Perwatakan Milik Peribadi

Watak[Gambar sekadar hiasan]

Realiti hari ini, kita terlalu cepat menghukum orang, memberi label terhadap perlakuannya. Dalam masa yang sama, kita juga merasa sangat marah apabila diberi label yang kita sendiri tidak suka.

Dalam kehidupan tiada pernah sempurna, sedangkan anak muda seperti kita ini sentiasa melakukan kesilapan. Salah sikit ditegur oleh orang tua. Namun, tidak semua teguran itu bersifat menjatuhkan air muka seseorang, tetapi sebagai tanda kasih sayang.

Jadilah diri sendiri, tidak perlu mengikut perwatakan orang lain. Hodoh rupanya, melainkan perwatakan kita sebelum itu tersangat hodoh. Lalu menuntut perubahan. Bersedia untuk berubah kerana perubahan bukan boleh diperoleh dalam 1 malam.

FIKRI
43650 BBB

Generasi Strawberi

“Andai ada kata yang lebih hebat dari ucapan “Terima Kasih”, pasti akan aku ucap dengan setulus hati, sebagai tanda cinta ku kepada Mu, Ya Allahu Rabbi~”

Apabila saya membuat status seperti di atas, saya tertarik dengan komen yang diberi.

Muhammad Syafiq Sarkawi nabi ajar ‘Alhamdulillah’ tanda syukur ๐Ÿ™‚

Saya tidak marah, apatah lagi kecewa tetapi saya merasakan sangat bersyukur kerana masih ada yang mampu berfikir dengan lebih jauh.

Lain dari yang lain. Hebat dalam berfikir dan menterjemahkan menjadi sebuah pesanan.

Sebuah pesanan kepada kebenaran, mendekatkan lagi hati yang ingin kepada Islam. Sentiasa membina Islam dalam diri.

Semoga hidayah Allah sentiasa dilimpahkan kepada kita, InsyaAllah.

Hari itu

Kami 3 sahabat, Azan Safar, Afiq Nasir dan saya sendiri saja sembang kosong menanti subuh. Namun, secara tidak sengaja diubah kepada sesi muhasabah.

Pap! Secara tiba-tiba terasa berat di kepala.

Bergerak perlahan-lahan menuju ke dapur, menyediakan juadah untuk bersahur.

Sengaja melarikan diri.

Tersengih sendirian kerana menahan ketawa oleh kata-kata seorang sahabat.

Lagi beberapa jam sebelum kertas Fisiologi Tumbuhan, saya bermuhasabah bersama mereka akan masa yang dihabiskan.

Azan memulakan bicara, “enta ambil berapa lama untuk habiskan sebuah buku?”

Saya tidak berapa pasti akan dialog mereka, kerana saya masih berada di dapur.

Beberapa minit kemudian baru saya menyusul untuk bersama mereka.

Azan berkata lagi “ana dulu pernah buat rekod membaca 7 buah buku dalam masa sebulan.”

Afiq tersengih dari jauh, menahan ketawa mungkin. Saya mula berasa bersalah.

Teringat kata-kata seorang ibu, โ€œIngat tu, kurangkan masa berdepan dengan laptopโ€

Kita kerap berkata “Ah! aku tiada masa nak baca buku macam tu, dah la tebal. Balik kuliah, makan, tidur, kerja persatuan lagi, aktiviti kolej lagi, buku akademik lagi.”

Afiq memberikan respon “Yela-yela, ana dah tutup laptop ni”

Saya cuba memberikan harapan “Tak payah la baru nak tutup tu, tentu ada masa kita online dan ada juga masa untuk membaca buku”

โ€œIsh~ Betul la, sungguh ni, ana tak main-main! Kita hendak berhujah perlu berilmu. Orang yang berilmu pasti akan direbut, banyak tokoh-tokoh yang kita boleh lihat. Syeikh Yusuf Al-Qardawi dengan sumbangannya dalam Fiqh Aulawiyat, diguna pakai oleh pelbagai ahli gerakan tidak kira berlatar belakangkan apa.โ€

Jangan jadi Generasi Strawberi

Generasi strawberi yang bersifat rapuh, pudar warnanya apabila didedahkan di bawah sinar matahari, lembik dan sebagainya.

Generasi strawberi perlu di kekang kewujudannya, namun tanpa kita sedar bahawa diri sendiri juga tergolong dalam generasi tersebut.

โ€œAna tidak rasa kita mampu lakukannya, kita sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang sem, program itu program ini.โ€ Kata Azan lagi.

Azan benar-benar menguasai sesi ini.

Saya mengiakan sahaja, betul juga kata-kata azan ni.

โ€œAna yakin kita sebenarnya mampu melakukannya, jika dilihat seharian kita di hadapan laptop, menunggu dan menunggu. Alangkah baik jika diisi dengan membaca sesuatu.โ€ Kata saya membalas keraguan Azan.

โ€œKita sendiri dapat melihat generasi sekarang bagaimana, suka forum yang berunsur cinta walhal sepatutnya sekarang adalah masa untuk membaca dan mengasah pemikiran. Sebelum kita membuat sesuatu keputusan, acap kali kita merujuk kepada bahan-bahan tertentu, yakni ILMU!โ€ balas Azan.

Nah! Pundak ku terasa lagi.

Satu persoalan diajukan oleh Azan kepada Afiq, โ€œKita ni rajin membaca, tapi bila?”

โ€œMinggu peperiksaanโ€ jawab Afiq, pendek jawapannya tetapi memang betul hakikat itu.

Penelitian

Ya, rujuk kembali diri kita. Komen sekencang mana di laman sosial, bertekak itu bertekak ini.

Tiada kesudahan.

Ada masa sebulan bercuti, tolak program itu program ini, tinggal 2 minggu.

Optimis dalam setiap perkara. Tidak semua kita lihat itu adalah sesuatu yang sukar bagi kita.

Saya takut sekiranya kita ini berjuang mempertahankan sesuatu isu tanpa ilmu.

Contoh, kita sibuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU).

Tetapi forum kita tidak dengar apabila diajak, membaca apatah lagi, sudah tentu tidak.

