Kisah Entomologist

Photo of author

Fikri Mastor

2 Comments

UKM

Pesanan Ikhlas dari YDP PMFST

Fatrah Peperiksaan

Setiap hari singgah di wordpress, bukan tiada 1 idea atau pengalaman untuk dikongsi.

Namun, sifat terburu-buru saya dalam mengejar itu, mengejar ini telah mengekang seketika idea yang mencurah-curah.

Esok (6 Jan 2012), tepat 3.30 petang peperiksaan pertama major Biologi. Hari selasa lalu peperiksaan Geomorfologi Tropika. Hanya mampu berserah setelah berusaha, Tawakal~!

Ketepikan sebentar kertas ulang kaji, nota-nota kerana saya berasa agak ketinggalan.

Ketinggalan kerana sebahagian besar sahabat saya sudah pun aktif dengan post terbaru.

Azam saya untuk sekurang-kurangnya dalam bulan peperiksaan ini, seminggu ada la juga post walaupun bukan setiap hari.

Memandangkan ini post yang pertama saya dalam tahun 2012, suka saya kongsikan sebuah cereka (cerita rekaan) hasil perkongsian sahabat saya.

Kita saksikan~ 😀

Belalang & Nyamuk

Pertemuan seperti biasa, Nyamuk dan Belalang di tempat dan waktu biasa. Sahabat yang akrab. Sering berkongsi pengalaman, perasaan dan segalanya antara mereka berdua.

Nyamuk | Hai belalang! Semalam aku bermimpi yang indah. Nak tahu?

Belalang | Amboi~ Seronoknya lah sahabat aku ni. Apa yang indah sangat tu dengan mimpi kau, cik Nyamuk?

Nyamuk | Semalam aku bermimpi perut aku yang kempis buat sekian lama, kini kenyang dengan darah. Alangkah indah jika mimpi itu bukan sekadar mimpi. Kenyataan yang aku harapkan.

Hari yang berikutnya.

Nyamuk | Hai Belalang! Semalam aku bermimpi yang indah lagi. Nak tahu?

Belalang | Untunglah~! dapat mimpi yang indah-indah belaka. Apa mimpinya?

Nyamuk | Semalam aku bermimpi, Kerajaan Manusia telah mengeluarkan Akta Khusus buat populasi Nyamuk sedunia. Akta yang mengharamkan pembunuhan nyamuk. Tidak kau rasa ini sebagai satu penghormatan?

Belalang | Hmm. Menarik. Semoga hari mu ceria dan indah, wahai sahabat. Semoga mimpi mu menjadi kenyataan. 🙂

Hari ketiga

Belalang melihat raut wajah Nyamuk yang ceria daripada jauh. Boleh di agak mesti Nyamuk peroleh mimpi yang indah juga semalam. Jelas menunjukkan bahawa Belalang sangat teliti akan perasaan sahabatnya, Nyamuk.

Belalang | Aih~ Dari jauh aku tenung, senyum memanjang je dari jauh. Tak perasan ke aku tengah perhatikan kau dari tadi?

Nyamuk | Maaf la belalang, hati ku rasa riang kerana  saban hari ni mimpi indah menimpa diri ku. Benar, semalam aku bermimpi yang indah lagi.

Belalang | ha~ Betul juga sangkaan aku. Ceciter.

Nyamuk | Semalam aku bermimpi polulasi Nyamuk menjadi rebutan oleh Manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan. Wah~! Kali ini aku rasa bagai tidak percaya.

Belalang | Kau ingat aku pun nak percaya. [nada bergurau]

Lawatan ke Bukit Fraser

Alhamdulillah, rombongan kami yang berjumlah 20 orang +/-, selamat pergi dan pulang.

Selama 4 hari 3 malam kami berkampung disana, makan kena masak sendiri. Jauh pekan dengan tempat kajian.

Pulang dengan pelbagai reaksi muka, telatah, memori dan pengalaman. Setiap pengalaman pada seseorang pasti berbeza-beza.

Perkaitan cerita nyamuk & belalang di atas suka saya kaitkan dengan perjalanan saya di Bukit Fraser.

Azam & matlamat saya ketika saat bas UKM menunggu di hadapan Bangunan Fakulti Sains & Teknologi adalah untuk mencari sebanyak mungkin species ‘Cicada’ atau nama tempatan bagi orang Malaysia adalah ‘Riang-riang’.

Cicada ni uniknya pada saya adalah dari segi morfologi (bentuk), sayap yang tidak berwarna, dan adakalanya seperti permainan budak-budak.

Tambahan pula, dengan bunyi yang unik itu menyebabkan kebanyakan orang menjadi tidak keruan, sentiasa siapsiaga untuk mendapatkan koleksi Cicada.

