Penunjuk perasaan?

Photo of author

Fikri Mastor

1 Comment

Kehidupan

Makin teruk pula kisah tragis ni. Baru-baru ni, pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia dilaporkan menerima serangan ikan busuk. Kelakar tapi itu lah kenyataannya.

Penunjuk Perasaan Makin Biadap

JAKARTA: Penunjuk perasaan di Jakarta terus bertindak biadap terhadap Malaysia apabila membakar Jalur Gemilang ketika mengadakan tunjuk perasaan di luar Pejabat Kedutaan Malaysia di Kuningan di sini, semalam.

Penunjuk perasaan yang menggelarkan kumpulan mereka Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) turut melempar Jalur Gemilang yang dibakar ke dalam perkarangan pejabat kedutaan.
Tidak cukup dengan itu, mereka melempar telur busuk, ikan masin dan tepung pada papan tanda pejabat kedutaan. Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika kira-kira 30 ahli GMHJ mengadakan tunjuk perasaan menerusi Ganyang Malaysia yang mahu rakyat Malaysia diusir dari Indonesia.
Kira-kira 150 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) mengawal ketat pintu masuk kedutaan bagi menghalang penunjuk perasaan bertindak ganas, tetapi berakhir 40 minit kemudian selepas diarahkan bersurai.

Penunjuk perasaan turut melaung Ganyang Malaysia dan membawa sepanduk anti-Malaysia.

artikel yang di petik dari Berita Harian Online.

https://www.bharian.com.my/articles/Penunjukperasaanmakinbiadab/Article/

 

Lebih menyedihkan sekali adalah, golongan aktivis ini terdiri daripada orang yang berpelajaran, Mahasiswa. Begitu sekali golongan belia di sana membenci Malaysia. Teringat lagi kata-kata salah seorang sahabat Rasulullah berkata ” Jika ingin melihat kemajuan sesuatu negara, maka lihatlah pada golongan muda nya.”

Kalau tidak silap,kes ini timbul katanya disebabkan “Malaysia mencuri budaya mereka”. Adakah ini benar? Umumnya, bukankah pihak pengkaji yang telah melakukan dokumentari khas mengenai sesuatu budaya. Lalu dikaitkan dengan Malaysia. Bagi pendapat peribadi, bukankah itu kesilapan pihak pengakaji? Mengapa Malaysia harus dipersalahkan?

Tidak dapat dipastikan samada pihak pengkaji tersebut adalah pihak National Geography atau National Discovery. Almaklumlah, hasil sembang kedai kopi dengan kawan-kawan. Tambahan pula, kita sebagai negara yang berjiran, adalah tidak patut perkara seperti ini berlaku. Sama-sama muslim(mungkin ada antara aktivis tu bukan islam),tidak sepatutnya bermusuh-musuhan. Seperti memberikan kelebihan kepada musuh-musuh Islam dalam menjatuhkan martabat Agama Islam ini.

Mungkinkah terdapat muslihat disebalik kes ini bertujuan menjatuhkan Malaysia mahupun Islam? Renung-renungkan.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


1 thought on “Penunjuk perasaan?”

  1. Artikel Ramadhan :

    1.Bila Lailatul Qadar 1431H ? : http://wp.me/piAx4-2KH

    2.Jadual Lailatul Qadar : http://wp.me/piAx4-2K6

    3. Lailatul Qadar Hadiah Allah Kepada Kita : http://wp.me/piAx4-2LT

    4. Lailatul Qadr : http://wp.me/piAx4-Lj

    5. Kapan Lailatul Qadar itu ? : http://wp.me/piAx4-Pi

    6. Pencarian lailatul qadar : http://wp.me/piAx4-Qj

    7.Malam Lailatul Qadar : http://wp.me/piAx4-Pw

    8. MENGGAPAI LAILATUL QADAR : http://wp.me/piAx4-OH

    9. LAYLATUL QADAR : http://wp.me/piAx4-Qk

    Reply

Leave a Comment