Kita sibuk dengan memandang Tarbiyah itu hanyalah tarbiyah ruhiyyah, perkara yang mendekatkan diri kepada Allah.

Walhal, tarbiyah itu luas. Segalanya bermula dengan tarbiyah kerana tarbiyah itu mendidik.

Mendidik insan untuk berfikir, mendidik insan berbuat kebajikan.

DUIT itu penting

Air Terjun Bukit Fraser

[Semangat dari Bukit Fraser]

Barangkali semua sahabat-sahabat dalam kegelisahan, memandangkan peperiksaan semester 1 bakal menjelma. Tidur malam tidak lena, mandi kekadang tak basah, makan minum tak kenyang seperti biasa.

Saya ada sedikit perkongsian untuk sahabat, sekadar celoteh pengubat letih. Penat belajar ni. Saya pasti, minggu-minggu sebelum peperiksaan, kemudahan Internet ini lah tempat pelajar meluahkan perasaan. Termasuk diri sendiri. ๐Ÿ™‚

Apa itu DUIT?

Saya suka mencari DUIT. Setiap hari DUIT ini mampu memberikan impak yang positif dalam kehidupan saya. Motivasi diri akan sentiasa diperbaiki setiap hari, InsyaAllah.

Alangkah indahnya jika semua perkara nampak positif di mata kita setiap hari. Tiada tekanan, letih, dan sebagainya. Indah belaka.

D=Doa

U=Usaha

I=Ikhlas

T=Tawakal

Doa

Berdoa dengan bersungguh-sungguh. Jangan bertangguh lagi kan angkuh. Allah sudah pun membuka pintu untuk hamba-Nya meminta segala apa jua permohonan.

Berdoalah seumpama doa itu benar di hati. Tulus & ikhlas sebagaimana tulusnya hati sang pengemis jalanan meminta ihsan. Begitu juga kita di hadapan Allah, betapa diri ini hina. Hamba yang hina lagi dhoif.

Jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara & sahabat kita. Teman seperjuangan yang sering mendampingi kita susah dan senang.

Usaha

Usaha juga perlu kesungguhan. Meskipun diberi pelbagai taklifan, usaha untuk kejayaan akademik jangan dilupakan. Pertingkatkan motivasi dalam diri, semoga terus teguh berdiri.

Jangan pernah fikirkan kegagalan sebelum berusaha melakukan sesuatu.

Ikhlas

Lakukan dengan ikhlas. Ikhlas adalah sesuatu perkara yang subjektif. Tidak mampu dilihat dan disentuh. Namun, hasil daripada sikap keikhlasan itu dapat diterjemahkan melalui perbuatan.

“Huh~!” nada mengeluh. Kurangkan mengeluh, meskipun diri ini tidak mampu menahan kepayahan. Keluhan adalah suara yang paling dibenci Allah.

Tawakal

Akhir sekali, tawakal kepada Allah. Setelah 3 perkara di atas dilakukan, adalah dianjurkan kepada kita untuk bertawakal. Sedangkan alim ulama’ sentiasa bertawakal sebelum menyampaikan dakwah, inikan lagi kita insan biasa yang dhoif lagi hina.

Berserah segalanya kepada Allah, kerana dia maha mengetahui segalanya tentang kita.

Wallahu’alam

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=Cb-eXKDkUIU]

Sampai Menutup Mata

Jom Study!

2 minggu lagi pertarungan di medan peperiksaan bakal tiba. Fatrah peperiksaan kian membara. Namun, jauh di sudut hati kecil, “apakah usaha yang dilakukan selama ini diterima Allah?”

“Apakah kemudiannya nanti, keputusan yang bakal diterima adalah yang diharapkan?”

Fitrah

Manusia tidak pernah berhenti menimbulkan persoalan. Kadangkala negatif, kadangkala positif. Motivasi seseorang terhadap sesuatu perkara kadangkala bergantung terhadap apa yang diyakini.

Acap kali kita dengar, “Jika kamu membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu mu”. Muslim yang cekal hatinya, pasti mengharapkan redha Allah yang utama selain pahala dan sebagainya. Mardhatillah diutamakan.

Namun, jika sesuatu pekerjaan itu tidak disertakan dengan niat yang ikhlas dan hati yang yakin bahawa “Allah pastikan menolong mu jika kau menolong agamaNya”, maka timbul pelbagai masalah. Masalah hati.

Dukacita

Keputusan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Harapan untuk mencapai kejayaan dalam setiap subjek yang di ambil kini tinggal impian. Berat melangkah saat menerima keputusan.

Pernah suatu ketika dahulu, semasa masih di bangku sekolah lagi. Sahabat saya pernah berkongsi “Allah tidak akan menimpakan sesuatu ujian tanpa menghiraukan kemampuan seseorang dalam menghadapinya.”

Setiap daripada kita pernah menghadapai kegagalan. Kegagalan tersebut mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Kegagalan pada hari ini, bukan tanda kelemahan yang sebenar. Kelemahan yang sebenar adalah sikap kita yang tidak pernah ingin berubah.

Mahu dan Perlu

Kita sentiasa berdoa agar kejayaan menjadi milik kita. Berdoa juga adalah salah satu bentuk usaha. Kuat berdoa, namun dalam hati terdetik “Banyak dah aku doa benda yang sama, tapi tak kunjung tiba harapan ku”.

Berdoa, tapi hati tidak yakin dan sabar akan pertolongan Allah. Allah Maha Mengetahui segala apa yang diperlukan hambaNya. Kita mahu sesuatu, tetapi Allah tambahkan elemen ‘perlu‘ dalam setiap permohonan kita.

Sampai Menutup Mata

Tuntut lah ilmu selagi kita mampu. Usia muda ini perlu dipenuhkan dengan elemen-elemen keilmuan. Bersedia untuk di didik untuk mendidik. Suka saya katakan “tuntutlah ilmu sehingga menutup mata”. Bidang keilmuan ini sangat luas.

Ilmu adalah modal terbaik dalam mencipta sesuatu inovasi. Sampai menutup mata!

Wallahu’alam.

