpa sahabat, rugi kita. Batch saya memang banyak masalah, tapi dengan masalah tersebut mengajar saya untuk tidak menimbulkan masalah yang sama pada masa hadapan. Saya banyak belajar daripada peristiwa yang berlaku ketika zaman tingkatan 4 dan 5.

Mungkin orang kata, “emo la budak ni”, “sensetif la mamat ni”. Tak kisah, tapi itu yang saya rasa. Perasaan itu wujud dari kurniaan Allah. Itu bezanya kita dengan haiwan. 🙂 Kita mudah menghukum orang lain dengan peraturan yang kita rasakan betul. Itu adalah kelemahan kita yang terbesar.

Tidur, makan, celik mata, projek sains Intel ISEF. Akhirnya dah hampir tiba pula saat pengumuman keputusan SPM, Alhamdulillah capai target walaupun tak seberapa nak dibanding dengan sahabat yang cukup mantap. Datang pula surat tawaran dari MARA untuk taklimat dari Medic Mesir.

Persoalan dari mak; ” nak sambung mana ni?”

Saya membalas; ” medic mesir boleh mak?”

Mak; “Banyak tu duitnya. Mak boleh keluarkan, tapi guna duit simpanan le”

Saya;”tak apa la mak, fikri ambil matrikulasi je la, mana tahu dapat sambung medic dalam negara”

Dalam hati, saya merasa risau akan adik-adik saya. Memandangkan mak nak melaburkan duit simpanannya untuk pembelajaran medic mesir, sebagai anak yang paling tua, saya rasa cukup serba salah sekiranya suatu masa nanti duit yang sepatutnya digunakan untuk adik-adik saya tidak ada. Biarlah saya simpan niat nak belajar bidang perubatan, dengan niat adik saya nanti dapat menyambung semangat saya untuk menjadi seorang doktor muslim.

Sengaja saya tak ceritakan isi hati saya pada mak saya, walhal dalam setiap perkara, mak saya la yang pertama saya kongsi. Tapi dalam hal ini biarlah saya pendam. Akhirnya takdir tidak menyebelahi saya, cita-cita untuk bergelar doktor melalui program matrikulasi terkubur. Cita-cita kedua adalah untuk bergelar saintis. Maka dengan itu program sains biologi menjadi pilihan saya.

Bermula dari saat sekarang, saya bersungguh dalam setiap perkara yang saya lakukan. Niat nak sambung kembali projek Intel ISEF, dengan harapan yang ditinggalkan oleh cikgu fizik saya, cikgu Jafni Ghazali. InsyaAllah.

Bijak Sifir Edisi 2

bijak sifir version 2

Kitab Bijak Sifir

Ha! kali ni dibawakan edisi ke-2 bijak sifir,kali ni berbeza dengan yang sebelumnya, kerana berlangsung di 2 tempat berbeza. Perjalanan para fasi bermula dari jumaat malam sabtu dengan komuter. Kekuatan fasi sebanyak 13 orang. Sekali lagi lupa untuk mengambil gambar bersama semua ahli tenaga kerja program ini. Lain kali la nampaknya. Continue reading “Bijak Sifir Edisi 2”

Bijak Sifir!

Aha! kali ini berkaitan dengan 1 lagi program yang saya sertai. Bijak sifir? bukan bermaksud saya menjadi peserta ye. Saya menjadi salah seorang fasilitator dalam program tersebut yang julung kali diadakan di UKM. Program tersebut berlangsung 2 hari. Tetapi saya dan seorang lagi rakan sekolej saya sempat sehari sahaja atas urusan yang tidak boleh dielakkan.

lucu!

Pelbagai perkara yang amat menggelikan hati saya, memandangkan kebanyakan pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Budak-budak yang masih diperingkat pembesaran pasti banyak kerenahnya. Alhamdulillah, saya lihat ada juga peserta daripada sekolah menengah. Mereka juga tidak berasa segan menuntut ilmu bijak sifir ini bersama-sama adik-adik mereka.

Kisah lucu bermula apabila seorang peserta sekolah rendah bertanyakan kepada saya, nama panggilan abdullah(bukan nama sebenar);

Abdullah: “abang,siapa sifu taj?”

saya: cikgu yang dok ajar kat depan tadi le

Abdullah: dia pandai ke?

saya: *dalam hati. muahahahaha!! biar betul budak ni.

saya: aih~,sebab tu la dia boleh ajar bijak sifir.

Abdullah: dia lagi pandai dari adi putra ke?

saya: *hati lagi.  macam tu sekali hang tanya. hahaha!

saya: itu abang tak taw!

Sungguhpun saya akui, terdapat segelintir pelajar yang mungkin bosan dengan teknik ini, ada yang berkerut dahinya memikirkan cara nak selesaikan masalah matematik dengan cepat dan cekap, ada yang tidak fokus. fokus! ya fokus, saya agak keletihan melayan 2 orang peserta ini. Dari pengamatan saya, seorang peserta ni agak lemah dalam tambah dan tolak. Masih terkial-kial. Saya memberikan fokus yang lebih kepada irfan. Kata ibunya, dia baru selesai pembedahan laser di matanya. Kemungkinan apa yang diajarkan oleh sifu itu tidak berkesan atau tidak lekat dalam mindanya.

Lagi seorang ni, saya tidak ingat namanya. Gaya seperti dipaksa oleh ibu bapa. Siap main roket kertas lagi. saya tanya, “adik tak minat ke dengan program ini?”….. tiada jawapan……

kagum

Ada seorang peserta ini, saya agak kagum dengan usahanya. Nama panggilan iyad. Tulisan agak cantik. Hensem! Iyad sentiasa berusaha dalam meningkatkan teknik matematiknya. Apa yang saya kagum ialah, walaupun agak lambat pada awal program, tetapi apabila tiba diperingkat pertengahan, Iyad mampu bersaing dengan rakan-rakanya yang lain dalam merebut ranking siapa paling cepat menyelesaikan sifir. Tiada apa yang mustahil sekiranya kita BERUSAHA! ya berusaha, seperti firman Allah taala, sekiranya sesebuah kaum/tamadun manusia itu mahu berubah kepada lebih baik, maka mereka perlu berusaha. Tiada jalan pendek dalam mencapai mahkota kejayaan.

Seronok!

Walaupun penat tapi agak berbaloi juga, dapat bimbing adik-adik ni mengira dengan lebih pantas. Tanpa menghafal nombor sifir pun. Saya juga dapat input juga. 🙂 Zaman mereka lebih mudah, berbanding zaman saya dahulu. Terpaksa di cemuh oleh mak dan bapak saya. Sejak dari sekolah rendah, saya memang malas mengira. Apatah lagi sifir. Dalam kelas pula, saya seorang saja yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru matematik saya ketika itu. Dirotan, dibantai, dijemur tiada apa-apa kesan.

Apa yang bermain di kotak fikiran saya ketika itu hanyalah SUSAH! Zaman sekolah rendah saya agak kelam, tiada kejayaan, hanya menimpa malu buat orang tua sahaja. Degil! seperti apa yang diucapkan oleh pensyarah kimia saya, “manusia ni tidak boleh lari dari bersikap degil!” Bahagian itu memang saya sokong!

Kesal

Kesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.  Tapi saya berusaha agar peserta yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong. Malah, saya turut serta bertemu penjaga mereka di penghujung program. Saya juga akan membantu adik-adik saya di rumah. Kalau dahulu mereka agak takut menegur saya, almaklumlah, anak sulung, memberi perintah itu tugas wajib! hehe 😀

Tapi kini, mereka agak mesra dan boleh bergurau dengan saya. Saya perlu mengalah pada setiap masa. Nabi kita,Nabi Muhammad SAW juga turut memberikan penekanan dalam soal kasih sayang. “Jika seseorang itu tidak mengasihi seseorang, maka dia tidak akan dikasihi”.

Akhir kalam.

Harapan saya hanya satu, agar adik-adik ini tidak menjejaki apa yang telah saya lakukan selama ini. Malah, ada saja orang yang memberi komen mengatakan saya ini baik, tulus dan apa-apa yang sama maksudnya. Tetapi itu hanya 10% sahaja yang anda kenali saya. Di rumah, 90% adalah sebalik dari apa yang anda nampak. Mungkin. Namun, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun, saya berusaha! Saya berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik!

p/s: PC Karnival UKM baru-baru ni, saya sangkakan boleh la dapat sebiji DSLR, tapi angan-angan sahaja nampaknya. Mahal!

Terrarium ver. 2

Terrarium

TERRARIUM: SENI HIAS TUMBUHAN DALAM KACA

Ia juga boleh ditafsirkan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lutsinar dalam bentuk kecil atau mini. Penataan seni hias dalam terarium ini sama seperti seni menghias landskap tetapi ia dihasilkan dalam bentuk mini.

Terdapat juga nama lain selain terrarium, iaitu vivirium. Vivirium lebih ke arah fauna atau haiwan. Kebanyakannya di diami oleh haiwan seperti cicak kobeng. 🙂

Kali ni, di Universiti Kebangsaan Malaysia,saya membuat percubaan kali kedua untuk membuat terrarium ni,setelah terrarium yang pertama semasa matrik sudah hancur. 😀 Masih di peringkat pertumbuhan biji benih. Sayang sekali tiada kamera. Bukan apa, saja nak record pertumbuhan sejak hari pertama. Agak lama nak tunggu pucuk pokok asam jawa ni tumbuh.

Dalam masa yang sama, lumut juga saya tanam. Hijau mata memandang. Post selepas ni, InsyaAllah, saya akan tunjukkan hasil kerja saya. 🙂 Cintakan flora!

Ia juga boleh ditafsirkan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lutsinar dalam bentuk kecil atau mini. Penataan seni hias dalam terarium ini sama seperti seni menghias landskap tetapi ia dihasilkan dalam bentuk mini. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lutsinar dalam bentuk kecil atau mini. Penataan seni hias dalam terarium ini sama seperti seni menghias landskap tetapi ia dihasilkan dalam bentuk mini.

Kuliah Tafsir

Al-Maidah:6

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.                 (Al-Maidah:6)

Kebanyakan ayat-ayat dalam surah ini berbentuk pengajaran mahupun nasihat. Saya amat tertarik dengan ayat diatas kerana Allah ingin mengajar kita bagaimana hendak mengambil wuduk. Subhanallah! Setiap kata dan perbuatan junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W. adalah wahyu semata-mata dari Allah.

Ustz Idris ni sudah lama saya kenal, sejak dari zaman muda-muda di kuarters kakitangan SAM BBST. Beliau merupakan Imam 1 di masjid yang bersebelahan rumah saya ketika itu dan sekarang juga masih disitu barangkali. Beliau berkunjung ke Masjid Al-Makmur di Kampung Giching, tempat saya menetap sekarang ini. Tidak jauh mana pun jarak rumah lama dengan sekarang.

Pengisian dimulakan dengan topik hijrah, awal muharam. Saya terbaca ayat surah Al-Maidah ini ketika di penghujung kuliah. Saja selak halaman lain. Malam tu ustz sempat habiskan 2 potong ayat surah Al-Baqarah ja. Disebabkan muqaddimah awal muharam yang panjang. 🙂

Erti Bersyukur.

Di penghujung ayat di atas, tujuan di beri segala rukhsah atau kemudahan kepada umat manusia adalah untuk mengajar kita supaya kenal makna bersyukur. Kali ni hati saya amat tersentuh dengan ayat ini.

Marilah kita bersyukur ye sahabat-sahabat ku di atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Nikmat iman dan Islam,itulah nikmat yang terbesar. 🙂

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Sekeping gambar lama

Reaksi Spontan 3 sahabat seperti di era Hitler. Kelihatan di sengajakan?

Gambar bawah merupakan tentera jerman dibawah kekuasaan Adolf hitler. Memegang risalah Islam.

Agak kelakar pada mulanya, tetapi, disebalik  gambar di era Hitler ini, terdapat sebuah kisah yang kita semua tidak ketahui.

 

siapakah adolf hitler?

Merujuk kepada laman wikipedia.com,

Adolf Hitler (German pronunciation: [ˈadɔlf ˈhɪtlɐ]; 20 April 1889 – 30 April 1945) was an Austrian-born German politician and the leader of the National Socialist German Workers Party (German: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei, abbreviated NSDAP), commonly known as the Nazi Party. He was Chancellor of Germany from 1933 to 1945, and served as head of state as Führer und Reichskanzler from 1934 to 1945.

Kebanyakan artikel yang saya baca, mengatakan bahawa beliau berdarah yahudi. Tetapi, persoalannya disini, mengapa beliau bertindak menghapuskan sebahagian besar populasi/etnik yahudi ini?

