Cinta ku pergi dirindui, Bahagia bersama dirai

Bismillah. Alhamdulillah, Sebulan sudah kita berpuasa. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah. Jika bertambah lagi bagus. Terasa sekejap sebulan Ramadhan pada tahun ini. Kesibukan menguruskan Pesta Konvokesyen ke-39 UKM, mungkin salah satu faktor yang mempengaruhi. Pelik juga, tahun-tahun lepas tidak begini. Dulu-dulu, zaman kanak-kanak suka tanya diri sendiri; “Bila la bulan puasa nak habis ni? …

Baca lagi

Untunglah…

Bismillah. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bersama keluarga untuk Ramadhan kali ini. Tidak lupa juga kepada sahabat yang berkorban jiwa dan raga demi menguruskan gerak kerja Pesta Konvokesyen ke-39 UKM. Ada yang beraya di UKM, pergh~ pengorbanan yang besar tu. Jika kita memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah pasti membalas budi kalian. Program Pra-Pesta Konvo Sekretariat …

Baca lagi

Saudara di KMKulim

Post kali ini mengenai Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) untuk dua program pengajian di Kolej MARA Kulim. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Persediaan Keusahwanan sains Universiti Malaysia Kelantan. Jumaat (20 Mei 2011) Ketibaan Ahli Jawatankuasa Orintasi (AJKO), bukan main gempak ayat ni. 😀 Padahal, hari ini sepatutnya kesemua AJKO sudah berada di KMKu, …

Baca lagi

MUET

assalamualaikum, Malaysian University English Test (MUET) adalah satu ujian yang wajib untuk para pelajar yang akan memasuki peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi, terutama IPTA. Ujian ini bertujuan mengenal pasti tahap membaca, menulis, mendengar dan bercakap dalam English. Dalam ujian ini, keputusannya ditentukan melalui aras yang dikenali sebagai band. Terdapat 6 band kesemuanya. Tahap …

Baca lagi

Menjadi Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum dan salam hormat,

seperti yang aku tulis dalam posto-posto sebelum ni, semenjak dua menjak ni, aku makin suka membaca buku-buku ilmiah, kali ni aku nak kongsi rahsia kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah. Buku yang bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah. Aku pun belum habis membaca buku tersebut secara keseluruhannya.

Apa yang menarik minat aku membaca buku ini adalah bahagian yang menghuraikan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pelajar tidak kira sama ada di peringkat rendah sehingga peringkat Universiti untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dari segi sahsiah juga.

Siap ada autograph Nik Nur Madihah lagi.. kah3, tapi tanda tangan tu bonda ku yang minta kerana alang-alang Nik Nur Madihah beri ceramah untuk pelajar-pelajar di SAM BBST, tempat bonda ku mengajar. Jangan salah sangka yang aku menggunakan bonda ku untuk mendapatkan buku dan autograph Nik Nur Madihah tu, ya lah, perkara yang begitu kecil boleh di perbesar-besarkan hanya kerana salah faham. Lagipun masa tu aku berada di Kulim, Kedah untuk proses menyiapkan projek Intel ISEF tu la…

Baca lagi