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=6WCcOHJ61jw&feature=related]

 

Kamu memberi, kamu terima kembali.

Suasana Kedai Makan

Keadaan cemas seketika.

Sedang Mat menunggu pelanggan untuk menerima pesanan, terlihat kelibat sang bapa sedang menampar anaknya. Bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan. Mata sang bapa jelas menunjukkan api kemarahannya.

Sang ibu terdiam seribu bahasa. Hanya mampu melihat tatkala sang bapa sedang menegur anaknya akan kesalahan yang telah dilakukan. Mat seakan terpana dengan kejadian yang sedang berlaku. Barangkali ini kejadian yang pertama pernah disaksikannya sendiri.

Timbul persoalan di hati Mat;

โ€œMengapa anaknya diperlakukan sebegitu rupa?โ€

โ€œBesar sangatkah kesalahannya?โ€

โ€œMaknya diam ja?โ€

Si anak kemudiannya berlari ke arah maknya. Melihat akan tindakan anaknya berlari, sang bapa meluahkan perasaannya melalui kata-kata. Sungguh, jika kata-kata itu boleh diibaratkan seperti makanan, barangkali โ€˜pedasโ€™ adalah label yang sesuai.

Mengapa?

Kadangkala saya terfikir sejenak, dahulu masa kecil-kecil cili api, pernah juga merasa di rotan, di terajang dan sebagainya. Namun, itu cerita 10 tahun dahulu. Sekarang, juga masih ada lagi ibu bapa yang mengajar secara sedemikian, cuma bersifat โ€˜terbukaโ€™ dalam perkara ini.

Saya tidak mengatakan salah dalam mengajar anak dengan menampar. Namun, sikap โ€˜terbukaโ€™ itu yang saya rasakan tidak patut. Keadaan sekeliling yang dipenuhi orang awam, di kedai makan. Si anak masih lagi kecil. Ditampar bertalu-talu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Sayu

Saya tersentuh dengan keadaan itu kerana saya tidak meletakkan diri saya pada kasut sendiri. Malah, saya yakin Mat dan rakan sekerjanya pasti mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Siapalah saya, kahwin pun belum, beroleh anak apatah lagi.

Sekeras mana tarbiyah oleh ibu ayah saya, tidak begitu terbuka dalam mendidik saya. Konsep โ€˜Bermula dari rumahโ€™ amat ditekankan oleh ibu ayah saya. Memandangkan ibu saya mempunyai pengkhususan dalam mendidik, iaitu seorang guru. Maka saya merasa ditarbiyah di rumah, seperti mana anak muridnya di tarbiyah di sekolah.

Seingat saya dahulu, pernah ibu saya mengajukan persoalan kepada saya;

โ€œAda anak murid mak kata, mak ni garang, betul ka?โ€

Balas saya;

โ€œFikri tak tahu la mak, sebab fikri tak pernah jadi anak murid mak di sekolah tuโ€

Mak terdiam sebentar, kemudian menambah;

โ€œAda juga yang kata, dengan ketegasan mak ni, dapat meningkatkan lagi daya kesungguhan dalam belajar. Mereka nak mak mengajar mereka, kerana pengajaran cikgu di sekolah baharu tidak seperti mak.โ€

Tambah mak lagi kepada anak muridnya;

โ€œJanganlah kamu bandingkan saya dengan cikgu-cikgu disana. Setiap guru ada style tersendiri dalam mengajar. Ada seninya dalam mengajar ni.โ€

Noktah

Suka saya katakan, setiap perlakuan kita pasti akan kembali juga kepada kita semula. Biasa dengar kenyataan ini, โ€œWhat you give, you get backโ€. Saya tidak pula menyatakan sifat dendam terhadap perlakuan ibu bapa saya.

Saya sedar setiap apa yang ibu bapa saya lakukan adalah demi mengatur kesejahteraan saya di hari muka. Harapan untuk menjadikan saya seorang manusia yang berguna. Cuma perlaksanaan berbeza mengikut keluarga atau waqiโ€™ nya.

Kejadian ini sedikit sebanyak menyedarkan saya, bahawa dalam keterbukaan itu perlu ada batasnya. Sehinggakan saya bermonolog; โ€œAdakah sama juga suatu hari nanti apabila diri ku bergelar seorang ayah?โ€

โ€œYa Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi golongan orang-orang yang bertaqwa.โ€

Al-Furqaan:74

Selalu saya berdoa selepas solat, diulangi, diamati dan diamalkan setiap hari doa di atas. Semoga ia termakbul oleh Allah. Sebaik-baik panduan adalah ayat dari Al-Quran. Begitu pun, saya merasa adalah salah sekiranya saya membandingkan keluarga saya dengan keluarga lain.

Saya khuatir dengan gejala sosial yang semakin meruncing saban hari. Saya khuatir sekiranya permasalahan sosial ini timbul akibat didikan yang kurang berkesan ini.

Wallahualam.

Maafkan ku, sahabat.

Bismillah. Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb! Sungguh berdebar rasanya, saat menanti Pesta Konvokesyen 39 melabuhkan tirainya. Pelbagai persolan bermain di fikiran, apakah usaha selama ini yang dicurahkan bersandarkan hanya kepada Learning Contract ataupun demi agenda dakwah yang sentiasa merantai di hati ini. Kunci yang utama adalah Ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bergerak kerja atau hanya menambah penat lelah sahaja.

Pasti!

Bila dipersoalkan mengenai rasa ketidakpuasan hati, bengkek, itu semua memang ada. Sejauh mana kita mampu berlapang dada dalam mengatasi segala masalah yang ada. Sungguh, terlalu banyak rasa marah menimbun dalam hati ini. Hendak dimarah, diri ini pun bukannya lengkap atau baik sangat. Masing-masing punya kesalahan. Memetik kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni; Ybhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim

Saya pasti selepas tamatnya Majlis Penutupan Pesta Konvokesyen 39 UKM, sekretariat Pesta Konvokesyen akan mengadakan sesi ‘post morterm’. Semua ini adalah proses pembelajaran. Istilah yang biasa kita dengan CQI= Continuous Quality Improvement

Maafkan ku, sahabat

Hanya ungkapan maaf yang mampu dituturkan, semoga kita tidak serik dalam berorganisasi. Jangankan kerana sikap ego yang membeku dalam hati kita ini ditambah dengan sikap amarah kita. Semua ini adalah proses pembelajaran. Kita masih baru dalam merancang aktiviti mahupun menjalankan aktiviti. Tahniah juga kerana kalian sangat membantu di kala susah senang. Harapan ku, tidak pernah timbul perasaan dalam diri masing-masing

Aku dah serik, tak nak masuk lagi program macam ni lagi.