Cicada

Alhamdulillah, berkat keSUNGGUHan saya mencari dan berNIAT, azam, yakin dan percaya bahawa saya mesti/pasti mendapatkan Cicada ini.

Akhirnya, saya berjaya mengumpulkan 6-7 ekor Cicada sepanjang 4 hari.

Saya belajar sesuatu daripada kisah ini, kesungguhan dan niat.

Provokasi

Akibat terlampau banyak Cicada, 6-7 ekor saya dipengaruhi pula oleh sebilangan rakan kerja lapangan saya.

“Kita tengok siapa boleh dapatkan Stick Insect pula, tak dapat Stick Insect, maka tak ada ‘tiket’ untuk pulang”

Mereka sengaja memilih serangga yang sukar diperolehi, memandangkan Cicada amat mudah didapati disana.

Sebelum Maghrib sahaja sudah kedengaran keriangan Riang-riang mengeluarkan bunyinya, maka Stick Insect menjadi pilihan untuk dijadikan ‘Tiket’.

Stick Insect

Hari yang pertama, berlalu tanpa satu penemuan stick insect.

Hari kedua, keghairahan menimpa rakan saya. Rata-rata hampir semua yang terlibat dengan ‘permainan mencari tiket’ ini berjaya mendapatkan ‘tiket’nya

Hanya saya seorang masih tidak berjaya.

Mencari, mencari dan terus mencari, tidak lupa dengan zikir, selawat yang sering diucapkan. Akhirnya, saya belajar sesuatu pada saat ini.

Soal matlamat, serta niat lagi.

Harapan

Hari ketiga menyusul tiba, diharapkan sinaran Bulan yang separuh ni mampu memberikan harapan yang bermakna pada saya.

Stick insect sangat sukar didapati kerana keaadan morfologinya yang suka ber’uzlah atau menyendiri, menyamar, menyorok di bawah daun.

Menariknya mengenai Stick Insect pada saya, tidak mengeluarkan bunyi dan memerlukan kesabaran untuk mendapatkannya.

Pernah sekali saya berjaya menemukan Stick Insect dengan usaha saya sendiri.

Dengan perasaan yang gembira, disudahkan dengan ucapan Alhamdulillah yang panjang berserta Takbir!

Jelas terpancar cahaya kegembiraan dari benak hati saya.

“Besarnya~!” sengaja saya teriak untuk tarik perhatian rakan-rakan.

Namun…

Indah sinaran cahaya bulan tidak mampu menjaminkan bahawa Stick Insect itu bakal menjadi milik saya.

Allahu Rabbi~! Sedang saya cuba mendapatkannya, tiba-tiba tangan ini menjadi berketar-ketar.

Seakan-akan tidak meredhakan saya untuk mengambil Stick Insect tersebut.

Plop~!

“Aduh~! Boleh jatuh pula Stick Insect ini.” getus saya sendirian.

Sudahlah jatuh, pandai pula en. Stick Insect ini berlakon mematikan diri.

Keadaan bawah pokok yang dipenuhi daun-daun yang gugur serta ranting yang kering menambah kesulitan yang ada.

Saya belajar lagi dengan pengalaman ini, “Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu mengikut kesesuaian kita”, niat tu biar ikhlas.

Akhirnya~!

Saya insaf. Sungguh saya beristighfar banyak kali ketika itu.

Macam-macam perkara bermain difikiran. “Adakah aku riak?”

Tidak lama selepas kehilangan Stick Insect yang pertama, saya  berjaya menemukan Stick Insect yang kedua.

Alhamdulillah~

Kali ni, saya mesti berhati-hati supaya tidak terlepas lagi.

Peluang sudah ada, cuma kesabaran yang tinggi perlu ada.

Takut-takut patah pula badannya, maklumlah ‘stick’, kayu kan boleh patah.

Moral dan Noktah!

Dari cereka belalang & nyamuk sehinggalah kisah perjalanan mendapatkan cicada dan stick insect, pelbagai pengalaman saya dapat.

Benarlah kata-kata, pengalaman adalah guru yang paling efektif. Belum cuba belum tahu.

Semoga saya beroleh manfaat yang berguna di hari muka.

Gambar Cicada tu adalah species terbaru mengikut apa yang dinyatakan oleh Dr. Azman, penyelia kami.

Gambar Stick insect tu terpaksa saya ambil daripada Internet, tidak sempat capture sendiri punya.

Mungkin post yang akan datang saya akan lampirkan gambar tersebut. InsyaAllah.

Wallahu’alam.

p/s: InsyaAllah, post seterusnya saya cuba ketengahkan cerita mengenai kerja lapangan saya. Salam Imtihan buat semua Mahasiswa IPT! Sayang kalian ketat-ketat. 🙂

Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


2 thoughts on “Kisah Entomologist”

Leave a Reply to Shaza Sharlily Shahira Cancel reply