Malah beliau turut mengagumi agama ISLAM, antara petikan ucapan beliau;

“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”

sumber: 11 Fakta BENAR Mengenai Hitler

Akhir kalam, sebenarnya saya nak kaitkan gambar tersebut, amat melucukan. Namun, setiap agenda Hitler pasti mempunyai maksud yang masih belum terungkai lebih mendalam. Ya, mungkin sebahagiannya sudah dibongkarkan, tetapi saya yakin, tidak ramai masyarakat di luar sana mengetahui perkara sebenar yang berlaku. 🙂

 

 

Sebuah Generasi

Belia adalah aset atau khazanah yang amat bernilai. Mereka adalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan yang sedia ada. Umumnya, generasi belia ini merujuk kepada mereka yang berusia antara 15-40 tahun. Generasi Belia turut dikaitkan dengan Generasi Ulul-Albab. Apabila ramuan Generasi Belia dan Generasi Ulul-Albab ini dicampur dan digaul bersama, maka terbentuk sebuah generasi yang merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran yang sempurna, berilmu dan kreatif serta berupaya menyelamatkan dirinya dari pengaruh maksiat dan menjadi catalyst yang mengalakkan orang lain turut serta mengikutinya. Itulah Generasi Belia Ulul-Albab.

Dugaan dunia kini amat mencabar. Kesukaran ibubapa dalam mendidik anak-anak untuk bangkit subuh, lagikan solat berjemaah. Jika diamati, kebanyakan jemaah yang berada di masjid adalah terdiri daripada orang yang berusia yakni orang-orang tua yang seusia atuk dan opah kita. Dimanakah belia-belia Ulul-Albab kita? Dimanakah mereka? Apa yang mereka lakukan sekarang?

Sultan muda

Sebagai contoh kepada generasi belia adalah seperti, Sultan Mohammad Al-Fatih yang berjaya menakluk Kota Konstantinople daripada pemerintah Rome. Begitu muda bergelar Sultan di usia 21 tahun, malahan berjaya menawan semula kota tersebut lalu menghidupkan nur dakwah di sana.

Antara kata-kata keramat baginda adalah:

“Wahai tenteraku, Aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutlah aku.”

Semangat begini amat sukar dicari dalam diri remaja-remaja kita. Akibat di basuh dengan pelbagai permainan musuh-musuh Islam. Dan terdapat kata-kata seperti “jika ingin melihat kemajuan sesebuah negara, maka lihatlah bagaimana gaya golongan mudanya.”

Bila dikaji mengenai rahsia kejayaan adalah kebijaksanaan, kepintaran dan kreatif nya pemikiran seorang pemimpin.

pengalaman

Kekadang, terdapat juga kaum tua yang memperlekeh kemampuan golongan muda kini. Jika soal siapa yang makan garam dahulu menjadi persoalan, sampai bila-bila golongan muda ini tidak akan berjaya. Sebaliknya, daripada mengaji buku biologi seperti campbell yang setebal beribu halaman itu belum tentu dapat mempelajari sebahagian ilmu yang memerlukan “amali”.

Tidak semua ilmu boleh didapati daripada sumber bacaan, kerana terdapat sebahagian ilmu yang memerlukan kita berguru dengan masa dan pengorbanan atau dalam erti kata lain PENGALAMAN.

Ya, remaja kita memerlukan pengalaman dalam menguruskan sesuatu sebagai contoh menguruskan sesebuah organisasi. Solat berjemaah juga turut dikategorikan sebagai organisasi; ada imam ada makmum.Keluarga, usrah juga merupakan sebuah organisasi. Belakangan ini, kita kerap baca di dada akhbar, sebagai contoh di ruangan kolumnis, pelbagai berita penceraian berlaku dalam kalangan orang muda. Apakah kaitannya dengan kekurangan pengalaman? Adakah kurang ilmu memasak? atau sebagainya, sama-sama kita fikirkannya. 🙂

Jadi, dalam membentuk Generasi Ulul-Albab ini, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi oleh Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah S.W.T. :

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang hidup sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T.
  3. Orang yang mengingati Allah S.W.T. ketika bersendirian lalu menitis air matanya.
  4. Orang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu teringat kepada masjid).
  5. Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah S.W.T. semata-mata.
  6. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah S.W.T.
  7. Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.

Akhir kata, setiap pihak perlu bekerjasama. Golongan muda mahupun tua, masing-masing mempunyai peranan penting. Sharing is caring. Belia memerlukan pelbagai ilmu berbentuk pengalaman. nasihat untuk diri saya juga :). Berjuang bersama pena.

Lembu oh lembu.

Pagi yang segar di isi dengan sedikit pengisian tentu lebih bermanfaat daripada membuta. Betul kan? Tambahan pula, angin kampung di sekitar kawasan rumah ni, menguatkan lagi ingatan saya pada zaman ‘muda-muda’. Selalunya waktu begini, selepas suboh masih memeluk bantal lagi. 😀

Kuliah subuh pagi ni, berkaitan dengan ibadah korban yang bakal kita raikan tidak lama lagi. Pelbagai input yang saya dapat ketika mendengar kuliah tersebut, yang penting tak la tersenduk-senduk menahan rasa mengantuk. Pandai ustaz tersebut meraih perhatian para jemaah yang tidak seberapa ramai ini.

Definisi ibadah korban(sumber dari IbnRajab Online )

Definisi ibadah korban:
Menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada Hari Raya Korban (10 zulhijjah) atau pada hari-hari Tasyrik (11-13 zulhijjah) dengan tujuan beribadah kepada Allah swt. Binatang ternakan (al-an’am) bermaksud binatang yang halal dimakan, berkaki empat yang biasanya dipelihara oleh manusia sama ada; secara ladang untuk tujuan komersial ataupun secara kecil-kecilan seperti memelihara sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang.

Binatang al-an’am adalah seperti kambing, biri-biri, kibash, lembu, kerbau atau unta. Binatang peliharaan lain seperti ayam atau itik adalah tidak memenuhi syarat berkaki empat, manakala kuda pula walaupun ia halal dimakan, tetapi ia bukan terdiri (pada kebiasaan) daripada jenis binatang peliharaan untuk tujuan penyembelihan (untuk dimakan) tetapi untuk tujuan lain seperti kenderaan atau perhiasan.

Ceritanya.

Ustaz menerangkan mengenai hukum mengembala atau menternak binatang ternakan sebagai contoh binatang al-an’am. Pekerjaan yang memudahkan manusia sejagat dalam membekalkan tuntutan diet seharian. Tanpa pengembala, sudah pasti daging-daging yang dipasarkan tentu tiada juga. Betapa penting dan mustahak kehadiran seorang pengembala dalam dunia ini. Pekerjaan ini juga adalah harus mengikut hukum islam.

Namun, bak kata pepatah orang tua-tua, “langit tidak selalunya cerah”. Terdapat segelintir pengembala ini teramat buruk sikap nya. Sering mengundang kemarahan orang ramai. Kemarahan yang ditonjolkan oleh orang ramai itu sudah tentu bukan sengaja diada-adakan. Pasti terdapat sebabnya mengapa dan bagaimana perkara ini berlaku.

Kenapa marah?

Cuba anda bayangkan situasi di sebuah pasar awam. Orang ramai berpusu-pusu dari rumah sedari awal pagi. Ketika itu, anda juga sedang dalam perjalanan menghala ke pasar awam tersebut bagi memenuhi tuntutan seharian. Sedang anda mencari-cari tempat untuk parkir kereta, tiba-tiba dipertengahan jalan terdapat setompok najis lembu. Dalam hati anda menyatakan “tuan lembu mana la yang sesuka hati biarkan lembunya berkeliaran ni, jalan pun tempat membuang najis”. Itu baru cerita di tempat parkir kereta.

Terdapat sebuah lagi kisah benar dimana terdapat seekor lembu dilanggar oleh sebuah lori yang sarat dengan muatan tanah liat. Lori tersebut dalam perjalanan menghala ke Singapura. Pelanggaran tersebut menimbulkan pelbagai masalah. Hendak dilaporkan kepada polis, tuan punya lembu entah siapa. Apabila ditanya, masing-masing tidak mengaku. Takut hendak membayar ganti rugi gamaknya. Lori tersebut rosak tangkinya. Tersadai ditepi jalan lalu memberi kelewatan dalam penghantaran barang yang sepatutnya tiba pada masa yang ditetapkan.

Siapakah yang salah?

Sudah pasti orang mencari siapakah tuan punya lembu, mengapa beliau membiarkan binatang ternakannnya berkeliaran sehingga menganggu ketenteraman orang ramai. Apabila sudah terjadi perkara seperti ini, tiada siapa pun yang berani mengakui. Sebabnya sudah menjadi kes polis.

Akhirnya…

Orang ramai sepakat hendak sembelih binatang tersebut, takkan hendak melihat mati menggelupur begitu sahaja. Patah kaki segalanya. Moralnya disini, tidak semua perkara yang kita hendak lakukan itu betul. Mungkin pada mulanya hukum menjadi harus dengan alasan membela binatang ternakan, tetapi apabila menimbulkan kesusahan dan kekecohan dalam masyarakat sudah tentu haram hukumnya. Memberi kesusahan kepada orang lain.

Belum masuk bab ternakan memasuki kebun orang kampung. Harap maklum, 🙂

Fakta tentang kafein.

Kafein sering dikaitkan dengan kopi. Tahukah anda,kafein juga sebenarnya ada dalam teh? Tetapi kandungannya tidak sekaya kopi. Sebagai seorang pecinta kopi,saya suka kopi kampung! kaw! Kopi ini minuman tetap sejak dari sekolah rendah. Percaya atau tidak, itu adalah hakikatnya.

  1. Kafein adalah bahan semula jadi yang terdapat dalam lebih 60 tumbuhan berlainan dan digunakan oleh dua pertiga daripada penduduk dunia.
  2. Bahan ini mampu meningkatkan paras tenaga,yang mana mengoptimumkan persembahan atletik, kapasiti otot dan daya ketahanan. Fakta ini membolehkan anda melakukan senaman lebih efektif untuk jangka masa panjang.
  3. Kafein mengerah otot menggunakan simpanan lemak dalam badan seperti kereta yang memerlukan petrol. Cara ia memecahkan lemak adalah dengan meningkatkan metabolisme badan.
  4. Satu lagi fakta yang diketahui adalah individu yang mengambil kafein bekerja lebih baik berbanding yang tidak.
  5. Kafein meningkatkan paras dopamine dalam otak, menjadikan anda berasa sihat secara optimum.
  6. Kafein menghasilkan stimulasi pada otak dan bahagian lain yang lebih penting dalam sistem saraf.
  7. Ia juga mengandungi antioksidan, yang mana membantu memperbaiki sel rosak disebabkan sinar UV yang merbahaya.
  8. Kafein juga dipercayai berkesan mengurangkan sesetengah penyakit kritikal seperti Alzheimer, Parkinson, jantung, diabetes melitus tahap 2, sirosis hati dan gout.
  9. Kelebihan kafien menentang masalah dihydrotesteron (DHT) yang merosakkan akar rambut sudah terbukti.
  10. Kafein juga meningkatkan kesihatan.

fakta disediakan oleh wwww.setiakombinasi.com dan kesihatan Mingguan Malaysia(31 oktober 2010).

Anda adalah apa yang anda makan.

Petang 14/10/2010, diisi dengan program bicara ilmu juga termasuk dalam perkara yang berfaedah,kan? Walaupun tanpa sebarang catatan, sedikit sebanyak saya cuba nukilkan apa yang saya dapat daripada program tersebut. Bukan mudah untuk mengawal pemakanan, pelbagai aspek perlu diperhatikan,diteliti dan tindakan yang sewajarnya perlu dilakukan.

Cara-cara:

  1. Mengelakkan pemakanan yang berunsurkan syubahah
  2. Jangan merungut terhadap makanan tersebut, makanan tidak bersalah,manusia yang bersalah 🙂
  3. Lakukan sedikit survey mengenai latar belakang pengusaha, sumber daripada mana ia diambil, dan sebagainya.

Kesan-kesan:

  1. Tidak diterima amalannya sepanjang 40 hari.
  2. Doanya tidak dimakbulkan.
  3. Resah dan gelisah, hati menjadi sakit.
  4. Dikhuatiri menyebabkan keturunan menjadi tidak dengar kata.

Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal,bersih dan berkhasiat. Badan manusia memerlukan banyak nutrient yang penting dalam perkembangan otak. Anda adalah apa yang anda makan, Noktah!