Program apa pun sekiranya melibatkan perkampungan dan perancangan yang panjang, penat itu suatu yang pasti. Paling teruk pun, tertekan. Pengalaman amat berguna, mematangkan sekaligus membentuk peribadi seseorang agar lebih berdisiplin dan peka terhadap sesuatu perkara. Segala apa yang dibincangkan perlu dicatatkan agar tidak memberi masalah pada masa akan datang. Ungkapan Maaf ini juga khas buat Khairul Fahmy Jamaluddin, setiap kali dia mengajak untuk keluar bersama, ketika itu lah program sana, program sini. Bila bersua secara tidak dirancang, perasaan serba salah itu pasti ada. Anda memang setia dalam menunggu untuk keluar bersama. Teringat kisah di Maktab Rendah Sains MARA PDRM, Kulim dulu. Hampir setiap masa bersama.

Annual Diner Form 5

Entah

Memang tidak dapat dilindungi perasan bersalah, setiap kali message yang masuk itu daripada Fahmy. Permintaan yang tidak dapat ku penuhi. Apa yang termampu diucapkan adalah dengan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan selalu bersamanya.

Result SPM

Menarik dan pelik~!

Disebabkan terlalu sibuk dalam menguruskan pesta konvo ukm, saya sering keliru dengan kedudukan bilik di Kolej Keris Mas. Mana tidaknya, sepanjang dua minggu ini, kediaman kedua saya adalah di bilik pesta konvo, bilik PMUKM, dan di dataran gemilang. Habis menjadi bahan jenaka teman sebilik la. Terruukk~!

Noktah

Buat sesuatu pekerjaan pastikan usaha yang dicurahkan adalah sehabis baik. Kelak, kekesalan tidak akan membuku di dalam hati. Bila timbul perasaan kesal, maka perasaan untuk bergerak kerja pada masa akan datang akan terpadam juga. Segala apa yang diusahakan itu adalah sebahagian daripada apa yang kita rencanakan. Sebaik-baik rencana adalah daripada Allah. ๐Ÿ™‚

Maaf sekali lagi, sekiranya ada yang terasa hati sepanjang bergerak kerja. InsyaAllah, saya tidak serik dalam bekerjasama dengan kalian. Pesta Konvo 39 adalah pencetus segalanya. Mungkin selepas ini, kita boleh saling bertegur mana yang salah diperbetulkan, mana yang bagus dimantapkan.

Manusia dan tumbuhan.

Bismillah.

Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan rahmat dan nikmatnya hari ini. Alhamdulillah. Tenang rasanya walaupun sepanjang minggu ini kesibukan melanda. Pesta Konvokesyen ke-39, Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dan perkuliahan. Hak badan sendiri telah dinafikan, dipaksa melakukan pelbagai perkara. Suasana perkuliahan telah pun bermula. Harapnya momentum pembelajaran tidak terganggu, motivasi diri perlu dikemaskini setiap hari.

Selamat Datang Pelajar Tahun 1 2011/2012

Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Datang kepada Pelajar Tahun 1 2011/2012. Semoga terus berusaha menuntut ilmu. Jadikan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi sebagai gudang ilmu pengetahuan. Bidang ilmu ini sangat luas. Disini turut disertakan lampiran Panduan pembelajaran dari Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)

Tumbuhan

Daripada En. Wikipedia, ensiklopedia bebas mengatakan;

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.

Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya organisma yang menjalankan fotosistesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

Tumbuhan memerlukan sesuatu untuk meneruskan agenda kehidupannya. Malah dari sudut perkembangannya, tumbuhan memerlukan penjagaan yang teliti dan rapi. Perlu dibaja, disiram, dibelai dan sebagainya. Kitaran hormonnya perlu dijaga supaya mempengaruhi pertumbuhannya. Sekilas pandang kelihatan rumit perjalanannya. Belum masuk lagi cerita fisiologi tumbuhan. Proses ataupun fungsi yang ada pada tumbuhan. Sangat unik.

Manusia

Menurut En. Wikipedia, ensiklopedia bebas;

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain.

Kita adalah manusia. Pelbagai ragam manusia kita hadapi setiap hari. Dalam tempoh perkembangan/pertumbuhan dari bayi kepada remaja, dari remaja kepada dewasa sehingga mencapai pangkat usia emas, polar kehidupan manusia dipengaruhi dengan keadaan sekelilingnya. Jika persekitaran perumahan yang baik, maka baik juga hasilnya. Begitu juga sebaliknya.

Manusia vs Tumbuhan

Manusia dan tumbuhan tidak dapat dipisahkan. Dengan tumbuhan kita mendapat sumber makanan. Dengan tumbuhan kita mendapat bekalan oksigen. Timbal balik dari manusia pula adalah karbon dioksida. Terlalu rumit pula untuk mendedahkan timbal balik.

Pendek kata… Analogi yang ingin didedahkan antara manusia dan tumbuhan, kitaran kehidupan manusia dan tumbuhan hampir sama. Pokok yang baik, apabila dijaga dengan teliti dan rapi, hasil tuaiannya juga baik. Malah memuaskan hati. Pelbagai aspek dijaga, penjagaan baja, penjagaan siramannya. Kesabaran yang tinggi diperlukan kerana bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Begitu juga manusia, apabila dijaga dengan baik, maka baik la hasilnya.

