Sharing Moment

Perkongsian

Kadang-kadang kalau sertai apa-apa aktiviti pasti tak terlepas dengan aktiviti perkongsian. Pelbagai perkara bermain di benak fikiran, mana satu nak di ceritakan. Bagi saya, ketika sharing moment tu saya ceritakan semua yang ceria belaka. Jarang, sangat jarang dan tersangat jarang saya cerita perkara yang sedih.

Bukan tak mahu cerita, tetapi orang yang mula-mula memberikan sharing moment sudah pun menceritakan kisah sedih. Tambah pula dengan esakan orang lain. Lagi la serba salah jadinya.

Sebaik sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tamat, seingat saya ketika itu kertas fizik. Malamnya adalah majlis makan malam bersama 1 batch SPM 2008 peringkat MRSM PDRM,Kulim. Turut dimeraikan adalah guru-guru yang telah mendidik kami. Pagi esoknya, keadaan blok asrama sudah pun semakin lenggang.

Suasana ceria, riuh bertukar kepada suram, sunyi. Jika di baling batu dari tingkat atas, pasti kedengaran gema dari batu yang terlantun tersebut. Saya rindukan saat riuh dulu. Jarang dapat dirasai pada saat ini. Tanyalah pada sesiapapun, pasti diakui zaman persekolahan adalah yang terbaik!

Saat kaki menjengah keluar dari blok asrama, dengan harapan dapat meminta pertolongan dari warden untuk dihantar ke stesen bas. Bangun pagi awal dengan semangat sebab bas plusliner bakal bertolak pada tengah hari. Ketika itu, mungkin darah muda lagi remaja yang mengalir dalam badan ni aktif, kesabaran itu satu sifat yang sukar dikawal. 😀

Akhirnya dapat la juga jumpa seorang warden, maklumlah cuti sekolah kebanyakan warden tiada di asrama. Pertolongan di saat genting begini turut mengundang kemarahan. 😀 Darah muda sekali lagi teruji, tatkala pertolongan yang dipinta tidak dapat dipenuhi. Dalam hati saya memaki hamun cikgu tu. Walaupun beliau tidak mengajar saya, entah kemana hilangnya rasa hormat saya kepada seorang guru telah menyebabkan saya memaki cikgu itu dalam hati.

Nak kata kat sini Allah nak tunjukkan keberkatan seorang guru tu, buktinya dalam keputusan SPM ada salah 1 subjek kegemaran saya peroleh gred 3B. Cikgu yang mengajar subjek tersebut pun terkejut. Tapi hasil dari muhasabah diri sendiri, akhirnya saya akur mungkin ni harga yang perlu dibayar atas kesilapan saya dahulu.

Bersambung kisah pulang, warden tak dapat tolong terpaksa la abih duit nak sewa teksi. Malangnya saya betul-betul kering masa tu. Nak p bank tak sempat dah, jam menunjukkan lagi sejam sebelum bas bertolak. Hasil pertolongan sahabat yang masih ada di blok tu, dapat la jua saya kumpul RM 6.00. Ketika tu hati sebenarnya dah cuak, macam mana la nak balik ni. Dengan teksinya mai lewat. Duit tak cukup. Nak mintak tumpang kawan, macam tak sanggup. Kereta depa dah penuh.

Akhirnya teksi yang ditunggu muncul jua, syukur Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui keadaan hati saya ketika itu. Sempat jua ke stesen bas. Hari itu dirasakan terlalu panjang, disebabkan berbagai peristiwa saya tempuhi. Sebaik sampai stesen Puduraya, tunggu keluarga, sebab dah lewat malam. Nak naik bas lompat dah tak ada.

Naik sahaja kereta, entah mengapa tiba-tiba dada terasa sebak. Menangis! Menitis air mata ku. Dengan tersesak-esak, bapa ku berkata ” maafkan bapak, tak dapat ambil fikri kat mrsm.” Saya membalas, ” bukan sebab tu fikri menangis, tapi mengenangkan kawan-kawan yang fikri paling sayang kat sana”. Saya akui, zaman di MRSM saja saya kenal apa itu erti ukhuwah yang sebenar. Sikap tolong menolong memang aspek paling penting dalam hidup berasrama. Tanpa sahabat, rugi kita. Batch saya memang banyak masalah, tapi dengan masalah tersebut mengajar saya untuk tidak menimbulkan masalah yang sama pada masa hadapan. Saya banyak belajar daripada peristiwa yang berlaku ketika zaman tingkatan 4 dan 5.

Mungkin orang kata, “emo la budak ni”, “sensetif la mamat ni”. Tak kisah, tapi itu yang saya rasa. Perasaan itu wujud dari kurniaan Allah. Itu bezanya kita dengan haiwan. 🙂 Kita mudah menghukum orang lain dengan peraturan yang kita rasakan betul. Itu adalah kelemahan kita yang terbesar.

Tidur, makan, celik mata, projek sains Intel ISEF. Akhirnya dah hampir tiba pula saat pengumuman keputusan SPM, Alhamdulillah capai target walaupun tak seberapa nak dibanding dengan sahabat yang cukup mantap. Datang pula surat tawaran dari MARA untuk taklimat dari Medic Mesir.

Persoalan dari mak; ” nak sambung mana ni?”

Saya membalas; ” medic mesir boleh mak?”

Mak; “Banyak tu duitnya. Mak boleh keluarkan, tapi guna duit simpanan le”

Saya;”tak apa la mak, fikri ambil matrikulasi je la, mana tahu dapat sambung medic dalam negara”

Dalam hati, saya merasa risau akan adik-adik saya. Memandangkan mak nak melaburkan duit simpanannya untuk pembelajaran medic mesir, sebagai anak yang paling tua, saya rasa cukup serba salah sekiranya suatu masa nanti duit yang sepatutnya digunakan untuk adik-adik saya tidak ada. Biarlah saya simpan niat nak belajar bidang perubatan, dengan niat adik saya nanti dapat menyambung semangat saya untuk menjadi seorang doktor muslim.

Sengaja saya tak ceritakan isi hati saya pada mak saya, walhal dalam setiap perkara, mak saya la yang pertama saya kongsi. Tapi dalam hal ini biarlah saya pendam. Akhirnya takdir tidak menyebelahi saya, cita-cita untuk bergelar doktor melalui program matrikulasi terkubur. Cita-cita kedua adalah untuk bergelar saintis. Maka dengan itu program sains biologi menjadi pilihan saya.

Bermula dari saat sekarang, saya bersungguh dalam setiap perkara yang saya lakukan. Niat nak sambung kembali projek Intel ISEF, dengan harapan yang ditinggalkan oleh cikgu fizik saya, cikgu Jafni Ghazali. InsyaAllah.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


2 thoughts on “Sharing Moment”

  1. sedih pulak baca entry ni. akak pun penah rasa mcm ni…. Mcm2 pengalaman yg dpt masa kt mrsm dulu. n kt situ la akak kenal apa itu usrah, apa itu menutup aurat dgn cara yg sebetul-betulnya n bermulanya perjalanan dlm bidang ‘ni’ adalah atas kesedaran dr situ. Pengalaman kt sana mmg x leh dilupakan… Cikgu zul banyak bg nasihat n buka mata student2

    Reply
    • yup, cikgu zul banyak beri kesedaran, sampai satu tahap saya merasakan beliau turut berada dalam jalan ini. pengalaman di MRSM adalah pendedahan pertama kepada saya.

      Reply

Leave a Reply to Norain Izzati Mohd Daud Cancel reply