Sejauh mana harus percaya

Sebelum kita tidur, pernah atau tidak kita mensyukuri nikmat Allah? Adakah sebaik sahaja bangun kita juga lupa menyatakan syukur atas nikmat hidup yang diberi? Adakah kita juga pernah berniat dan berdoa agar dikurniakan nikmat nyawa untuk hidup sebelum kita tidur? Pasti tidak! Sedarlah! Meskipun tidak diminta nikmat nyawa, Allah tetap memberi kita peluang untuk hidup …

Baca lagi

Tahap pemikiran

[polldaddy poll=5868588] Baru-baru ini saya teruja dengan keterbukaan Kerajaan memberikan baucer buku yang bernilai RM 200. Sangat menarik. Makin mendalam minat saya dalam membaca pelbagai jenis buku. RM 200 cukup untuk membeli buku-buku yang selain akademik. Buku-buku yang bersifat mengasah pemikiran untuk menjadi lebih matang. Matang dalam membuat keputusan, tindakan dan terbuka dengan pandangan orang …

Baca lagi

Perkongsian

Seorang sahabat tergesa-gesa ke pintu hadapan. “Kcack~!” Bunyi tombol pintu dibuka. Kalih perhatian sebentar daripada melihat paparan komputer. “oh~ Azfar” getus dalam hati ku. Sambil menguis kakinya mencari-cari selipar, Azfar bersuara; “Ada sesiapa nak tempah apa-apa tak? Ana nak ke ‘Seven E’ ni.” Meninjau keadaan sekeliling, ada lagi sahabat yang masih berjaga. Jam menunjukkan tepat …

Baca lagi

Kisah Entomologist

Fatrah Peperiksaan Setiap hari singgah di wordpress, bukan tiada 1 idea atau pengalaman untuk dikongsi. Namun, sifat terburu-buru saya dalam mengejar itu, mengejar ini telah mengekang seketika idea yang mencurah-curah. Esok (6 Jan 2012), tepat 3.30 petang peperiksaan pertama major Biologi. Hari selasa lalu peperiksaan Geomorfologi Tropika. Hanya mampu berserah setelah berusaha, Tawakal~! Ketepikan sebentar …

Baca lagi

Sampai Menutup Mata

2 minggu lagi pertarungan di medan peperiksaan bakal tiba. Fatrah peperiksaan kian membara. Namun, jauh di sudut hati kecil, “apakah usaha yang dilakukan selama ini diterima Allah?” “Apakah kemudiannya nanti, keputusan yang bakal diterima adalah yang diharapkan?” Fitrah Manusia tidak pernah berhenti menimbulkan persoalan. Kadangkala negatif, kadangkala positif. Motivasi seseorang terhadap sesuatu perkara kadangkala bergantung …

Baca lagi

Geomorfologi Tropika

Geomorfologi Tropika Subjek yang tidak disangka-sangka untuk di ambil sebagai pilihan bebas. Ada juga yang meragui perkaitan pilihan kami dengan bidang yang kami ambil. Perkaitan ini biologi, struktur yang bukan sahaja boleh ditafsirkan melalui teori. Malah, praktikal yang seharusnya diutamakan. Kemahiran berfikir sangat diperlukan. Perkaitan hakisan tanih dengan biologi boleh dikaji dengan mendalam. Itulah tugas …

Baca lagi

Kamu memberi, kamu terima kembali.

Suasana Kedai Makan Keadaan cemas seketika. Sedang Mat menunggu pelanggan untuk menerima pesanan, terlihat kelibat sang bapa sedang menampar anaknya. Bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan. Mata sang bapa jelas menunjukkan api kemarahannya. Sang ibu terdiam seribu bahasa. Hanya mampu melihat tatkala sang bapa sedang menegur anaknya akan kesalahan yang telah dilakukan. Mat seakan terpana dengan …

Baca lagi

Kembara Hujung Minggu

Kembara seorang hamba dalam mengenali Tuhannya turut melibatkan pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga dan segalanya. Meskipun masih belajar di peringkat permulaan sebagai jurugambar, saya terasa sungguh besar nilainya sebuah gambar dalam berdakwah. Terbit pula idea untuk membentuk blog baru yang pendekatannya lebih kepada gambar sahaja. Berbalik kepada niat asal saya untuk ber-blog, melatih diri ini menulis …

Baca lagi

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Bekerja ternyata melahirkan rasa penat. Seharian ditemani dewan kuliah, bersama persatuan, pasti melahirkan rasa penat. Namun, dalam kepenatan kita ada sahaja masalah yang timbul apabila melibatkan pihak kedua, kerjasama. “Ah! Penat lah!” “Relax la dulu, lambat lagi nak hantar ni” “Kalut la hang ni” “Malas la weh.” Niat yang ikhlas untuk membantu akhirnya terbantut dek …

Baca lagi

Perubahan Satu Kemestian.

Bismillah. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah berikan. Bulan ini, berhempas pulas dengan segala tugasan dan berperang pula dengan kertas peperiksaan Mid-Sem. Bulan ini juga tahun baru Hijrah bakal menyusul. Tahun ini 1432 Hijrah, banyak perkara telah berlaku. Minggu depan, InsyaAllah tahun 1433 menyusul. Kesempatan ini Saya memohon ampun & maaf sekiranya pernah suatu …

Baca lagi