Sabda Rasulullah :

Setiap bayi yang lahir itu dalam keadaan fitrah ( beragama Islam).ย Oleh itu terpulanglah kepada kedua ibu bapanya samada ingin menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi

Hadis riwayat Bukhari

Sekarang

Persekitaran yang kurang kondusif, kondusif ini bukan bermaksud tidak cukup asas binaan bangunan atau landscape tetapi kurangnya dari segi pentarbiyahan diri. Mendidik anak kecil pun bukan mudah, banyak kerenah yang perlu dihadapi. Walaubagaimanapun, peringkat kanak-kanak adalah peringkat mendidik/membentuk sahsiah diri. Mudah kerana jiwanya masih suci laksana kain putih seperti sabda Rasulullah. Namun, apabila sudah dewasa proses membentuk itu sangat liat. Kebiasaan yang salah tidak dibetulkan. Maka timbul kata-kata;

Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa.

Jika tumbuhan disiram dengan sebotol racun, tidak dibaja, tidak disiram, maka dalam beberapa hari pokok tersebut besar kemungkinannya akan mati. Bermula dengan kuningnya warna daun sehingga mereput batangnya. Hati manusia juga mati disebabkan lemas dalam arus hiburan yang melampau. Tiada batasan. Segalanya sangat mudah didapati meskipun kerajaan melaksanakan pelbagai kempen. Persekitaran yang sedia ada tidak memberi impak positif dalam perubahan yang terbaik dalam kehidupan manusia.

Minda anak muda diracun dengan pelbagai agen hiburan melampau. Benih yang baru dilahirkan disemai dengan pelbagai perkara yang tidak bertepatan dengan usianya. Kecil-kecil lagi sudah pandai melawan, maka sibuklah ibubapa mencari makanan apa yang telah mereka berikan kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, timbul pula penyakit gejala sosial seperti lahirnya anak luar nikah, mangsa simbahan asid, gadis dirogol, penagih dadah, dan sebagainya.

Penyelesaian?

Usaha mencari jalan penyelesaian ini bukan baru sahaja digembar-gemburkan khabarnya, tetapi sudah berpuluh-puluh tahun. Kadang-kadang, dalam soalan Karangan PMR/SPM turut membicarakan perkara yang sama. Menulis sepanjang-panjangnya solusi yang bakal di lakukan. Namun, menemui jalan buntu. Masalah yang sama berulang kali di dengar oleh mata/telinga masyarakat, dan telinga masyarakat kini sudah lali dengan perkara seperti ini. Sudah menjadi kebiasaan.

Policy makers perlu di ubah. Kesemuanya harus diteliti kembali.

Noktah

Ikutlah resmi pokok “Walaupun setiap hari di serang pelbagai penyakit, namun jika terdapat gene yang menafsirkan kepada protein yang mampu menangkis serangan yang tiba, pokok tetap berdiri teguh dan terus memberikan hasil yang terbaik buat tuan empunya pokok.”

Manusia terutama anak muda perlu kuat dalam menangkis segala serangan minda yang semakin kritikal saat ini. Kukuhkan gene iman di dada, semoga hasil daripada itu ia mampu memberikan impak pertahanan yang terbaik!

Wallahualam.

Untunglah…

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bersama keluarga untuk Ramadhan kali ini. Tidak lupa juga kepada sahabat yang berkorban jiwa dan raga demi menguruskan gerak kerja Pesta Konvokesyen ke-39 UKM. Ada yang beraya di UKM, pergh~ pengorbanan yang besar tu. Jika kita memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah pasti membalas budi kalian.

Program Pra-Pesta Konvo

Sekretariat sukan dan rekreasi sudah pun merencana program UKM Konvo LeRUN MTB Mini Jamboree 2011. Sahabat-sahabat yang berminat nak berlumba basikal tu, moh le kita sertai program ni. Penyertaan terbuka, walaupun kalian berada di utara, selatan, timur, barat Malaysia pun kami terima. Nak tahu lebih lanjut? ha! klik pada pautan berwarna hijau atau gambar tersebut.

Cukup!

Setakat ini sahaja (buat masa ini) makluman publisiti untuk Pesta Konvo 39 UKM.

Untunglah?

ุฑูŽูˆูŽู‰ ุงู„ุฅูู…ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุจูุฎูŽุงุฑููŠู‘ู ูููŠ ุงู„ุงุนู’ุชูุตุงู…ู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู โ€ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: (( โ€ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ููˆู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุจูŽู‰)). ู‚ูŽุงู„ููˆุง: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุจูŽู‰ุŸ! ู‚ูŽุงู„ูŽ:ย  ((ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุทูŽุงุนูŽู†ููŠ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุนูŽุตูŽุงู†ููŠ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุจูŽู‰)) [ุตุญูŠุญ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ]
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Iโ€™tisam dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bersabda, โ€œSetiap umatku masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan.โ€ย  Mereka berkata, Siapakah yang enggan? Baginda bersabda, โ€œSesiapa yang mentaatiku (dan hadithku) ia masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia telah enggan (memasuki syurga).โ€ Sahih al-Bukhari.

Kata Rasulullah:

โ€ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ููˆู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ

Setiap umatku masuk syurga

Bila baca ayat ini, rasa sedap, selesa je ye. Umat Muhammad itu adalah kita. Kita sangat beruntung kerana SETIAP daripada kita akan masuk ke syurga Allah. tetapi disambung pula dengan ayat seterusnya;

ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุจูŽู‰

kecuali sesiapa yang enggan.

Ya! Rasulullah mengatakan ‘illa’ bermaksud kecuali. Kecuali kepada siapa? Siapakah golongan yang berkecuali ini (sahabat bertanya). Maka Rasulullah membalas;

ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุทูŽุงุนูŽู†ููŠ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุนูŽุตูŽุงู†ููŠ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุจูŽู‰

Sesiapa yang mentaatiku (dan hadithku) ia masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia telah enggan (memasuki syurga).

Adakah kita enggan masuk ke Syurga Allah?

Sudah pasti kita mahu masuk ke syurga Allah. Cukup dengan pertanyaan saja pada adik-adik kita, pasti mereka akan menjawab perkara yang sama. Tetapi…

  1. Ketika bulan Ramadhan Kareem ini, ada saja berita-berita hiburan di dada akhbar yang tidak sesuai di paparkan. Sangat tidak sesuai.
  2. Puasa tapi tidak menunaikan solat.
  3. Puasa tapi tidak menunaikan zakat.
  4. Puasa tapi tidak menunup aurat.
  5. Puasa tapi masih melihat perkara keji dan mungkar.
  6. Puasa tapi masih menipu dalam urusan jual beli (sukatan juadah berbuka di Bazar Ramadhan).