Murid alami sindrom Steven Johnson terlepas duduki UPSR

Akibat meminum tonik, peperiksaan UPSR pun terlepas. Kesian pun ada, tonik pemulih tenaga pun boleh menyebabkan seseorang itu mengalami alahan. Menunjukkan hypothesis gene manusia ini betul-betul memberi expressions. Kebetulan semester ini kursus major adalah Asas Biologi Molekul, kes ini adalah contoh terbaik.

Walaubagaimanapun, pihak PPD memberi jaminan adik Mohamad Shahrulnizam Ibrahim akan menduduki ujian akhir untuk memasuki tingkatan satu. Melecur habis satu badan.

Budak melecur selepas minum tonik tenaga

disunting dari Berita Harian Online.

Selamat Hari Raya!

Tahun ni tak boleh nak buat salam perantauan sebab rumah pun bukan jauh mana. Rindu zaman muda dulu,boleh siap buat rakaman video.

Sahabat di UKM

Terutamanya mahasiswa sains biologi,balik cuti ni terpaksa la berkorban masa dengan menelaah topik-topik yang bakal diuji dalam mid-term. Peringatan untuk diri sendiri juga. Setakat ini,pembelajaran ku masih tiada masalah, cuma sedikit masalah berkaitan pengurusan masa yang efektif! Agak sibuk dengan aktiviti kolej. Tugasan pun berlambak.

Sahabat di IPT seluruh dunia

Mungkin ada yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama ahli keluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Belajar rajin-rajin, pelajari segala bentuk ilmu yang bermanfaat.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. SALAH SILAP AMPUN KU PINTA.

p/s: kalau belajar di negara orang ni,memang best! tapi dengar cerita best pun dalam 4 minggu saja…betul ka?

Penunjuk perasaan?

Makin teruk pula kisah tragis ni. Baru-baru ni, pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia dilaporkan menerima serangan ikan busuk. Kelakar tapi itu lah kenyataannya.

Penunjuk Perasaan Makin Biadap

JAKARTA: Penunjuk perasaan di Jakarta terus bertindak biadap terhadap Malaysia apabila membakar Jalur Gemilang ketika mengadakan tunjuk perasaan di luar Pejabat Kedutaan Malaysia di Kuningan di sini, semalam.

Penunjuk perasaan yang menggelarkan kumpulan mereka Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) turut melempar Jalur Gemilang yang dibakar ke dalam perkarangan pejabat kedutaan.
Tidak cukup dengan itu, mereka melempar telur busuk, ikan masin dan tepung pada papan tanda pejabat kedutaan. Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika kira-kira 30 ahli GMHJ mengadakan tunjuk perasaan menerusi Ganyang Malaysia yang mahu rakyat Malaysia diusir dari Indonesia.
Kira-kira 150 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) mengawal ketat pintu masuk kedutaan bagi menghalang penunjuk perasaan bertindak ganas, tetapi berakhir 40 minit kemudian selepas diarahkan bersurai.

Penunjuk perasaan turut melaung Ganyang Malaysia dan membawa sepanduk anti-Malaysia.

artikel yang di petik dari Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/articles/Penunjukperasaanmakinbiadab/Article/

 

Lebih menyedihkan sekali adalah, golongan aktivis ini terdiri daripada orang yang berpelajaran, Mahasiswa. Begitu sekali golongan belia di sana membenci Malaysia. Teringat lagi kata-kata salah seorang sahabat Rasulullah berkata ” Jika ingin melihat kemajuan sesuatu negara, maka lihatlah pada golongan muda nya.”

Kalau tidak silap,kes ini timbul katanya disebabkan “Malaysia mencuri budaya mereka”. Adakah ini benar? Umumnya, bukankah pihak pengkaji yang telah melakukan dokumentari khas mengenai sesuatu budaya. Lalu dikaitkan dengan Malaysia. Bagi pendapat peribadi, bukankah itu kesilapan pihak pengakaji? Mengapa Malaysia harus dipersalahkan?

Tidak dapat dipastikan samada pihak pengkaji tersebut adalah pihak National Geography atau National Discovery. Almaklumlah, hasil sembang kedai kopi dengan kawan-kawan. Tambahan pula, kita sebagai negara yang berjiran, adalah tidak patut perkara seperti ini berlaku. Sama-sama muslim(mungkin ada antara aktivis tu bukan islam),tidak sepatutnya bermusuh-musuhan. Seperti memberikan kelebihan kepada musuh-musuh Islam dalam menjatuhkan martabat Agama Islam ini.

Mungkinkah terdapat muslihat disebalik kes ini bertujuan menjatuhkan Malaysia mahupun Islam? Renung-renungkan.

Lab Report for today!

Lab Report: Cyclohexanol to Cyclohexene

Discussion:

Dehydration is an elimination reaction of an alcohol: The elimination reaction involves the loss of an OH from one carbon and an H from an adjacent carbon. Overall, this amounts to the elimination of a molecule of water, resulting in a pi-bond formation of an alkene or alkyne. The loss of water from a molecule is called dehydration.

In many cases alcohol dehydration require an acid catalyst and heat. Phosphoric acid (H3PO4) and sulfuric acid (H2SO4) are the most commonly used acid catalysts.

When more than one elimination product can be formed, the major product is the more substituted alkene-the one obtained by removing a proton from the adjacent carbon that has fewer hydrogens (Recall Zaitsev’s rule). The more substituted alkene is the major product because it is the more stable alkene, so it has the more stable transition state leading to its formation.

Dehydration of 2-methyl-2-butanol produces primarily 2-methyl-2-butene, a tri-substituted alkene, rather than 2-methyl-1-butene, a di-substituted alkene:

To prevent the alkene formed in the dehydration reaction from reforming back the alcohol, the alkene can be removed by distillation as it is formed, because it has a much lower boiling point than the alcohol. Removing a product displaces the reaction to the right.(Recall Le Chatelier’s principle).

In this experiment, Cyclohexanol is dehydrated to cyclohexene according to the following reaction:

Tb = 160-161oC                                                           Tb = 83oC

Because the OH group is a very poor leaving group, an alcohol is able to undergo dehydration only if its OH group is converted into a better leaving group.

One way to convert an OH group into a good group is to protonate it. Thus, in the first step of dehydration reaction, protonation changes the very poor leaving group –OH into  a good leaving group –OH2+.

In the second step, water departs, leaving behind a carbocatation.

In step three, the base HSO4 removes a proton from the carbon adjacent to the positively charged carbon, forming an alkene and regenerating the acid catalyst H2SO4.

Because the cyclohexene has lower boiling point than the cyclohexanol, the cyclohexene can be distilled as it forms.

Mechanism:

The reaction is conducted in a distillation apparatus. As the reaction mixture is heated, the lower boiling products (cyclohexene, b.p. 830C, and water, b.p. = 100 oC) distill out and are collected in the receiving flask. Any unreacted cyclohexanol (the starting material) and Phosphoric acid (the catalyst) are left in the distilling flask because of their high boiling points (161oC and 213oC, respectively). However, since a small amount of phosphoric acid still appears in the receiving flask, the product is washed with aqueous sodium carbonate to neutralize the acid. Cyclohexene is insoluble in water and thus is not lost during the washing with aqueous sodium carbonate solution. The last traces of water are removed from the crude cyclohexene using anhydrous sodium sulfate (a salt which forms a hydrate).

Experimental Procedure

Step I – Measure 10 mL of cyclohexanol into 50.0 mL round-bottom flask. Carefully add 3 mL of 85% phosphoric acid; H3PO4, the boiling chips, and mount the flask for simple distillation (see Fig. Below: either use column packing or low hold-up packing). Slowly heat the mixture until it comes to a gentle boil. After 10 minutes of gentle boiling, increase the heat sufficiently to cause distillation (the temperature of the distilling vapor should not exceed 100 oC) and collect the distillate in a cooled 25 mL round bottom flask as a receiver.

To the distillate, add 1 mL of 10% sodium carbonate solution, Na2CO3, to neutralize any traces of acid, which have being carried over. Transfer the liquid to a separatory funnel, add 5 ml of cold water, swirl the mixture gently, and drain off the lower aqueous layer.

Pour the upper organic layer into a small, dry 50 mL Erlenmeyer flask, and dry it over anhydrous calcium chloride (add about on tea spoon) for 5 to 10 minutes with a cover.

Step II (ask instructor if necessary) – Decant the dried cyclohexene into a small distilling flask, add a boiling stone, attach the flask to a simple distillation assembly, and distill carefully. Collect the material distilling at 80 to 85 oC. Determine the weight of the product and calculate the percentage yield.

Step III – Use 5-10 drops of product in two small test tubes and test with drop-wise bromine (decoloration) and drop-wise potassium permanganate (dark brown precipitate) for purity and identification of alkene.

Lab Report: Cyclohexanol to Cyclohexene

Pinjaman la!

Hidup ni, ada saja yang perlu dipinjam. Wang, tenaga, barang dan sebagainya menjadi matlamat. Adalah lebih senang kiranya, tidak perlu meminjam. Payah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pinjaman ni. Leceh!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Bukan nak mempersoalkan/mempertikaikan pihak diatas, tetapi diatas hak kebebasan bersuara. Saya adalah sebahagian dari berjuta peminjam tabung ini, malah turut merasa bahang kepanasan/ketidak puas hati dari ramai pihak, terutamanya sahabat-sahabat saya.

Bagi saya, kelompok pertama tidak begitu sakit saya menunggu, tapi baru-baru ni, banyak yang mengeluh “tunggu dari pagi,tengah hari baru habis”. Adakala penyataan itu boleh diterima, namun demikian adalah patut bagi kita memahami, sesiapapun yang menjaga kaunter penghantaran borang perjanjian itu, pasti berasa tertekan. Almaklum, banyak saja orang yang mendapat pinjaman,bukan seorang dua.

Sabar

Bagi saya, adalah perlu untuk kita bersabar. Sebahagian daripada iman kan? Mungkin bukan saya yang menghadapi situasi begitu. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sebaiknya kita bersabar. Bukan setakat lapar dahaga saja kita tahan, kemarahan juga harus dielakkan. Kalau nak kata, orang yang menjaga kaunter tu banyak yang marah-marah, sebaiknya kita elakkan dari melakukan sesuatu yang membuatkan mereka marah.

Sudah pasti kemarahan tersebut ada puncanya. Selamat beramal, renung-renungkan lah.

Ramadhan yang dirindui!

Kemaskini?

Fuyyo! agak lama juga tidak mengemaskini blog ini. haih! Pejam celik, hampir 2 bulan tidak disentuh. Bukan tidak teringat,tapi ada saja halangan mendatang ketika idea sedang menggunung.

Ramadhan Al-Mubarak!

Bulan yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Hari ini hari ke-6 umat Islam berpuasa; melawan nafsu lapar dan dahaga. Teringat zaman di MRSM PDRM,Kulim; Kolej MARA Kulim. Terasa pantas sungguh masa berlalu. Masih segar di ingatan mengambil gambar bersama adik di tengah bendang belakang rumah embah lanang(Atok). Macam baru saja kenangan itu. Azam tahun ini, agar segalanya dipermudahkan. Urusan pembelajaran, urusan tugasan, urusan peperiksaan. Segalanya perlu dirancang dengan teliti.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Minggu Mesra Pelajar

Kenangan terindah! Buat pertama kali dan mungkin terakhir kali, menjalani program seperti ini. Sebelum ni, kerja mengurus orang, kali ini diri ini diuruskan oleh abang-abang dan kakak-kakak Pemudah Cara(PC). Dari gaya abang dan kakak pc ni bekerja, nampak agak menderita; dengan tidurnya tidak cukup, makan mungkin tidak sempat, mandi? hehe.

Apa yang penting,program tersebut sudah berlalu hampir sebulan yang lalu. Agak panjang untuk menulis setiap inci pengalaman tersebut. Kalau diberi peluang untuk menjadi PC? pergh! Sudah tentu kena ambil masa untuk berfikir. Setiap pekerjaan tidak ada yang mempunyai masalah, cuma bentuk masalah itu bergantung pada situasi/konflik yang sedang dihadapi. Sebagai contoh, PC memerlukan tenaga yang cukup,dari segi mental dan fizikal perlu ketahanan yang tinggi. Kesabaran adalah faktor yang paling utama. Panas baran menyebabkan peserta-peserta menjadi mangsa keganasan. Wow!

p/s: Alamak! tiada gambar kenangan yang boleh dipaparkan.

Perang DECTAR!

