Menjadi Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum dan salam hormat,

seperti yang aku tulis dalam posto-posto sebelum ni, semenjak dua menjak ni, aku makin suka membaca buku-buku ilmiah, kali ni aku nak kongsi rahsia kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah. Buku yang bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah. Aku pun belum habis membaca buku tersebut secara keseluruhannya.

Apa yang menarik minat aku membaca buku ini adalah bahagian yang menghuraikan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pelajar tidak kira sama ada di peringkat rendah sehingga peringkat Universiti untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dari segi sahsiah juga.

Siap ada autograph Nik Nur Madihah lagi.. kah3, tapi tanda tangan tu bonda ku yang minta kerana alang-alang Nik Nur Madihah beri ceramah untuk pelajar-pelajar di SAM BBST, tempat bonda ku mengajar. Jangan salah sangka yang aku menggunakan bonda ku untuk mendapatkan buku dan autograph Nik Nur Madihah tu, ya lah, perkara yang begitu kecil boleh di perbesar-besarkan hanya kerana salah faham. Lagipun masa tu aku berada di Kulim, Kedah untuk proses menyiapkan projek Intel ISEF tu la…

Continue reading “Menjadi Pelajar Cemerlang”

Petikan Artikel dari Berita Harian Online

assalamualaikum,
story bab2 medic ni, aku suka sangat-sangat, mungkin cita-cita aku mendorong aku membaca artikel2 pasal medic, so, post kali ni aku cuma petik dari artikel dalam akhbar berita harian. Aku petik dari Berita Harian Online.

Kalau rasa nak baca, baca la.. tapi yang pasti tak ramai yang berminat nak membacanya…
Artikel ini mengisahkan seorang doktor lelaki, tentang pengelamannya sebagai seorang doktor..
So, renung-renungkn lah, bukan senang hendak menggalas cabaran sebagai seorang doktor.

Continue reading “Petikan Artikel dari Berita Harian Online”

2 minggu untuk bersedia??

assalamualaikum,

Saat untuk pi USA semakin berdebar-debar, adakah aku dah bersedia???…. Sekarang ni pun aku masih dalam proses membetulkan beberapa bahagian dalam thesis. Presentation pun aku rasa was-was.

Aku berusaha sekuat mungkin untuk bersedia menghadapi satu pertandingan yang terbesar yang pernah aku sertai. Bahan untuk presentation masih dalam proses pembuatan, harap-harap semua berakhir dengan penghabisan yang baik. Insya-ALLAH.

Pada masa yang sama, aku tertekan dengan macam-macam study field, aku sekarang dah dapat tawaran masuk matrik, lepas tu dapat pulak untuk ke mesir, tapi yang mesir tu kene guna duit sendiri, masuk tahun ke-dua baru boleh dapat tajaan. aku mana ada duit, banyak oww belanja di sana…

Continue reading “2 minggu untuk bersedia??”

udah lama tidak update

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

huh, penat sungguh, dalam sebulan ni macam2 yang ak dah buat, sampai blog pun ak lupa nak update….
aku dah jdi biasa dgn benda2 macam ni, ak asyik ulang alik, sepang-kulim….

Memang tak dapat dinafikan, rasa boring yang amat…. hehe… tpi nk buat macam mana en, sudah terpilih antara yg terbaik, tepaksa la aku laksanakan dengan sehabis baik, haha, teringat pulak slogan pengakap; “buat habis baik”….

Lagi satu, mesti ade yang tertanya2 ape yang aku buat sampai bz gitu, untuk pengetahuan semua yang menyempit di blog ni, aku akan menyertai satu pertandingan Intel ISEF pada 10-15 may 2009…. venue pertandingan tersebut ialah di Reno, Nevada, USA…. pertandingan ni sangat2 dikenali dalam kalangan pelajar2 SBP n MRSM….
nak dikatakan ak ni best student, xde la sangat… standard dengan bdk2 biasa saja…. tapi tu la, asal je event besar2 macam ni, orang lain ingat aku ni ‘best student’.

Sejak awal tahun 2009 lagi aku sibuk dengan projek ni, saat mentari 1 januari muncul, aku sudah merasa gerun n serba tak kena…. ye la, aku ni bukannya ‘teror’ sangat… rasa gelisah dengan kemampuan diri aku….
sering kali ak bermonolog; “mampukah aku??”….

Masa aku still bergelar sbg pelajar mrsm lg, macam2 request dari geng satu batch aku, mintak macam2 ar, sedangkan masa tu, ak tak da feel langsung nak pi oversea…. actually, projek yang aku bwat tu asalnya berkumpulan, tetapi MARA memilih projek ak sebagai projek individu, saat tu aku rasa; “argh!! lepas ni aku nak tarik diri ar, aku pass kat acap je”…. mmber yang bwat projek same2 dgn aku tu, nme dye asyraf mohd nor, aku panggil dye acap la, memang sinonim pun dengan perangai dye… hehe… sori acap….

ini lah acap...
ini lah acap...