Puasakah kita?

Ada sahabat saya berkata;

“Habis la puasa aku hari ni, menyesal pula keluar. Niat nak cari telefon, TERnampak benda lain pula.”

Saya tidak merujuk kepada sesiapa, cuma saya agak terkilan dalam bulanย  Ramadhan yang mulia ini. Puasa tapi masih memakai pakaian yang mendedahkan aurat itu seperti perkara yang biasa. Bulan Ramadhan ini bulan yang istimewa. Bukan sahaja kita berpuasa (menahan lapar dan dahaga) malah aspek lain juga harus di jaga.

Solat?

Nah! video daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai Wanita itu Amanah Allah. Huraian mengenai penekanan ustaz tidak menggalakkan seseorang itu berkahwin dengan orang yang tidak solat!

Dilema?

  1. Takut majikan anda tidak membenarkan anda berubah penampilan?
  2. Takut orang tua pelik melihat perubahan kita?
  3. Takut kawan lari meninggalkan kita kerana tidak biasa?
  4. Panas? tak selesa menutup aurat?

Nah! Persoalannya…

Kita hidup di dunia ini sementara. Masing-masing memburu Keredhaan. Redha siapa? Manusia atau Allah? Berbalik kepada Hadis di atas. Anda pasti mengetahui jawapannya. ๐Ÿ™‚

Noktah.

Perkongsian sedikit ini saya dapati dari tazkirah Ramadhan di Masjid Al-Makmur, Kg. Giching, Salak Tinggi, Sepang. Bersama muhasabah, disamping kita menambah amalan-amalan sunat, perkara sekecil (kepentingan menutup aurat) ini harus di jaga. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mentaati Allah dan Rasul bukan pula golongan yang enggan. Selamat menunaikan Rukun Islam ketiga ye, Ramadhan Kareem~

Faham, tapi… (Vol. 2)

Sambungan Faham, tapi… (Vol. 1)
Memetik kata-kata Abang Un War |
seseorang perempuan yang memakai tudung ikhlas kerana Allah akan mendapat pahala dan terhindar dari dosa mendedahkan aurat, manakala seseorang perempuan yang memakai tudung tapi tidak ikhlas tidak memperolehi pahala tapi terhindar daripada dosa. Jadi kesimpulannya pakai la tudung biarpun tidak ikhlas barulah dosa tak bertambah.

Tiada dalil yang mampu saya kongsikan perihal perkara di atas, tetapi cukup untuk kita FAHAM bahawa menutup aurat ini adalah perkara yang utama dalam Islam. Semua faham kepentingan/kewajipan untuk menutup aurat, tetapi kenapa masih ada insan yang mengaku diri, “Saya beragama Islam” tidak menutup auratnya.

Mereka Faham, tapi…

Isu ini sudah lama dibincangkan, tetapi di ambil mudah oleh setiap insan yang berkenaan. Ok juga la, jika seseorang itu tidak ikhlas untuk menutup aurat, sekurang-kurangnya tidak la menunjukkan seperti tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan untuk menutup aurat.

Agak kasar kata-kata ini,

hari ini mungkin depa tak mahu tutup aurat, akan tiba saat dan ketika mereka semua akan di paksa menutup aurat ketika saat untuk dikuburkan (kapan).

Adakah saat ini yang anda mahukan?

Kolot la~!

Saya tidak menolak jika ada yang mengatakan bahawa saya ini kolot, jumud fikirannya. Saya mengajak sahabat-sahabat untuk muhasabah kembali, berfikir sejenak akan realiti kehidupan yang semasa. Semakin hari semakin banyak kes gejala sosial melibatkan anak muda harapan bangsa.

Jika diminta senarai faktor penyebab, dengan mudah dan congak anda berikan. Tetapi, adakah kita mengambil iktibar atas perkara yang berlaku. Mungkin perkara tersebut tidak berlaku pada diri kita, tetapi jika kita sedar kepentingan kita sebagai sahabat yang sayang kepada sahabat kita semata-mata kerana Allah, maka kita akan mempunyai kesedaran untuk saling menasihati.

Kami dengar dan Kami taat

Sifat orang-orang mukmin adalah “kami dengar dan kami taat.

ุขู…ูŽู†ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุณููˆู„ู ุจูู…ูŽุง ุฃูู†ุฒูู„ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู† ุฑูŽู‘ุจูู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ ูƒูู„ูŒู‘ ุขู…ูŽู†ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ู‡ู ูˆูŽู…ูŽู„ุขุฆููƒูŽุชูู‡ู ูˆูŽูƒูุชูุจูู‡ู ูˆูŽุฑูุณูู„ูู‡ู ู„ุงูŽ ู†ูููŽุฑูู‘ู‚ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏู ู…ูู‘ู† ุฑูู‘ุณูู„ูู‡ู ูˆูŽู‚ูŽุงู„ููˆุงู’ ุณูŽู…ูุนู’ู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุทูŽุนู’ู†ูŽุง ุบููู’ุฑูŽุงู†ูŽูƒูŽ ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ูˆูŽุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุตููŠุฑู

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
The messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his Lord and ( so do ) the believers . Each one believeth in Allah and His angels and His scriptures and His messengers We make no distinction between any of His messengers and they say : We hear , and we obey . ( Grant us ) Thy forgiveness , our Lord . Unto Thee is the journeying . (2:285)

Kami dengar dan Kami ingkar

Lain pula sikap orang kafir yang ingkar akan arahan yang diberi, “Kami dengar dan Kami derhaka”