Bahagian ini agak istimewa. Dalam banyak-banyak program, perang DECTAR bagi ku adalah 1 program yang unik. Tradisi! Mungkin terdapat banyak pihak yang menyangkal pendapat ku ini, tetapi sebagai orang awam, saya mempunyai hak untuk bersuara!

Ada perkara yang negatif dan positif yang terdapat dalam program ini. Sebaiknya,bermula dengan positif, mungkin. Apa yang saya nampak dengan yang dimaksudkan positif? Positif dari segi memupuk perpaduan antara ahli, maklumlah, orang baru tidak semua kenal antara satu sama lain. Sebagai contoh, saya sangat kagum dengan semangat Kolej Pendeta Zaaba kids. Mereka berpadu tenaga menangkis segala tohmahan dari kolej-kolej lain seperti Kolej Keris Mas…MANTOP!, Kolej Ibrahim Yaakob, Kolej Rahim Kajai, Kolej Burhanudin Helmi. Semakin kuat kolej-kolej ini memangkah, semakin kuat semangat mereka. Alangkah bagus jika sikap bekerjasama ini di teruskan dalam segala bidang, tidak kira dari sudut akademik mahupun ko-kurikulum. Lebih bagus sekiranya semangat tersebut dikendali oleh masyarakat UKM yang berbilang kaum ini.

Negatif? Dari segi pengurusan masa, agak tidak terurus. Urusan solatnya, hampir setiap malam, program berakhir lewat malam. Bukan merungut, cuma sekadar luahan rasa. Jika perlu, adalah baik kiranya solat diutamakan. Diharapkan pada tahun akan datang aspek pengurusan masa ini ini diperbaiki. Masjid pun dekat dengan DECTAR. Cuma jarak masa antara satu program dengan program yang lain tidak mengizinkan.

Yang mana lagi baik? Laungan azan atau laungan cheers?

p/s: Amatlah rugi tidak merakam setiap Cheers yang dilaungkan. Rindu saat itu. Semangat Orange!

Cuti-cuti di KMKulim.

17 May 2010

Perjalanan pulang dari utara ke selatan,dalam fikiran aku hanyalah “semoga selamat tiba ke rumah”. Semalam, bermalam di rumah tok wan Esmeth. Bonda menghantar saya ke bus station, beliau belanja saya dan ummul aiman makan. Batuk, demam, selesema ku bawa pulang dari program orintasi pelajar baru KMKulim. Souvenir mungkin. Itu kisah orintasi.

Tiba di stesen Keretapi Tanah Melayu di Kuala Lumpur,teringat artikel mengenai koc khas untuk wanita. Mulanya,agak menarik idea tersebut, membela nasib kaum hawa ni. Hentian yang paling dekat dengan rumah ku adalah Nilai, Negeri Sembilan. Lama pula menunggu komuter tiba. Baru saya perasan wujudnya papan tanda mengenai koc khas tersebut. Hendak lihat secara dekat malas pula.

Seorang pegawai KTMB mendekati seorang penumpang seperti saya  yang menunggu komuter. Pegawai tersebut mengingatkan antara dua papan tanda koc khas tersebut. Lagaknya amat serius dengan perkara tersebut. Hampir 30 minit menunggu, mula merungut “lambatnya!”.

Komuter sudah tiba,orang ramai mula memenuhi ruang menunggu. Sebaik melangkah masuk,saya terlihat seorang Indian memegang tin minuman keras (tidak berapa pasti namanya). Beliau seakan-akan merungut, tidak puas hati mengenai sesuatu. Saya lebih selesa berdiri berbanding duduk. Apa yang menariknya, kelambatan komuter tersebut tiba di sesuatu hentian mungkin disebabkan rungutan Indian separuh umur tersebut. Beliau merungut mengenai perlaksanaan koc khas untuk wanita tersebut.

Seperti yang saya sangka, tidak semua pihak memilih untuk bersetuju dengan kewujudan koc tersebut. “Why those girls are here?” kata beliau. Merujuk kepada apa yang beliau katakan, ada kebenarannya juga. Sangka saya mungkin koc yang diperuntukan untuk wanita tidak mencukupi, mungkin itu masalahnya. Tapi kita sebagai manusia tidak semua sependapat. Bak kata pepatah, rambut sama hitam,hati lain-lain.

ARTIKEL

Lelaki sengaja masuk koc merah jambu boleh didakwa

2010/05/17

KUALA LUMPUR: Penumpang komuter lelaki yang dikenal pasti sengaja memasuki koc merah jambu dan melakukan aktiviti kacau ganggu terhadap penumpang wanita boleh dikenakan tindakan undang-undang.

https://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakisengajamasukkocmerahjambubolehdidakwa/Article/

KTMB kaji koc khas wanita Julai ini

2010/05/24

“Kita juga terima aduan daripada lelaki yang mengatakan bahawa koc bercampur lelaki dan wanita kadangkala sangat sesak berbanding dengan koc khas wanita yang masih mempunyai ruang luas semasa waktu puncak.”

https://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMBkajikockhaswanitaJulaiini/Article/

KTMB perlu lebih berkesan sebar maklumat penggunaan koc merah jambu

2010/05/12

Namun, di sebalik pengabaian mereka ini, saya berasakan pihak KTMB juga perlu memperkemaskan unsur komunikasi pemasaran dalam menyampaikan mesej itu kepada pengguna khasnya golongan lelaki. Apabila melihat pelekat pada tingkap tren seperti yang disiarkan akhbar ini, saya berasakan huruf cetak tulisan rumi yang digunakan adalah kurang sesuai untuk menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Huruf yang digunakan mirip kepada jenis ‘script’ yang berlingkar-lingkar dan ‘fancy’ sifatnya.

Amalan dalam komunikasi pemasaran, penggunaan huruf yang sesuai adalah amat penting bagi menarik perhatian pengguna, meningkatkan keupayaan membaca dan menetapkan tona atau mood seperti serius, sedih atau kelakar. Pendapat saya, mesej yang ingin disampaikan KTMB adalah bersifat serius justeru, tahap keupayaan membacanya perlulah tinggi.

M FAKHRURRAZY M ARIFF,

Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur

https://www.bharian.com.my/bharian/articles/KTMBperlulebihberkesansebarmaklumatpenggunaankocmerahjambu/Article/

PENGALAMAN

Berdasarkan maklumat diatas ni,saya harap ia mampu membuat warga Malaysia mengerti apa yang hendak dicapai oleh KTMB. Atas pengalaman yang pernah saya lalui, semasa dalam perjalanan pulang dari utara menuju ke rumah; dalam koc komuter yang saya naiki telah berlaku sedikit kekecohan (seperti yang saya ungkapkan di atas). Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam koc, saya ternampak sesuatu yang menyakitkan mata saya. Apa yang anda agak?

Saya ternampak seseorang sedang memegang tin minuman keras, seorang lelaki india (tidak diketahui namanya), kitaran umur mungkin dalam separuh umur. Saya lebih selesa berdiri sambil bersandar di dinding koc berbanding duduk. Sambil mengeluarkan mp3 dalam bag, saya terdengar seseorang seperti merungut mengenai perlaksanaan koc khas untuk wanita.

Sangka saya,mungkin beliau sedang mabuk disebabkan minuman keras tersebut. Tapi saya berfikir juga, “ada ke orang mabuk naik komuter?”. Saya tidak layan, mencapai earphone lalu disumbat ke dalam telinga. Sebaik tiba di platform KL sentral, saya terpegun melihat sekumpulan wanita sedang menunggu/berbaris di ruang menunggu yang telah ditanda oleh pihak KTMB khas untuk koc wanita.

Sementara keaadaan di dalam koc semakin gawat dengan kekecohan yang masih belum reda. Lelaki india tadi masih berada di sebelah saya. Saya berdiri, beliau duduk di kerusi. Minuman keras yang masih belum habis di minum. Komuter berhenti, memberi peluang kepada penumpang keluar masuk.

Agak lama juga komuter ini berhenti. Keadaan bertambah kecoh dengan pekikan lelaki india tadi. Beliau masih tidak mengerti akan apa yang sedang dihadapi pihak KTMB. Bagi saya, perlaksanaan koc wanita ini masih baru dan masih dalam pemantauan oleh pihak KTMB, tambahan pula dalam masa sibuk (orang pulang kerja), keadaan tentu sesak dengan lautan manusia. Kemudahan koc khas untuk wanita mungkin tidak mampu menampung bilangan wanita yang banyak.

Sehinggakan pegawai KTMB masuk ke dalam koc kami, untuk meredakan keadaan.  Lelaki itu kemudian diminta untuk menghabiskan minumannya, lalu tin tersebut diserahkan kepada seseorang (tidak pasti siapa sebab keadaan orang berhimpit-himpit). Keadaan mulai ‘aman’ seketika. Lelaki india tadi saya lihat masih dalam keadaan tidak puas hati. Saya menyambung kembali niat saya untuk mendengar mp3.

SIMPATI

Sekarang, komuter berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan, lelaki india tadi sebenarnya ingin menuju ke stesen Serdang. Ada seorang pemuda,india juga; menyapa beliau dalam bahasa india (saya tidak memahami apa yang diungkapkan oleh lelaki tadi). Mungkin beliau ingin lelaki india separuh umur tadi untuk diam. Kemudian, penumpang lain menyatakan sekarang ini sudah berada di stesen serdang, sambil lelaki india separuh umur itu mencari-cari papan tanda untuk pengesahan.

Tanpa ragu-ragu lelaki tadi keluar, penumpang-penumpang yang lain mentertawakan lelaki india tersebut. Saya tidak sedikit pun rasa ingin ketawa, mendengar lagu sememangnya tabiat saya. Lelaki india(mungkin sedang mabuk), masuk semula ke dalam koc (pintu koc hampir-hampir tertutup). Lelaki tersebut masuk dalam perasaan marah. Malas saya nak melayan, orang mabuk seperti yang kita ketahui, keadaan mental agak kurang waras sedikit, hilang pertimbangan diri. Jadi, sahabat sekalian, jangan sesekali mencuba untuk minum ye dan merokok sekali.

Saya hanya melihat apa yang dilakukan oleh lelaki india tadi, tanpa mendengar apa yang diungkapkan oleh lelaki tersebut kepada penumpang-penumpang yang ‘membohong’ beliau sebentar tadi. Penumpang-penumpang yang lain hanya mampu tersenyum dan ketawa mungkin. Lelaki india(muda) menasihati lelaki india(si mabuk) untuk diam sekali lagi. Kali ni keras sekali tegurannya. “I’m indian, and you also india. So, please shut up!” Lelaki india( si mabuk) saya lihat tadi terpaksa akur.

KEPENATAN

Stesen Serdang. Pemuda tadi memberitahu kepada lelaki india(si mabuk) bahawa sudah sampai ke destinasi beliau. Lelaki india (si mabuk) mengucapkan “thanks ya”. Keadaan kembali reda. Saya meraba-raba bag mencari ke mana telefon bimbit saya. Gotcha! Sambil menekan punat telefon mencari nama bapak. Hari yang paling memenatkan. Alhamdulillah. Kini, saya sudah pulang dengan selamat ke rumah. Semoga ini memberi sedikit sebanyak pengajaran buat kita semua. Renung-renungkan.

Kurniaan Allah.

Bersyukur

Pertama dan selama-lamanya, marilah kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga diatas segala kurniaan yang telah diberikan kepada kita. Saya berasa sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan islam. Tanpa 2 perkara itu,bagaimana lah saya nanti ye.

Kekok

Saya lebih meluangkan masa dengan menghadap laptop saja sejak pulang ke rumah ni. Memang semua ni saya rancang sejak belajar di KMKulim. Setelah berpenat lelah,pulun,(pulun la sangat) menelaah, kini, tiba masa untuk merehatkan minda dan badan.

Aktiviti yang kerap saya lakukan adalah dengan berlatih melembutkan tangan kiri yang sudah keras. Sudah lama tidak berlatih menulis menggunakan tangan kiri. Bergetar tangan ni pabila memegang sebatang pen. Percubaan pertama, habis macam cakar ayam abjad rumi yang saya tulis. Bengkok sana,bengkok sini. Teringat teguran Bonda(Ms. Kay) semasa kelas English(petang). Maklumlah, petang; rata-ratanya, mula ‘bengkok'(terlena).

Bonda kata:”I can see some people going to BANGKOK”. Pernyataan bangkok tu saya tidak pasti sama ada bonda hendak pronounce bangkok atau bengkok. Apa-apa pun, semua itu sudah lepas. Kami(kelas F3 & I1) adalah pelajar batch pertama bersama bonda. Bonda baru sahaja diselitkan dalam sistem matrikulasi setelah tamat pengajian di peringkat master nya.