Malangnya, cikgu memilih aku untuk menyambung projek tersebut, adoi!!… aku baru rasa nak relax… tpi tak pe, aku fikir banyak2 kali, macam2 yang aku dapat dari bulan 1 smpai la bulan 4….. perjalanan hidup aku sepanjang 4 bulan ni rasa macam ketat dan rumit… sepanjang aku berada di maktab, aku asyik lepak dalam lab fizik je, kadang2 sembang dengan abang makmal n cg anuar merupakan perkara yang paling buat aku rasa geli hati n rasa tak boleh tahan lagi rasa nk gelak yang amat… sampai bila-bila aku tak kan lupa saat manis itu. hehe… part cg anuar n cg jafni duk sembang pasal kereta proton yg baru tu, Exora… haha… sampai sekarang aku rasa nak tegelak lagi…

story dye macam ni, kereta proton exora tu baru je launch malam sebelum diorang sembang pasal kereta tu, cg anuar pun kata ar; “kalau bumper depan Exora tu bentuk curve, awal2 aku dah tempah…..[cg anuar tak suka bumper yg tajam, xcantik bg dye], cg jafni pulak kata;” aku tak setuju part engine ja, 1.6 liter, larat ka kereta tu, pastu pakai timing belt, sepatutnya kereta besar macam tu pakai timing chain”…[lebih kurang gitu la dialognya]… pastu abg makmal(abg zaidi) kata; ” ada ka duit nak beli??”… haha…. sume dok bahas dengan opinion masing2, sepanjang hidup aku, ak tak pernah nampak cg2 mrsm especially lelaki dok berdebat… rasa syok pulak dengar diorang berdebat…. haha…. kira ni la kenangan paling indah sepanjang aku duk kat mrsm pdrm… aku rasa makin kamcing plak dgn cg anuar.. hehe….

Top Secret Room... hehe
Top Secret Room... hehe
Cg Jafni in Adib's car
Cg Jafni try drive kereta adib

Gambar kat atas tu diambil oleh aku sendiri pada hari keluarnya keputusan SPM 2008. Kadang2 aku rasa seronok bila dapat duduk sama2 dan lepak sama2 cg anuar, cg jafni, abg zaidi(abg makmal) n abg wan(abg makmal). Kalu masa bergurau memang lawak, sampai ak rasa tak abih2 nak gelak. Tapi inilah dinamakan pengalaman manis aku, sepanjang hidup aku sebagai pelajar, cg2 kat mrsm lah yang mengajar aku untuk menjadi pemimpin, menjadi orang yang berguna yang bukan saja taat kepada ibu bapa malah kepada agamanya serta mengajar aku untuk menghormati orang lain dengan kata lain menjaga habluminallah dan menjaga habluminannas.

Pn. Padzilah(pengetua) dan Cg Nik Sobariah(cg +math ku)
Pn. Padzilah(pengetua) dan Cg Nik Sobariah(cg +math ku)

TERIMA KASIH CIKGU

newbie~

PERHATIAN!!

salam, huk3… aku bru saja ingin berjinak-jinak dalam dunia blog nih… haha…
kadang2 tengok senior punya pun rse jeles pun ade… kui3… ak akan memanfaatkan kemudahan ini untuk berhubung dgn kamu, kamu dan kamu… huk2….

dalam gambar diatas anda boleh nampak mcm2 bende….**mmg la bende…
kat board tu, korang bole nmpak signature dri DINO **bg sape2 yg mengenali dye la…
mcm2 perkara yg melibatkan ak dgn coverwalk nih… huk3…
hari2 ikut jalan yg sme je nk pi mktb…
akhirnya, ak dpt keputusan yg tidak memberansangkan…
walaubagaimanapun, ak bersyukur, mungkin ini saja lah yang mampu ak usaha kan….

kepada yg sedih diatas keputusan SPM yg tidak mmberansangkn itu, anda bole lah bersedih bersama-sama dgn aku… huk3…

teka teki imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

> Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”  Murid 1 = ” Orang tua ”  Murid 2 = ” Guru ”  Murid 3 = ” Teman ”  Murid 4 = ” Kaum kerabat ”  Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah ali-Imran:185).
> Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”  Murid 1 = ” Negeri Cina ”  Murid 2 = ” Bulan”  Murid 3 = ” Matahari ”  Murid 4 = ” Bintang-bintang ” Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang  lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini?”  Murid 1 = ” Gunung ”  Murid 2 = ” Matahari ”  Murid 3 = ” Bumi ” Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia?”
> Murid 1 = ” Baja ”
> Murid 2 = ” Besi ”
> Murid 3 = ” Gajah ”

> Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH Surah Al-Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT  meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin)di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya  berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

>Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”  Murid 1 = ” Kapas”  Murid 2 = ” Angin ”  Murid 3 = ” Debu ”  Murid 4 = ” Daun-daun”  Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini” Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang ”

> Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

SAVE GAZA
SAVE GAZA