ูˆูŽุฅูุฐู’ ุฃูŽุฎูŽุฐู’ู†ูŽุง ู…ููŠุซูŽุงู‚ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽููŽุนู’ู†ูŽุง ููŽูˆู’ู‚ูŽูƒูู…ู ุงู„ุทูู‘ูˆุฑูŽ ุฎูุฐููˆุงู’ ู…ูŽุง ุขุชูŽูŠู’ู†ูŽุงูƒูู… ุจูู‚ููˆูŽู‘ุฉู ูˆูŽุงุณู’ู…ูŽุนููˆุงู’ ู‚ูŽุงู„ููˆุงู’ ุณูŽู…ูุนู’ู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽุตูŽูŠู’ู†ูŽุง ูˆูŽุฃูุดู’ุฑูุจููˆุงู’ ูููŠ ู‚ูู„ููˆุจูู‡ูู…ู ุงู„ู’ุนูุฌู’ู„ูŽ ุจููƒููู’ุฑูู‡ูู…ู’ ู‚ูู„ู’ ุจูุฆู’ุณูŽู…ูŽุง ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑููƒูู…ู’ ุจูู‡ู ุฅููŠู…ูŽุงู†ููƒูู…ู’ ุฅูู† ูƒูู†ุชูู…ู’ ู…ูู‘ุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.
And when We made with you a covenant and caused the Mount to tower above you , ( saying ) : Hold fast by that which We have given you , and hear ( Our Word ) , they said : We hear and we rebel . And ( worship of ) the calf was made to sink into their hearts because of their rejection ( of the Covenant ) . Say ( unto them ) : Evil is that which your belief enjoineth on you , if ye are believers . (2:93)

Noktah.

Akhlak Rasulullah yang kita cinta, peribadinya yang mulia. Kita manusia biasa seringkali melakukan kesalahan, kadangkala kesalahan yang sama kita ulangi. Tidak molek jika di bulan Ramadhan ini, ada segelintir dalam kalangan Muslim yang faham mengenali Islam dan apa yang di seru untuk ditaati, melakukan kesalahan yang sentiasa di ulangi. Menutup Aurat adalah perkara asas/foundation dalam Islam. Aurat yang tidak ditutup mengundang penyakit mata kepada segelintir masyarakat.

Mereka faham dan kita juga Faham. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang Kami dengar dan kami taat/We hear , and we obey. Semoga Ramadhan kali ini mengubah diri kita dari yang buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik. Ramadhan adalah bulan latihan untuk menempuh 11 bulan yang mendatang. Selamat menunaikan Rukun Islam yang ketiga. ๐Ÿ™‚

Faham, tapi… (Vol. 1)

Bismillah.

Bertemu dua orang sahabat yang sudah sekian lama berpisah. Bertemu di tempat yang pertama dua hati ini berkenalan. Sangat indah. Cuma, suasana yang berbeza. Suasana apa? Personaliti dan penampilan yang berbeza. Jika dulu, sahabat ini seorang yang selekeh pakaiannya, bagaikan tidak lengkap.Ternyata kini, sahabat ini telah nekad untuk berubah.

Dulu,kini tidak akan sama selamanya jika seseorang itu mempunyai prinsip dalam hidupnya. Maka penghijrahan berlaku. Mungkin dari buruk kepada yang baik, mungkin juga sebaliknya.

Joyah: weyh, lama betul ye kita tak berjumpa. Banyak betul perubahan diri kau.

Limah: ye, hampir 3 tahun lebih kita tidak berjumpa. Apa yang berubahnya diri aku ni? Sama ja rasanya. Aku tetap aku.

Joyah: Dulu kita selalu lepak-lepak kat tepi pantai, tapi sejak kau berpindah, kita jarang berjumpa. Reformasi betul la ye?

Limah: Itu dulu. Manusia ni sentiasa berubah. Faktor yang utama adalah persekitaran. Baik persekitarannya, maka yang buruk macam mana sekalipun tetap terpengaruh. Macam kita, dulu tudung ni bukannya lekat kat kepala.

Joyah: (nada geram dan tegas) Yela, kau pakai tudung pun, belum tentu dapat masuk Syurga. Kita dulu pernah buat kerja tak baik bersama-sama. Kau ingat tak?

Limah: (dengan nada yang lemah lembut dan kasih sayang) Ye betul la tu. Kita ni manusia tak pernah lari dari kesilapan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. Betul la apa yang kau cakap tu, orang pakai tudung ni belum tentu masuk Syurga. Tapi….. kau kena ingat, perempuan yang tak pakai tudung tu CONFIRM masuk neraka. ๐Ÿ™‚

Dulu…

Jarang sekali solat, berpuasa, mengeluarkan zakat tapi lafaz syahadah tahu maknanya. Faham, tapi…. Kalau pertandingan nyanyi dia lah juara, tapi jauh sekali terlintas di hati ingin mengalunkan ayat suci Al-Quran. Berpuasa, tapi tidak menunaikan Rukun Islam yang kedua, Solat. Apakah bezanya kita dengan orang kafir yang tidak tahu langsung mengenai Rukun Islam.

5 Rukun Islam |

Hadis Ibnu Umar r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji.

  1. Mengucap dua Kalimah Syahadah (pengakuan).
  2. Solat Fardhu 5 waktu.
  3. Zakat.
  4. Puasa di Bulan Ramadhan.
  5. Haji.

Kandungan Rukun Islam dan Rukun Negara yang pertama lebih kurang sama. Persoalan agama. Percaya kepada tuhan. Sekiranya kita percaya kepada tuhan, pasti segala tindakan, urusan seharian, aktiviti yang dilakukan berlandaskan Falsafah yang telah ditetapkan, Syariat.

Bersambung…

Sharing Moment

Kadang-kadang kalau sertai apa-apa aktiviti pasti tak terlepas dengan aktiviti perkongsian. Pelbagai perkara bermain di benak fikiran, mana satu nak di ceritakan. Bagi saya, ketika sharing moment tu saya ceritakan semua yang ceria belaka. Jarang, sangat jarang dan tersangat jarang saya cerita perkara yang sedih.

Bukan tak mahu cerita, tetapi orang yang mula-mula memberikan sharing moment sudah pun menceritakan kisah sedih. Tambah pula dengan esakan orang lain. Lagi la serba salah jadinya.