Alhamdulillah, kini, tangan kiri saya dalam perkembangan yang terbaik. Selepas ni nak cuba tulis jawi pula. Tak pernah cuba lagi sebelum ni. Harap-harap tidak kekok la.

Pesan Bonda

Pertemuan yang terakhir di KMKulim

8 April 2010 tidak akan saya lupakan dalam lipatan sejarah hidup saya, kerana hari tersebut begitu bermakna bagi saya. Sebelum ini saya merupakan Ansara PDRM, Kulim, turut memiliki keluarga di Pdrm,kulim. Tetapi keluarga di Kolej MARA Kulim saya labelkan sebagai the best!,sampaikan tibanya hari tersebut,saya takut kalau-kalau ada ahli yang tidak datang untuk pertemuan terakhir tersebut. Pertemuan yang terakhir di KMK tidak bermakna kami tidak akan bertemu kembali untuk masa akan datang, sekiranya di izinkan-Nya

Message dari bonda yang bertarikh 7 April 2010, selepas tamat peperiksaan biologi kertas 2 membuatkan hati ini berdebar-debar. Dalam hati,”biar betul saya dapat message ni”. Orang yang pertama saya tunjukkan message tersebut semestinya Esmeth. Excited hendak membalas message tersebut. Beliau suka benar panggil saya dengan gelaran ‘abang fiq’. Kekadang segan dibuatnya bila dipanggil begitu secara umum. Message tersebut:

Salam Anakanda.
Esok, last day cikgu2 b4 bcuti.
Possible tak nak jumpe semua mentee 10 minit kul 10 pagi,
teringin nak ambil gamba dengan mentee b4 meeting guru kul 11 pagi esok??
lokasi,ruang legar dewan..
ms.k

Sebelum balas, saya semak kembali message tersebut beberapa kali, dan tertanya juga pukul berapa bonda hantar message ni. Pukul 11:18 pagi, masa ni kami masih dalam medan juang kami. Dengan pantas saya membalas. Selepas semuanya selesai, saya membuat hebahan kepada semua mentee lain untuk program tersebut.

Message tidak Sampai

Malam 7 April, Shukran bertanya mengenai pemakaian untuk esok hari,saya cuma mention baju lengan panjang. Memang silap besar, saya bercadang untuk seragam bagi brothers. Akhirnya,spoil juga. Saya fikir Shukran mengerti akan apa yang saya maksudkan dengan baju lengan panjang tersebut. Kami punyai baju yang sama patern,sama corak,cuma berlainan dari segi warna. Kesimpulannya, saya perlu menyatakan sesuatu informasi dengan jelas, sebab tu kekadang saya lebih rela membazirkan wang dengan call seseorang hanya untuk satu maklumat.

Hari itu

Pertemuan yang dirancang telah berjalan dengan baik dan lancar, walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan. Saya dan Esmeth memilih untuk mengulangkaji silibus di surau kolej sementara menunggu jam 10 pagi. Saya singgah ke staff room, mana tahu bonda ada di dalam. Ternyata naluri saya betul. Saya menjemput bonda sekali, memandangkan staff room berdekatan dengan ruang legar dewan.

Akhirnya,semua sudah ada tepat jam 10 pagi,tapi saya kira balik. Macam ada yang tidak lengkap. Hamnah tiba lewat. Sudah beberapa posing kami ambil. Hanya sesi ini saja kami bergambar dengan Bonda Ms. kay. Kebanyakannya dengan Cikgu Mariam Ariffin. Mungkin disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dengan pelbagai urusan.

Pertemuan berakhir dengan perpisahan

Bersalah

Perancangan untuk keluar bersama melawat ke beberapa lokasi di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan kerana kami(saya, Shukran dan Husna) perlu mengikuti lawatan ke UiTM yang clash dengan tarikh lawatan Mentor-mentee kami. Keadaan memaksa saya untuk berfikir lebih rasional dengan desakan Esmeth yang ingin saya mengikuti lawatan ke UiTM bertindan pula dengan perasaan mentee lain. Maaf sahabat-sahabat, pengorbanan masa kita bersama ini pasti ada hikmah disebaliknya.

Pesanan dari Bonda

Masih segar di ingatan saya beberapa pesanan dari bonda untuk bekalan hidup di Universiti. Ya, kami bakal bergelar mahasiswa/mahasiswi. Mungkin ada yang saya terlupa, saya terlupa untuk membawa buku jurnal. Boleh buat catatan, sebab bonda pernah berkata:”always take notes because paper never forget“, tapi rasanya ini lah nasihat beliau kepada kami:

1. Jaga solat

2.Kalau rasa diri kurang keyakinan dalam bab-bab agama, join usrah. Cabaran di Universiti sangat hebat kata beliau.

3.Khusus kepada perempuan, bila dah  complete ijazah pertama, lebih baik kawin cepat. Tapi kalau ada pasang niat hendak berbakti kepada ibubapa, sementara masih ada waktu, utamakan lah dengan berbakti tersebut. Bonda pernah melakukan ‘kesilapan’ dengan berkahwin awal. Beliau teringin sekali untuk berbakti kepada ibubapa, tetapi ia sudah terlambat. Sangkaan dapat berbakti selepas berkahwin nyata meleset sekali, kerana terpaksa mengikut hala tuju suami.

4. “Jangan gatal hendak bergewe”, tegas beliau. Kesilapan pelajar bumiputera adalah mereka leka dalam melayan perasaan masing-masing sehingga pelajaran diabaikan. Pastikan pelajaran di letakkan sebagai priority yang utama. Tapi, boleh pula Shukran menghala topik tersebut ke arah saya seraya berkata:”dengar tu fikri!”.

Rindu

Saya pasti merindui saat-saat pahit manis bersama bonda & mentee semua. Pengalaman di matrikulasi adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Terlalu mahal. Diharapkan kita semua sentiasa berlindung di bawah naungan rahmat ALLAH SWT. Panjang umur, murah rezeki, bersua jua kita nanti.

Pendaftaran Pelajar Baru KMKulim 10/11

https://fatamorganakehidupan.wordpress.com/2010/04/24/kmkulim-1011/

Question & Answer (Q&A)

Sumber dari Group Kolej MARA Kulim di facebook.

