Panduan Padam Data Peribadi

Salam sejahtera!

Jika anda merasakan perlu untuk memadamkan data peribadi anda yang telah dimasukkan ke dalam laman web ini, boleh ikuti dua pilihan dibawah.

Muat Turun & Pindah Data Peribadi

Langkah pertama, pastikan anda lihat panel kiri anda dan cari butang Tools > Export Personal Data.

Export Personal Data 2

Kemudian anda akan dibawa ke satu halaman baru.

Di situ, anda boleh isikan email anda untuk saya semak kemudiannya.

Export Personal Data 1

Padam Data Peribadi (Erase Personal Data)

Untuk bahagian kedua, jika anda sudah pun memuat turun data peribadi, anda boleh memohon untuk memadamkan data peribadi yang ada di dalam laman web ini.

Caranya adalah dengan mencari butang Tools > Erase Personal Data.

Erase Personal Data 1

Setelah itu, anda akan dibawa ke satu halaman baru untuk di isikan maklumat seperti nama pengguna dan email yang berkaitan dengan akaun anda tersebut.

Erase Personal Data 2