Burger Bakor!

Hobi yang paling saya suka lakukan adalah menunggang motorsikal sendirian. Pelik? Mungkin juga salah satu ‘usaha’ untuk menyingkirkan elemen negatif, siapa sangka? Bila balik rumah, cerita hobi ‘baru’ ini, siap kena syarah dengan orang tua. Risau dengan keselamatan, zaman sekarang bukan orang perempuan sahaja jadi mangsa jenayah, lelaki tidak berkecuali. Suatu malam yang ditemani hujan …

Baca lagi

Apa Erti 21 Tahun Bagi Fikri?

Apa Erti 21 Tahun Bagi Fikri? 2 tahun yang lalu, “Mak, nanti fikri nak pilih yang dekat-dekat je la” – kata fikri kepada emaknya. “Baguslah, boleh balik selalu, cukup lah dah jauh-jauh sebelum ni” – balas emak pula sambil meneliti buku-buku latihan anak muridnya. Acap kali aku melihat kudrat si ibu, kadang-kadang bersengkang mata semata-mata …

Baca lagi

Usrah Kek Coklat

Undangan diterima untuk pertemuan singkat. Khabarnya meraikan beberapa abang-abang dan kakak yang akan bergraduasi pada bulan 10 akan datang. Sedaya upaya saya berusaha mengosongkan tarikh tersebut, agar pertemuan ini dapat direalisasikan meskipun terdapat beberapa kekangan. Terkenang zaman sibuk, di kala orang cuti kami bersama meredah suasana Bandar. Segala hiruk pikuk kesibukan kenderaan, berpuasa dan berbuka …

Baca lagi

Percayai dan memahami

Dalam proses latihan, tarbiah dan kaderisasi, perkara yang selalu dilupai adalah, proses untuk melahirkan pelatih yang lebih hebat dari sang jurulatih. Caranya? Berikan KEPERCAYAAN kita kepada mereka. Percaya dan memahami Biarpun kita sering dipanggil untuk melakukan sesuatu yang kena pada skil tersendiri, hakikatnya kita lupa untuk berkongsi. Kita lupa bahawa skil yang ada pada kita, …

Baca lagi

STAB 2322 : Genetik Kuantitatif

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Sikap tegas dalam sesuatu perkara sangat di tuntut, kerana sikap yang biasa dengan kita sebagai manusia biasa adalah sikap mengambil mudah akan sesuatu perkara. Namun, dalam ketegasan itu juga ada segelintir daripada kita ini kurang menyenangi sikap ketegasan ini. Post ini bukan bertujuan untuk membodek apatah …

Baca lagi

Berkongsi sekadar termampu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. [youtube=https://www.youtube.com/watch?v=6-OtuuV9IqA] Banyak perkara yang saya pelajari di awal semester ini, soal pengurusan masa, soal keintelektualan, soal hati, dan yang paling penting adalah soal kehidupan. Kehidupan sebagai seorang pelajar atau mahasiswa (peringkat saya sekarang), sangat menuntut komitmen yang tinggi. Soal keperluan sangat dititik beratkan berbanding kemahuan. Percaya …

Baca lagi

Semangat : Pastikan tidak luntur

Kutapakkan langkah dengan pasti, Kurentangkan panji di tiang tertinggi, Tinggalkan rayuan kemewahan dunia, Demi bangkitkan agama dan bangsa! Melangkah dengan pasti! Cabaran yang paling besar bukan terletak pada kekuatan yang ada pada musuh atau pun lawan. Kita sering menyangka sesuatu yang terlalu jauh. Mengabaikan sesuatu yang lebih dekat. Halangan dan cabaran yang paling besar adalah …

Baca lagi

Autonomi Universiti : Tahniah UKM!

Lima universiti diberikan kuasa autonomi dalam membuat keputusan melibatkan urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik. Kuasa ini sangat bertepatan dengan konsep kebebasan akademik yang acap kali kedengaran dilaungkan mahasiswa seluruh Malaysia belakangan ini. Selain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terdapat empat universiti lain yang terlibat dengan perubahan ini antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti …

Baca lagi

Tahap pemikiran

[polldaddy poll=5868588] Baru-baru ini saya teruja dengan keterbukaan Kerajaan memberikan baucer buku yang bernilai RM 200. Sangat menarik. Makin mendalam minat saya dalam membaca pelbagai jenis buku. RM 200 cukup untuk membeli buku-buku yang selain akademik. Buku-buku yang bersifat mengasah pemikiran untuk menjadi lebih matang. Matang dalam membuat keputusan, tindakan dan terbuka dengan pandangan orang …

Baca lagi

Kamu memberi, kamu terima kembali.

Suasana Kedai Makan Keadaan cemas seketika. Sedang Mat menunggu pelanggan untuk menerima pesanan, terlihat kelibat sang bapa sedang menampar anaknya. Bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan. Mata sang bapa jelas menunjukkan api kemarahannya. Sang ibu terdiam seribu bahasa. Hanya mampu melihat tatkala sang bapa sedang menegur anaknya akan kesalahan yang telah dilakukan. Mat seakan terpana dengan …

Baca lagi