Tajuk: SESAPA SENIOR KAT KM KULIM,GIVE SOME ADVISE PLIZ..HIK2 SY DPT TAWARAN KAT CTU NTUK BATCH 2010/2011

#
Fatin Haniza Zakaria kepada akak @ abg2 ex km kulim ni,gtau la serba skit sal km kulim ni..hope sgt2
April 19 at 9:00pm · Report
#
Ikhwan Sayuti ??????? KOLEJ MARA KULIM, penuh kesederhanaan…..TUNGGU~~~~
April 19 at 9:21pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hak2 mksd nye?
April 19 at 9:23pm · Report
#
Ikhwan Sayuti ??????? dun xpect too much…..eberitim is in moderation…..klas tutor,dewan kuliah(is it not dewan acceli),dewan selera(ds)…. sume biase2 je….
April 19 at 9:37pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria xpe2,niat mmg nk study bkn nk g enjoy =)
April 19 at 9:38pm · Report
#
Ikhwan Sayuti ??????? betol3…..
April 19 at 9:54pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria ex km kulim erk?
April 19 at 9:57pm · Report
#
Ikhwan Sayuti ??????? yup…….09/10
April 19 at 9:58pm · Report
#
Lily Fazlin kulim x se cntik se slesa k0lej laen…tp ttp d best…
April 19 at 10:37pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria xkisah cntik ke x,asal niat study..hik ckgu kat sana ok2 x?baik x?
April 19 at 10:39pm · Report
#
Lily Fazlin bt0l2…
ckgu bes…especially ckgu jah<my bi0 teacher>huhuhu
April 19 at 10:41pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria best nye ckgu bio best,sng fhm ar gni..ska2 =)
April 19 at 10:42pm · Report
#
Ikhwan Sayuti ??????? sume cg terer2….
April 19 at 10:42pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria kemudahan cam bekalan air ad terggu x?hik2
April 19 at 10:44pm · Report
#
Lily Fazlin bt0l3…
ikwan:blaja nga ckgu faiz n ckgu zuraidah ek???
April 19 at 10:45pm · Report
#
Lily Fazlin fatin:air 0k…tp lau pg2 tu mndi awl skit k..huhuhu
April 19 at 10:45pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik2 mcm kat asrama kat skol lu je..hik2 kat sana bilik @ dorm?
April 19 at 10:47pm · Report
#
Lily Fazlin ade blk ade d0rm…sy dlu dk d0rm…mmg happening ah…cm dk sk0la2 dlu je…
April 19 at 10:48pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik2 mesti best,brp oeg 1dorm?
April 19 at 10:49pm · Report
#
Lily Fazlin bes…meriah..1 d0rm dlm 24-26 org…
April 19 at 11:04pm · Report
#
Mohd Faiz cmne ehh rules kt matrix.
April 20 at 12:50am · Report
#
Syarini Sahimi kat kmk…xsama la mcm kat matrik2 lain…no free hair…..but best la life kat sana…akak dah rindu member2 kat situ….btw..all the best k…enjoy ur life there
April 20 at 12:56am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria pemakaian camne kak?jadual seharian?
April 20 at 12:57am · Report
#
Syarini Sahimi pemakaian…for lecture….just baju kurung….klau jeans tu..bley..tp…ptg ja la..but akak ase xyah la adik bwak…kuliah start pkul 8-1.20..n then sambung pkul 2.30….abeh pkul 4.30…skali la ngan tutorial… n ari rabu..ade kuliah farduain..memang best la kuliah tu….ustaz dy memang cool…n pg jumaat de farduain for girl only…but akak xsure la utk batch ni..ade ke x lg….btw adik nak ambil bio or fizik????kat sana yg best tu..ade dobi..so x la truk sgt nak mbasuh..hehehehe
April 20 at 1:01am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria klu blh nija nk ambik bio..btul ke kak ad prep gak?hik2
April 20 at 1:02am · Report
#
Mohd Faiz klu sy nak amek fizik cmne lak.dgr kata silibus byk ehh fizik
April 20 at 1:03am · Report
#
Syarini Sahimi ala..still bley cover..bio pun lebih kurang jew.even sikit sylibus..tp byk kot 1 topic tu..klau minat baca ambik la bio..ikot la cita2..klau dah nak jd doc..ambik la bio…tp fizik pun bley ma…kena 4 flat la…
April 20 at 1:07am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria kak life kat sana mcm asrama masa skol erk?
April 20 at 1:08am · Report
#
Syarini Sahimi erm..entah la..coz ..akak xpenah tinggal kat asrama…klau adik dpt dorm..mayb yeah..tp dpt blok fatimah azzahra…blok akak dlu..best la..coz blik..1 blik…4 org….blok tu bru…so makesure adik daftar awal…b the 1st…
April 20 at 1:11am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik2 insyALLAH,jadual kat sana mcm asrama gak ke?cam ad waktu study ke,waktu ke musala ke?
April 20 at 1:13am · Report
#
Zahira Zin lbey kurg cm asrama r…de rules yg kte kne ikut…xde wktu study…kre pndai2 study sndri2 r…bkn cm kmkn yg de prep…p surau x wajib…tp itu dlu…akn dtg ni xthu la cm ne…n fardu ain wajib…better p cz best sgt5…ustz yg bg ceramah mmg best…i2 pn klu x tukar ustz r…
April 20 at 2:25am · Report
#
Mohd Faiz klu tyme orientasi cmne. ape yg ade eh
April 20 at 2:32am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria thank u kak zahira..lg2 cite la lg sal km kulim ni =)
April 20 at 2:33am · Report
#
Zahira Zin orientasi cm2 xtvt de…of course la xtvt len2 kn…xkn sme je evey yer…fasi pn len kn…erm…cg2 nye pn best gak…take care sal students…akn ajr smpai studenst phm…x cm sesetengah mtrik len…alaa…korg p je n raseknnye sndri…hehehe
April 20 at 9:57am · Report
#
Mohd Faiz ok ok.cnfirm pegi.huuu~
April 20 at 9:58am · Report
#
Syarini Sahimi mayb..akak jd fc kot…huhuhu…tgk mcm mana..klau xda pe2..sure bley jumpa korang…
April 20 at 10:31am · Report
#
Mohd Faiz ehehe.jumpe akak ehh,ok ok.
April 20 at 10:31am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria wah,beznye klu akak jd faci,hik2 dh knal2 mesti xkekok =)
April 20 at 10:32am · Report
#
Mohd Faiz alahh.tp akak faci prempuan je kan. faci laki ner. haha
April 20 at 10:35am · Report
#
Syarini Sahimi ade..byk..faci laki lg ramai dr pempuan lor…
April 20 at 10:39am · Report
#
Nik Nur Atiea Asri btol2 konfius…#_#…..nija klu jdi nk msuk matrik nie..kno g dftar awl la dh…hahax..
April 20 at 8:41pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria yap tiea,kna g awal la..hik2
April 20 at 8:44pm · Report
#
Syarini Sahimi hahahaha..klau nak selesa..ofcoz kena g awal…taun nie kire best…de 1 unit jew…matrik jew…
April 20 at 8:46pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria fuh minta2 blh duk bilik..hik2 kak klu nk kuar g bndar pakaian camne?
April 20 at 8:47pm · Report
#
Nik Nur Atiea Asri xphm ar..pe mksd die tue de 1 unit ??
April 20 at 8:47pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria sblm ni tiea km kulim ni matrik & fist unikl kat ctu,thn ni fist unikl kat km kuala nerang je.. tu kak senoir kat km kulim.
April 20 at 8:50pm · Report
#
Syarini Sahimi die???akak k…hehehe..xkisah…erm…tym batck akak…kmk still ade fist..unikl..so 2 units under 1 roof la…fist n matrik…batch nie dah xde….
April 20 at 8:51pm · Report
#
Nik Nur Atiea Asri owhh…akak senior ek…maaf2 akak..igtkn sme umr,…hihi =)
April 20 at 8:54pm · Report
#
Syarini Sahimi hehehe..nampak mude kew???heheheh..xkisah la…beza 1 year jew kan…
April 20 at 8:55pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik3…akak klu kita nk kuar g bndr kn,pemakaian tu camne?
April 20 at 8:56pm · Report
#
Nik Nur Atiea Asri tul2…nmpk muda…hehe… akak exam sne camne?? ok ke stdy sne??
April 20 at 9:00pm · Report
#
Syarini Sahimi erm..akak pkai bju kolej n track jew…akak sempoi lol…malas la..nak dressing…xsempat…
erm…exam..2 kali..midsem n final…sa de 4 kali la…study..ok la..tp letih jugak la…bila dah biasa ok la…mula2 jew,….
April 20 at 9:02pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria akak bilik ke,dorm ke nanti ad meja study x?
April 20 at 11:21pm · Report
#
Syarini Sahimi akak..bilik..faz aras 1..blik 105..ktil b..hehehehe..rindu plak bile sbut….kat situ de meja study la..klau kat dorm…dy buat kat ujung kepala xsilap akak…
April 20 at 11:39pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik2 mesti bnyk sweet memory ni…oic kira untg bilik ar..hik2 klu tnds lak camne?
April 20 at 11:41pm · Report
#
Syarini Sahimi a’a…selesa la skit..tp nak fun..tinggal kat dorm la..kecoh..ramai2..blik 4 org jew..kkdang tu de yg blik xpenuh…blik air..ok la…stakat nak mandi n buat hajat tu lepas la…
April 20 at 11:43pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik2,cm tau2 je akak ni,phm2 la most hostel mmg prob skit sal tnds ni.hik2 akak ambik sains hayat @ fizikal?
April 20 at 11:47pm · Report
#
Syarini Sahimi hahaha..akak pun..klau ngan new place..memang susha skit nak adapt…esp toilet…akak fizik….adk plan nak ambik pe???
April 20 at 11:50pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hajat nk ambik sains hayat..sains fizikal mesti bnyk kaitan ngn math,xminat math..hik2 bg la tip kak cara nk study n bg pointer maintan cun je..
April 20 at 11:52pm · Report
#
Syarini Sahimi erm…actually..fizik nie..theory…xsama la mcm math..nak kira tekan calculator jew la….math..akak pun kureng sikit…erm..study rajin2 la..rajin buat tutor…
April 20 at 11:54pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria camne kak bg masa blaja kat sana?btul ke sana bnyk xtvt?
April 20 at 11:55pm · Report
#
Syarini Sahimi erm…susah la nak ckp..coz..akak ni ikot mood..kekadang..tgh malm bru akak buat keja n blajo..pas isyak..tdo….matrik x mcm skolah dah adik…btw..adik skolah harian or sbp???
April 20 at 11:59pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria sklh harian biasa je kak =)
Wed at 12:07am · Report
#
IQbal van Geance jgn rso.. wlopon kolej ny pnoh ngan kzuhudn tp koop dy gmpak.kah3
Wed at 12:17am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria gempak?gempak cmne tu?
Wed at 12:18am · Report
#
IQbal van Geance kmk is hev d best n d beautful coop than d other college.he3.
promot koop.hu3. jd la ahli klab koop.
Wed at 12:20am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria hik2…lain2 yg bez sal kmk ni apa ag?
Wed at 12:23am · Report
#
IQbal van Geance awl2 kte xkn prasan sgt mnde spesl psl kmk ni.
smue srba kurag. kdaan kolej. pkan dy.hm.
tp bler nk kluar nnt.haa. mse tu la yg bez.
nk tw stay smpi abes. blajo ngan feel d life of kmk.he3
Wed at 12:26am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria cikgu2 ok x?suasana blaja ok x?
Wed at 12:37am · Report
#
IQbal van Geance ckgu2 smue d best. plg pntg kne bek ngan pnsyrah. mtrk bkn cam sek. xphm, trtggl kne tnye. klo x bubye..
suasana insyaAllah ok. cni x strok u. mtrk stil ok.. kne adapt je la ngan suasane. blajo dr pkol 8pg-4.30ptg..hu3
Wed at 12:42am · Report
#
Fatin Haniza Zakaria silibus kat matrik cmne erk?
Wed at 12:43am · Report
#
IQbal van Geance aggp cmni je la. plajaran yg kamu blajo mse spm. mgken lbeh d jd kn 10 blan.
tu ler xleh trtggl.. kne jmpe ckgu klo tggl. len la klo da btol2 gnius.hu3
Wed at 12:45am · Report
#
Faridah Yasmin tumpang tanye,kmk ni,walaupun matrik kpm,tp,mara yg tanggung eh?
Wed at 1:46am · Report
#
Syarini Sahimi a’a…mkn free….2 yg best..klau matril biasa..mkn tanggung sdiri..even dpt duit..tp kmk..mkn free..duit dpt…dobi de…kira ok la….
Wed at 12:28pm · Report
#
Faridah Yasmin wah,ni yg best!dh rase eager habis dh ni nk start blaja!
Wed at 1:29pm · Report
#
Syarini Sahimi hahahaha….bagus la klau mcm 2….gudluck k
Wed at 1:35pm · Report
#
Faridah Yasmin thx akak! 😀
Wed at 1:36pm · Report
#
Syarini Sahimi welcome dear…
Wed at 1:40pm · Report
#
Faris Izham ape maksud duet dapat tu kak syarini?

