Perubahan Alam

Kehidupan

Bismillah.

Sering kali kita tertanya, apakah hakikat penciptaan lalat di muka bumi. Apa yang kita tahu hanyalah mengeluh sekiranya serangga tersebut menggangu mood kita untuk mengisi perut. Begitu juga hakikat penciptaan kita. Kita berbicara tentang tangan dan kaki pada hari ni.

Tangan dan Kaki

Jika diamati, tanpa tangan dan kaki di atas muka bumi ini, kita tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti seperti mengangkat barang-barang, berjalan, menyepak bola, menangkis lawan, menulis dan sebagainya. Tetapi adakah kalian pernah terfikir, di manakah asal usul tangan dan kaki kita? Adakah sejak kita lahir di dunia atau sejak kita membesar di dalam kandungan ibu kita?

Tentunya sejak kita membesar di rahim ibu dan bukannya secara tiba-tiba tangan dan kaki tumbuh sebaik sahaja kita lahir, kan kan kan? Kemudian, secara logiknya adakah pernah kita terfikir apa rasionalnya penciptaan tangan dan kaki sejak dari alam rahim lagi. Dengan kegunaan yang terhad, ruang yang sempit. Adakah kita menggunakan tangan kita untuk makan semasa di dalam kandungan ibu? Adakah kaki untuk melompat-lompat? Jika menendang perut ibu itu mungkin juga. 😀

Tetapi, sebaik sahaja berubahnya sesebuah alam, dari alam rahim ke alam fana (dunia), tangan dan kaki itu amat berguna kepada kita untuk melaksanakan agenda seharian kita. Sama juga dengan amal ketakwaan kita kepada Allah, mungkin kita tidak nampak apakah kegunaannya di atas muka bumi ini. Namun, sebaik sahaja alam dunia ini digantikan dengan alam barzah dan seterusnya akhirat, maka perkara itu yang menjadi taruhan.

Malah, perkara pertama yang ditanya kepada kita sebaik dikebumikan adalah tentang solat kita. Dunia hari ini, sudah lali dengan remaja yang tidak solat, gagal memenuhi tuntutan fardhu yang merupakan salah satu rukun islam. Islam hanya pada nama. Salah siapa? Jika ibubapa sudah beri nasihat dan tunjuk ajar sejak dari kecil, tetapi masih melakukan perkara yang sama. Jika ditanya pandai pula menjawab dengan “lambat sikit tak apa, masa tua nanti bertaubat la”.

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Ya, mati itu suatu kepastian. Paling dekat adalah MATI, paling jauh dengan kita adalah masa yang telah berlalu. Manusia, kita ini sering pelupa. Peranan orang sekeliling untuk saling memperingati.

Musim Menuai makin tibaAkhir kata | Sekadar analogi, sebagai satu peringatan kepada kita semua. Segalanya bergantung pada diri kita. Jangan sombong untuk berdoa, Allah sentiasa menunggu hamba-hambanya untuk terus bermohon kepadanya. Jika tidak meminta bagaimana Allah ingin kabulkan. Kisah tangan dan kaki ini, hasil daripada perkongsian bersama Ustaz Majid, ahli Kariah Masjid Makmur Kg. Giching. 🙂

Wallahua’lam.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


4 thoughts on “Perubahan Alam”

Leave a Reply to Muhammad Afiq Cancel reply