Cara simpan cili tahan lama yang saya sendiri baru cuba buat. Alkisahnya begini.
Ada satu hikayat, lucu bila teringat.
“Buat apa la beli cili banyak², sudahnya busuk je. Tak sempat pun masak semua dah hitam²”.
Nak jadi cerita, masa tu scroll fb, dan² ada orang kongsi tips simpan cili.
Mula² sangsi juga, biar betul boleh simpan sebulan. Mitos ni.
Baca pun dari portal membawang. Hahaa!
Mula tahun ni, dah mula amalkan buang tangkai selepas tuai.
Untuk mereka yang tanam sendiri di rumah, dan hasilnya untuk makan sendiri (kalau lebih boleh agih), elok simpan macam ni.
Biasa kalau beli cili siap bertangkai, terus simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu dah busuk.
Tong sampah lah yang kenyang.
Bila buang tangkai dan tambah 1 ulas bawang putih, simpan dalam peti ais, boleh tahan sebulan.
Tak percaya, boleh cuba.