bukan ke sume prgrm mtrikulasi dpt 1000lebeh ke untuk 1 sem or ni duet dari mara sndri untk stdent KMK ke?
bape dpt?hihihi.
ka-ching
Wed at 8:34pm · Report
#
Syarini Sahimi 2 sem 1000 lebih dik..bkan 1 sem…kira duk kat kmk lg untung la…mkn free n duit dpt…klau matrik besa…makan pandai2 la…maggie ke..ape ke…yup..mara punya biasiswa…
Wed at 8:36pm · Report
#
Faris Izham ouh yeke?HAHA.silap ingt untk satu sem.oh mkn just like asrama la eh?
6kali sehari kt dewan makan?hoho
Wed at 8:37pm · Report
#
Syarini Sahimi a’a..mkn lebih kurang kat asrama..kena bratur..just like school….tp best la…save duit..
Wed at 8:41pm · Report
#
Faris Izham HAHAHAHA.betul tu.eh kenal yop x?org pnggil dye yop kalo kt sekolah dlu.hafiz sapli namanya.itu senior saya.dye sangat hnsem
Wed at 8:42pm · Report
#
Syarini Sahimi erm…ase dy ade dlm akak punya list frenz…tp just kenal muka jew kowt…
Wed at 8:45pm · Report
#
Nik Nur Atiea Asri waa…utng jgk la dpt matrik kulim nie drpd matrik biase tue…tq akak bnyk tlom kmi bgi mklmat….=)
Wed at 8:55pm · Report
#
Syarini Sahimi ur welcome…^_^
Wed at 8:59pm · Report
#
Wahida Jumaat to all new batch..ackeli rindu gilerr kt kmk..tu sbb buka pages niy..lame sudah xtgok…
akak ex fizik…cikgu fizik mantap2…dulu akak dapat cikgu mas…..
btw..kmk niy sangat2 bagi ilmu yang baek….build everything kt km..sbb t bile dh masuk U…kita xdpt dh….
njoy k..sambil tu jgn lupa study….tuto tu jgn lupa…
Thu at 10:02pm · Report
#
Fatin Haniza Zakaria https://elearning.kmkulim.edu.my/course/category.php?id=3 ni nija ad jmpa link sal sukatan blaja kat km kulim =)
Yesterday at 1:08pm · Report
#
Nurzulhusnee Ishak excited nak msuk kmk..hehe
jom serbu kmk 10 mei..huhu
Yesterday at 5:38pm · Report
#
Mohd Faiz jom serbu.hahaha
Yesterday at 5:52pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor iqbal:asal tetiba promot koop??…hg bkn ahli koop pn…presenting…iqbal ur faci…ha3…
Yesterday at 11:12pm · Delete Post
#
Fatin Haniza Zakaria oic,faci upe nye…abg fikri ni mesti faci gak kn?
Yesterday at 11:15pm · Report
#
Mohd Faiz em. sape lgi faci.huu
Yesterday at 11:15pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor adeh….berat nk tulis…tp btol la tu,kak syarini, iqbal…actually rmai lg,tp depa x aktif kt group ni…bz gamaknye
Yesterday at 11:17pm · Delete Post
#
Mohd Faiz berat nk tulis ? haha.tape2.dah tau jugak . senior fikri faci gak ehh
Yesterday at 11:18pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor lg satu, yg psl e-learning tu,sume notes cg2 ade kt situ,nnti mse hgpa dh dftr kt sne,depa(pihak kolej) akan key in kursus yg hgpa amik,gmbq n etc…skg xley nk msuk kot,password mule2 gune ic..ha3…
Yesterday at 11:21pm · Delete Post
#
Mohd Faiz ohhh.ok ok.tp sy dah test bkak gune guest leh la.ha
Yesterday at 11:22pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor ouh,xtaw la,tp xsume nye bole excess kot…
Yesterday at 11:23pm · Delete Post
#
Mohd Faiz oke ok.
Yesterday at 11:24pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor nnti msuk kmk,bace basmalah dulu ek,ade certain org tekejot ni kolej ke skola…hu3
Yesterday at 11:26pm · Delete Post
#
Mohd Faiz hehe.nape . totally mcm skola ke .rules ketat mcm skola ke
Yesterday at 11:29pm · Report
#
Anah Samsudin w0oaaa !!! serius cam nak pegi cni jek…hehe..life cam kat hostel ek?? xpe la..dah de experience 5 ta0n kat h0stel..bleh diprakktikkan semula,,hehe
Yesterday at 11:35pm · Report
#
Mohd Faiz hahahaha . 3thn je exprience . itupon asrama harian .heeee.
Yesterday at 11:37pm · Report
#
Anah Samsudin ok la ad gak kan..erm,,ap lagi ek nak tyer?? sugesstion? =)
Yesterday at 11:42pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor kt sne byk jgk la xtvt kolej,kalu banding dgn kolej matrik laen,kolej mara byk program nye…
ptg2 kalu sesape yg xminat aktiviti kt pdg,bole round kmk,jog ke
Yesterday at 11:49pm · Delete Post
#
Mohd Faiz slain tu . huu . depends on diri sndiri ke aktiviti petang2 tu
Yesterday at 11:50pm · Report
#
Anah Samsudin memang wajib turun ntok riadah ke??
Yesterday at 11:52pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor aktiviti round tu ujung miggu je,ha3…mggu skola,xberani la…ha3…
abih kuliah 4.30 ptg, blik2 kompem penat…esok kuliah stat kul 8 pg…mlm nk kene settlekn tutorial, prepare tajuk baru esok…fuh~
Yesterday at 11:53pm · Delete Post
#
Mohd Faiz hehehe.so ptg wat ape klu blek kuliah penat? tido? , anah,klu skola wajib kan . bwak la bku smbil jog.ahha.berdedikasi btul
Yesterday at 11:54pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor anah: xwajib pn,tp rabu ptg ade kelas fardhu ain,ustz mmg outstanding…hohoh…
kebnyakan kalu ditanya,especially gurls,ptg2 ramai je yg tido…kui3
Yesterday at 11:54pm · Delete Post
#
Mohd Faiz em . kelas fardu ain wajib sume pegi eh
Yesterday at 11:56pm · Report
#
Anah Samsudin faiz: bwa buku ?? nice idea..tp ti msti dah longlai c0z dah seharian pegang buku kan..hehe
seni0r: owh x wajib..legaaa~ hehe..time skolah dlu p0n slalu jek skip riadah..sbb dah penat prep sampai pkui 4.30..tid0 tu memang x dinafikam..hua3.
Yesterday at 11:58pm · Report
#
Ahmad Fikri Mastor yezza…jgn risau,xboring punye la…yg penting pengisian tu, bende2 mcm ni xde kt matrik len…KMK je yg ade…
Yesterday at 11:58pm · Delete Post
#
Mohd Faiz okehh great.bgus2.suka ahh
12 hours ago · Report
#
Mohd Faiz betul la tu anah.slalu skip kan.tido.hoho
12 hours ago · Report
#
Anah Samsudin yup,,kalo x p0n just duduk2 kat tepi l0ngkang..kua3
12 hours ago · Report
#
Mohd Faiz hahahaha.
11 hours ago · Report
#
Ahmad Fikri Mastor then fainted….ha3
11 hours ago · Delete Post
#
Anah Samsudin fainted?? haha..tu xpenah merasa gi la.
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz yg fardu ain kat surau tu bwk alquran la kan. ngaji ehh . bgus2. sbb dlm surat twrn ade suruh bwk alquran ade tafsir.klu xsilap
#
Mohd Faiz kalau aku la fainted.hahahha.tak terangkat,haahha
11 hours ago · Report
#
Anah Samsudin faiz : surat tawarn x sampai agy p0n..bgus la kalo camtu..kalau ad geng usrah lagi bgus..wah !! serius sebijik cam kat sk0ool dlu..muahaha..
haha,,xyah angkat la kalu camtu..2gu jek sampai sdar blek..hehe
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz hahaha,mmg kjam kan biar smpi sdar,hahah . surat twrn aku dpt dah . klu lom dpt tggu lah.nnti dpt lah tu . tp kan. nk bgtau ny , carilah siap2 baju kurung warna biru gelap PLAIN .untuk majlis rasmi . kain bebas tp yg bersesuaian n tudung putih . sbb rsenye susah nk cri baju kurung plain biru gelap . dlm catatan borg tu .mesti ada
11 hours ago · Report
#
Anah Samsudin hek2..xdelah..kalo ko pengsan n time tu ak ad..ak jerit la HELP2..haha..
biru gelap plain?? hua3..thax bagitaw..pe kes ntah surat xsampai..p0smen sesat kot..haha
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz hahaha.ok la tu .
a’ah posmen sesat la tuh .ish ish .posmen patutnye kne ade gps.haha
ehh . smpul surat aku koyak . siot la posmen tu . dy msukkn ikot suke dy dlm peti surt.tau la kecik peti tu . hahaha.
11 hours ago · Report
#
Anah Samsudin gps?? wow..gila moden..haha..koyak p0n koyak la..janji sampai..huhu..
k lah mau dreaming2..ad rezki kita jumpak la k kat KMK..salam.
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz yeah.salam
11 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak im back..hmm banyak ketinggalan..
faiz n hasnah nie dah meleweng..
org ckp sal kmk, dpa sesat ckp sal pengsan n posmen plakk.haha
anyway, petempatan student lpasan spm kt matrik nie base on ap??
most of my friend got here..
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz hahaha.husnee.sje je.sbb td dy xdpt surat lgi.haha
dgr cite sbb alamat jugak diambil kira.result xpsti lahh.
11 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak owh..biru gelap kn banyak tone ky dunia nie..
biru gelap yg mcm mana??
mcm kain budak primary school kah??
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz ape2 yg lbeh kurg similar tu ok lah .mcm kain primary skul tu ok kot.
or brighter sket dr tu .sket je.haha.
asal kn biru gelap kan
11 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak dlm surat x bg sample kah??haha
suruh senior tunjuk sample..hehe
11 hours ago · Report
#
Mohd Faiz bukak ny.biru gelap nye berbagai tone
https://www.kmkulim.edu.my/index.php?option=com_rokin&Itemid=89&unit=album&act=show&albumid=5397566333618333201
11 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak thanx frenz..
bez la plak bila discuss mcm nie…
excited lg bertambah nk msuk kmk nie..hehe
10 hours ago · Report
#
Mohd Faiz tau tape. harap2 dpt skelas kan . haha.da sembang2 cmni .sng interact dlm klas nnti
10 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak nant ad klas kah??bukan style kuliah??
hopefully ad klas..
10 hours ago · Report
#
Mohd Faiz a’ah kuliah kan . tp senior fikri tu ckp kelas rasenye .
10 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak speechless..dah x tau nk ckap ap..
eh, yg subjek yg senior fikri ckp td 2 mcm mana??
10 hours ago · Report
#
Mohd Faiz em.subjek yg mane ehh ? husnee.kalau dpt hayat tuka tau fizik.hehee
10 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak yg e-learning 2..
sure tukar..i like calculation more than hafal2 nie.hehe
tp x dapat hayat kot sbb bio spm dulu dpt b je..hehe
10 hours ago · Report
#
Mohd Faiz ohh.e-learning .itu silibus n note2 matrix lahh . ohh hebat la tu husnee.dr pd aku.hemm.
hahaha
10 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak let bygone, be bygone..
spm dah lepas, mari kita perjuangkan exam kt kmk plak..hehe
10 hours ago · Report
#
Mohd Faiz yeahh .betul strive tgether . k la husnee.nak off.bye.salam
10 hours ago · Report
#
Nurzulhusnee Ishak salam..ak nk search lg sal kmk nie..eager 2 know..hehe
sleep tight
10 hours ago · Report
#
Ahmad Fikri Mastor cmnie sbenornye…mmg kuliah…tp akan ade kelas tutorial,pecahan dr kuliah tersebut….
sbg cnth,abg dulu kuliah F,under kuliah F ade 6 kelas,F11,F12,F21 n bla2….
psl pemilihn course, erm,actually,mcm yg kami tekankn sblom ni, KMK mmg len dr kolej len,kalu pemilihn course,hgpa bole pilih nk stay kt jurusan mne,tp ade had nye,mesti follow ratio 60:40,xbole balance,tu mmg rules yg ditetpkn KPM…kalu fizik dah 60%,bio kene 40%…zmn kami bio is dominant…hu3…
mmg bes kalu discuss bende yg ilmiah…:)
4 hours ago · Delete Post
#
Ahmad Fikri Mastor wktu kuliah sume berhimpun,bljr bende baru,then kelas tutorial tu untuk latihan,stiap pljr akan dibekalkn satu buku tutorial utk setiap subk(buku soalan)….
prinsip nye cume satu,sape bwat tutorial dye la yg bole menguasai sesuatu sbjk tu,even dye sgt2 lemah,rajin2kn diri melwt cg2…he3…mcm melwt org sakit plak eh…
4 hours ago · Delete Post

SAYA atau AKU?

https://fatamorganakehidupan.wordpress.com

Kekadang rasa kekok dengan pengunaan saya/aku dalam penulisan di blog. Mana satu yang harus digunakan untuk kata ganti nama diri ini. Guna saya rasa macam melanggar rule, tak guna rasa macam pelik pula. Kebanyakan blog yang telah ‘saya’ rujuk, penulisan ‘saya’ ditekankan. Pelik juga, isu saya/aku dinaikkan di blog ini. Bukan apa, cuma kalau salah penggunaan boleh mengundang rasa yang kurang enak dari pihak pembaca.

Post pertama

Di kesempatan ini, saya ingin merasmikan penggunaan ‘saya’ dan ‘aku’ dalam penulisan entri-entri seterusnya di blog ini. Penggunaan saya/aku dalam entri seterusnya bergantung kepada beberapa faktor. Mungkin pelik pada bunyinya. Biasa la, beginner baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ini. Entri seterusnya mungkin menggabungkan unsur pengalaman hidup, ideologi, mahupun cebisan-cebisan pendapat dari beberapa blogger yang saya admire.

Dari semasa ke semasa, akan saya usahakan untuk menulis dalam English. Tapi buat masa ini, saya perlu perbetulkan beberapa kesilapan kecil yang biasa saya lakukan. Ini lah padahnya malas mengaji English masa zaman di bangku sekolah. Kesedaran mula timbul apabila semangat saya ini dibakar oleh Bonda saya di Kolej MARA Kulim; Ms. Khairiah Abdullah mengenai kepentingan penggunaan English dalam kehidupan; lagi-lagi dalam zaman globalisasi ini. Terima kasih bonda, tanpa nasihat dan tunjuk ajar bonda, entah bila hati ini akan terbuka untuk memperbaiki tahap English.

Sebuah Pertemuan

Sejak akhir-akhir ni, laman Saifulislam.com menjadi pilihan saya. Dari situ, saya mempelbagaikan penulisan saya yang sebelum ini berpandukan pada senior saya, abg leokid.

Apa yang pasti, pengalaman sebagai seorang pelajar pra-universiti merupakan pengalaman yang paling indah sepanjang saya menghirup udara di bumi milik Allah ini. Maha Suci Allah, sesungguhnya kami berhimpun kerana Engkau Ya Allah, dan kami berpisah juga kerana Engkau Ya Allah. Peliharalah hati-hati ini dengan perlindungan dari rahmat dan redha Engkau; Ya Rahman Ya Rahim.

8 minggu lagi harus ditempuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

8 minggu

Minggu yang menjadi igauan kepada pelajar-pelajar matrikulasi KPM (program satu tahun) untuk menamatkan sesi pengajian pre-U, terutama pelajar di Kolej MARA Kulim. Kita tak sembang Kolej Matrikulasi lain, kita lihat sendiri gelagat pelajarerti kata -pelajar matrik di kulim ini.

Sepanjang 8 minggu ini, teeeeerrrrrlalu banyak sukatan pelajaran yang perlu dicoverkan. Dengan pelbagai aktiviti kolej nya lagi. Minggu depan pertandingan choral speaking bermula. Latihan pun tak seberapa dan apa yang aku yakini sekarang, semua kuliah adalah sama dari segi persediaan ini.

Lucu

Minggu ini, semasa kelas Bahasa Inggeris, kami pelajar F3 ada ujian speaking, dengan penuh gaya dan komen yang agak pedas. Dari situ, kita dapat lihat gelagat sebenar sahabat-sahabat. Sakit perut dibuat nya, Ms Kay pun terasa HEPIII….haha…pelbagai topik, barangan, product. Paling geli hati semasa persembahan kumpulan KRABY PATTY..

Penutup

Dan (demi) jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu (dengan ketakwaan) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (dengan kefasikan).”

(Qs Asy Syams: 7-10)

MUET

assalamualaikum, Malaysian University English Test (MUET) adalah satu ujian yang wajib untuk para pelajar yang akan memasuki peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi, terutama IPTA. Ujian ini bertujuan mengenal pasti tahap membaca, menulis, mendengar dan bercakap dalam English. Dalam ujian ini, keputusannya ditentukan melalui aras yang dikenali sebagai band. Terdapat 6 band kesemuanya. Tahap yang paling rendah adalah band 1 dan tinggi tentulah 6.

Agak kelewatan membuat post ini, tetapi tak mengapalah, untuk rujukan generasi akan datang niatnya. Keputusan untuk MUET akhir tahun 2009 telah pun keluar. Tahap yang saya perolehi adalah tahap average. Mula-mula rasa betulkah keputusan yang saya dapat ni. Tapi hendak buat macam mana lagi, dah itu hitam putih nya. Menunjukan banyak mana saya berusaha untuk ujian tersebut (mungkin). Kalau mengikut keputusan ahli Kuliah saya di Kolej MARA Kulim, mereka pun dapat lebih kurang macam saya.

Agak risau pada mulanya, bolehkah dengan band 3 ini saya hendak teruskan niat menjadi seorang pakar bedah. Kalau ikut kelayakan untuk program MBBS,band 3 adalah minimum. Kiranya, berada pada aras hendak lemas lah saya ini.