Sebaik sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tamat, seingat saya ketika itu kertas fizik. Malamnya adalah majlis makan malam bersama 1 batch SPM 2008 peringkat MRSM PDRM,Kulim. Turut dimeraikan adalah guru-guru yang telah mendidik kami. Pagi esoknya, keadaan blok asrama sudah pun semakin lenggang.

Suasana ceria, riuh bertukar kepada suram, sunyi. Jika di baling batu dari tingkat atas, pasti kedengaran gema dari batu yang terlantun tersebut. Saya rindukan saat riuh dulu. Jarang dapat dirasai pada saat ini. Tanyalah pada sesiapapun, pasti diakui zaman persekolahan adalah yang terbaik!

Saat kaki menjengah keluar dari blok asrama, dengan harapan dapat meminta pertolongan dari warden untuk dihantar ke stesen bas. Bangun pagi awal dengan semangat sebab bas plusliner bakal bertolak pada tengah hari. Ketika itu, mungkin darah muda lagi remaja yang mengalir dalam badan ni aktif, kesabaran itu satu sifat yang sukar dikawal. ๐Ÿ˜€

Akhirnya dapat la juga jumpa seorang warden, maklumlah cuti sekolah kebanyakan warden tiada di asrama. Pertolongan di saat genting begini turut mengundang kemarahan. ๐Ÿ˜€ Darah muda sekali lagi teruji, tatkala pertolongan yang dipinta tidak dapat dipenuhi. Dalam hati saya memaki hamun cikgu tu. Walaupun beliau tidak mengajar saya, entah kemana hilangnya rasa hormat saya kepada seorang guru telah menyebabkan saya memaki cikgu itu dalam hati.

Nak kata kat sini Allah nak tunjukkan keberkatan seorang guru tu, buktinya dalam keputusan SPM ada salah 1 subjek kegemaran saya peroleh gred 3B. Cikgu yang mengajar subjek tersebut pun terkejut. Tapi hasil dari muhasabah diri sendiri, akhirnya saya akur mungkin ni harga yang perlu dibayar atas kesilapan saya dahulu.

Bersambung kisah pulang, warden tak dapat tolong terpaksa la abih duit nak sewa teksi. Malangnya saya betul-betul kering masa tu. Nak p bank tak sempat dah, jam menunjukkan lagi sejam sebelum bas bertolak. Hasil pertolongan sahabat yang masih ada di blok tu, dapat la jua saya kumpul RM 6.00. Ketika tu hati sebenarnya dah cuak, macam mana la nak balik ni. Dengan teksinya mai lewat. Duit tak cukup. Nak mintak tumpang kawan, macam tak sanggup. Kereta depa dah penuh.

Akhirnya teksi yang ditunggu muncul jua, syukur Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui keadaan hati saya ketika itu. Sempat jua ke stesen bas. Hari itu dirasakan terlalu panjang, disebabkan berbagai peristiwa saya tempuhi. Sebaik sampai stesen Puduraya, tunggu keluarga, sebab dah lewat malam. Nak naik bas lompat dah tak ada.

Naik sahaja kereta, entah mengapa tiba-tiba dada terasa sebak. Menangis! Menitis air mata ku. Dengan tersesak-esak, bapa ku berkata ” maafkan bapak, tak dapat ambil fikri kat mrsm.” Saya membalas, ” bukan sebab tu fikri menangis, tapi mengenangkan kawan-kawan yang fikri paling sayang kat sana”. Saya akui, zaman di MRSM saja saya kenal apa itu erti ukhuwah yang sebenar. Sikap tolong menolong memang aspek paling penting dalam hidup berasrama. Tanpa sahabat, rugi kita. Batch saya memang banyak masalah, tapi dengan masalah tersebut mengajar saya untuk tidak menimbulkan masalah yang sama pada masa hadapan. Saya banyak belajar daripada peristiwa yang berlaku ketika zaman tingkatan 4 dan 5.

Mungkin orang kata, “emo la budak ni”, “sensetif la mamat ni”. Tak kisah, tapi itu yang saya rasa. Perasaan itu wujud dari kurniaan Allah. Itu bezanya kita dengan haiwan. ๐Ÿ™‚ Kita mudah menghukum orang lain dengan peraturan yang kita rasakan betul. Itu adalah kelemahan kita yang terbesar.

Tidur, makan, celik mata, projek sains Intel ISEF. Akhirnya dah hampir tiba pula saat pengumuman keputusan SPM, Alhamdulillah capai target walaupun tak seberapa nak dibanding dengan sahabat yang cukup mantap. Datang pula surat tawaran dari MARA untuk taklimat dari Medic Mesir.

Persoalan dari mak; ” nak sambung mana ni?”

Saya membalas; ” medic mesir boleh mak?”

Mak; “Banyak tu duitnya. Mak boleh keluarkan, tapi guna duit simpanan le”

Saya;”tak apa la mak, fikri ambil matrikulasi je la, mana tahu dapat sambung medic dalam negara”

Dalam hati, saya merasa risau akan adik-adik saya. Memandangkan mak nak melaburkan duit simpanannya untuk pembelajaran medic mesir, sebagai anak yang paling tua, saya rasa cukup serba salah sekiranya suatu masa nanti duit yang sepatutnya digunakan untuk adik-adik saya tidak ada. Biarlah saya simpan niat nak belajar bidang perubatan, dengan niat adik saya nanti dapat menyambung semangat saya untuk menjadi seorang doktor muslim.

Sengaja saya tak ceritakan isi hati saya pada mak saya, walhal dalam setiap perkara, mak saya la yang pertama saya kongsi. Tapi dalam hal ini biarlah saya pendam. Akhirnya takdir tidak menyebelahi saya, cita-cita untuk bergelar doktor melalui program matrikulasi terkubur. Cita-cita kedua adalah untuk bergelar saintis. Maka dengan itu program sains biologi menjadi pilihan saya.

Bermula dari saat sekarang, saya bersungguh dalam setiap perkara yang saya lakukan. Niat nak sambung kembali projek Intel ISEF, dengan harapan yang ditinggalkan oleh cikgu fizik saya, cikgu Jafni Ghazali. InsyaAllah.