Penutup
Semoga berjaya kepada pelajar-pelajar SPM 2009, semoga anda semua memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Kalau ada niat hendak meneruskan pengajian di peringkat Matrikulasi, semangat+emosi+mental+fizikal harus lah dipersiapkan. Kehidupan di Matrikulasi ini tidak sama dengan zaman anda di Sekolah, kerana anda semua sedang berada di zon Pra-Universiti(matrikulasi). Semoga Berjaya sekali lagi.

hayya ‘alassolaah

hayya ‘alassolaah…

salam
http:​/​/​farah195.​blogspot.​com

bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih
selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
lalu dilaksanakanlah​ solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu salam
berserta fatihah, selawat dan doa
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
iringilah dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke pusara
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan Izrail yang menakutkan
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal, bukan yang pergi
beristighfarlah​ kamu sebelum kamu diistighfarkan
namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

ingatlah di mana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dengan langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan
justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruanNya
sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah, ayam tak petok itik tak sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
jalan kemenangan akhirat dan dunia
ingatlah yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan
guna kembali ke pangkuan Tuhan

pada hari itu tiada berguna
harta, takhta dan putera
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Kian terasa

7-8 January 2010

Hari balik kampung. Buat pertama kali guna perkhidmatan kereta api untuk balik kampung dari utara ke selatan. Mungkin lepas ni, kereta api menjadi kenderaan utama aku untuk turun ke selatan dari utara. Tinggal berapa bulan sahaja nak tamat program matrrikulasi ni. Kiranya, untuk pertama dan terakhir kalinya menaiki kereta api untuk pulang ke kampung kalau berdasarkan kalendar matrikulasi.
Continue reading “Kian terasa”

fuh~

assalamualaikum,

Lega skit rasa nya, dapat cuti tambahan, sehari je pn. Lagi 2 minggu lebih mid-sem bakal ku tempuhi. Macam-macam perkara berlaku sepanjang minggu ni. Salah satu nya, 2 lagi classmate aku pindah keluar. Sukar digambarkan dengan kata-kata, tapi hakikatnya aku rasa seluruh kuliah agak suram belakangan ni. Apa yang aku harapkan adalah perpisahan ni tidak memberikan kesan yang mendalam dalam diri pelajar kuliah F. Lagi beberapa bulan sahaja lagi untuk aku buat final touch. Aku sentiasa memikirkan cara-cara yang sesuai untuk aku tolong ahli tutoran aku untuk berjaya bersama-sama. Dalam masa yang sama aku berasa gelisah dalam pemilihan course untuk ijazah pertama nanti. Apakah course yang sesuai dengan diri aku…

MIKIM

Assalamualaikum,

fuh, minggu ni antara minggu yang agak sibuk sepanjang semester 2 ni, dengan bermacam-macam aktiviti. Sampai study pun tunggang langgang abih. Belum sempat nak ulang kaji topik-topik yang dah belajar dalam semester 2 ni. Baru beberapa minggu semester 2 bermula, biologi dah sampai chapter 5, semester ni penekanan terhadap topik genetik. Jadi, pemahaman yang mendalam amat di perlukan. Kadang-kadang rasa risau juga, satu benda pun tak start lagi. Macam mana nak dapatkan 4.00 dalam semester 2 kalau macam ni ja.

MIKIM, adalah minggu kreatif dan inovasi dimana para pelajar dikehendaki menghantar wakil bagi mengambil bahagian didalam perlbagai pertandingan yang dianjurkan. Bagi minggu ni, saya dikehendaki menjadi wakil Kuliah F untuk pertandingan Forum Ekonomi. MasyaAllah, satu habuk pun tak taw pasal selok belok ekonomi, ini kan nak ambil bahagian dalam pertandingan forum. Sebenarnya, saya ditugaskan untuk menjadi pengerusi dalam team forum Kuliah F. Jadi, peranan sebagai seorang pengerusi ini terlalu besar+berat untuk dipikul.
Pengerusi adalah penghidup suasana bagi sesuatu forum, kalau pengerusi sendiri dah kantoi, ahli panel macam mana pula kan.ha3…

Apa yang saya mampu lakukan sekarang adalah bertawakal+berdoa serta berusaha agar segalanya berjalan dengan lancar. Pertandingan ini saya anggap sebagai suatu cabaran+latihan bagi saya untuk menempuh zaman di IPT nanti. InsyaAllah…

Lappy over here

Assalamualaikum,

Akhirnya, dapat juga saya bawa Lappy ke kolej, itupun selepas memohon banyak kali. Bukan apa, cuma Semester 2 ni banyak menggunakan benda alah tu, tapi ada yang mengatakan saya ni hanya mencipta alasan semata-mata, dan saya akui memang benar, saya ni jenis belajar menggunakan sesuatu, saya suka belajar sambil mendengar lagu, maklumlah orang lain guna telefon bimbit yang sudah terbina mp3 di dalam. Telefon saya tak canggih macam depa, dan dalam masa yang sama dapat la juga meng’update‘ blog ni.

Tapi ada pula masalahnya, screen laptop ni rosak pula. Bukan sampai tahap tak boleh menyala screen tu, cuma wujudnya garisan-garisan ‘aneh’ di bahagian bawah screen tersebut. Alhamdulillah , masih dalam warranty. Kalau tak, entah berapa banyak pitih habis. Pada asalnya, garisan tu tak membimbangkan sangat, tapi laptop ni masih dalam warranty, alang-alang menyeluk pekasam, baik baiki sekarang kan. Tapi lepas ni kena handle with care la nampaknya.

Musim cuti sekolah telah pun bermula, jadi, selamat bercuti kepada warga sekolah.

Hari Raya Aidiladha

27 Nov 2009
Semalam adalah hari raya aidiladha, saya solat sunat hari raya di Masjid Sultan Hishamuddin, Sepang. Bersebelahan dengan rumah yang saya duduki sekarang. Selepas solat raya dan sarapan, kami sekeluarga terus bertolak ke kampung. Jarang ada kesempatan nak pulang ke kampung. Lagipun sekarang adalah cuti, tak salah kalau luangkan masa dengan keluarga. Sampai rumah embah dalam pukul 2.30 petang. Lepas asar kami pun pi ziarah keluarga sebelah mak, sampai ke malam juga la. Dari petang tu, ada saja cerita yang disembangkan,maklumlah jarang ada masa nak berjumpa dengan sanak-saudara. Kalau balik kampung pun, jarang dapat berjumpa sebabnya bila kita balik, depa tak balik. Cuti hari raya adalah satu masa yang sesuai untuk ‘gathering’.
Petang tu, mula-mula pi umah pakde talha, dapat jumpa kak ainon dan abang halim. Macam biasa la, adat orang ambil periksa, mesti yang ingin tahu keputusan peperiksaan tersebut kan. Itulah yang berlaku kepada adik(Taufiq Ridwan)ku. Beliau mendapat 4A 1B dalam UPSR dan pada masa yang sama mendapat Mumtaz dalam PSRA. Pertama kali saya mendengar suara mak yang begitu gembira+excited+bangga masa menyampaikan berita tersebut kepada saya minggu lepas.

Macam-macam cerita yang agak tak sedap didengar, apabila topik doktor pelatih dibuka. Masing-masing rasa tak senang dengan doktor pelatih. Sampaikan mak bertanya kepada saya, “ada lagi ke semangat nye tu?”….saya menjawab: “ada lagi”….tapi dalam hati, rasa macam-macam. Tapi hajat ku untuk menjadi seorang cardiologist bukan semata-mata untuk menambah pitih atau mengejar populariti. Tetapi minat yang mendalam sejak di bangku sekolah rendah lagi, membuatkan semangat ku ingin mengejar cita-cita ku ini menjadi semakin meluap. Tambahan pula dengan keputusan yang baru ku dapati dalam peperiksaan PSPM 1. Keputusan peperiksaan tersebut, menyakinkan lagi keputusan ku untuk memilih profesion perubatan ini.

Apa yang mampu saya lakukan sekarang adalah berusaha+berdoa+bertawakal agar segala apa yang dirancang selama ini diredhai oleh yang Maha Esa. Segala komen dari orang lain mengenai profesion tersebut, akan saya jadikan sebagai kritikan yang membina semangat saya, dan bukannya bertindak sebagai agen peluntur. InsyaAllah.

Result PSPM 1

assalamualaikum,

sekian lama tak update blog, kali ni nak kongsi mengenai result PSPM 1 yg baru saja dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. PSPM adalah singkatan kepada Peperiksaan Semester Program Matrikulasi, sebagai satu penanda aras tahap pelajar-pelajar program Matrikulasi. Saya merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi ini. Program ini terbahagi kepada dua bahagian, Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT). Saya mengikuti program PST disebabkan Kolej MARA Kulim ini hanya menjalankan program PST sahaja. so, no seniors….pelajar masuk dan keluar untuk sesuatu sesi..

dari riak muka yang jelas, sejak beberapa hari yang lepas, semua pelajar matrik di KMK, muka macam nak minta penampor ada, muka yg relax ada(hak tu dia rasa confirm 4.0)ha3, muka kadang-kadang tenang tapi bila orang dok heboh pasal result, mula rasa cuak tahap cacing kepanasan, dan macam-macam lagi. Cuma tak sempat nak capture gambar depa.

Semalam(25 Nov 2009) hari keluarnya result PSPM 1 secara rasminya. Pagi-pagi lagi dah lambat mai kuliah, bangun je awal, tapi turunnya lmbat. Pagi tu turun secara luar biasa, sarapan kemudian naik balik siapkan report kimia yang tak siap semalam. Nasib baik kuliah tak mula lagi, kalau tak kompem kene marah+bebel+perli dengan cikgu Bio(cg Farizah),rasanya dia amat memandang tinggi terhadap kawan. Mungkin disebabkan kawan berjaya membanggakan beliau dalam peperiksaan pertengahan semester yang lalu.

Tapi makin lama semangat dalam diri ini, kadang-kadang macam volcano, kadang-kadang macam air tasik yang tenang. Keputusan Peperiksaan PSPM semalam menunjukkan dimana aras saya sebenarnya. InsyaAllah, Semester 2 ni akan saya hargai sebaik2 nya….

wow!

assalamualaikum,

post ni berkaitan dengan Terrarium tempoh hari… dalam Terrarium tu, saya semai bijih benih pokok Asam Jawa…
buat la satu eksperimen mengenai biji benih ni…

saya membuat perbezaan cara percambahan biji benih tersebut:

1-biji benih dibelah tetapi tidak sepenuhnya, cuma mengoyakkan sedikit kulit biji benih.
2-biji benih dibelah sepenuhnya kepada dua bahagian.

biji benih tersebut ditanam serentak pada 26/10 yg lepas. selepas 4 hari, apa yang didapati adalah biji benih yg pertama telah mengeluarkan akarnya, namun tidak bagi biji benih yang kedua..

perkara ini amat menarik perhatian saya. pada asalnya, saya tidak begitu minat dengan anatomi tumbuhan, tetapi setelah melihat tanda kebesaran Yang Maha Esa, saya begitu tertarik dengan tumbuhan.

misi saya untuk menghasilkan tumbuhan yang terbantut(bonsai) dalam Terrarium akan diteruskan…

bimbang…

assalamualaikum dan salam sejahtera…

macam biasa, tiap-tiap kali online, perkara pertama yang saya buat adalah membaca bulletin di laman sosial,
terdapat satu post yang menarik perhatian saya, jadi di sini saya pun ingin ‘forward’kan di laman blog saya, untuk tatapan pembaca….

Aku bimbang ..sangat bimbang
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada’
Ingin membayar puasa yang tertinggal.​.​masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-​lambak.​
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai

Aku bimbang.​.​sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau .​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​
Apakah aku akan dibelasah
Oleh pembengis-​pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.​.​sangat bimbang..
Isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.​.​berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.​.​MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.​.​setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang..
Imanku masih terumbang-​umbang
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo’akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur’an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..
Hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.​.​sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA … taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain
Qada’lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH.

bersama-sama kita fikir-​fikirkan.​.​

menanam…

assalamualaikum….

cuti semester 1 baru bermula, apa lagi stay kat rumah ni kalau tak da kerja nak buat, tidur la nampaknya, tapi masa duk busy surfing internet ni, teringat pasal tumbuhan dalam kaca. rasa berminat pula nak menanam.

semalam dah start cari info macam mana nak mula menanam, agak payah kalau ada hobi macam ni, sebab memerlukan kesabaran yang tinggi. pokok yang dipilih adalah pokok bunga kertas, saya rasa pokok ni amat sesuai untuk dijadikan bonsai, ketelitian amat dititikberatkan dalam penjagaan pokok ini.

dah tak da kerja sangat, daripada habiskan masa kat rumah dengan membuta ja, baik buat sesuatu yang berfaedahkan…