Shutterstock: Lubuk Buat Duit Dengan Gambar

Photography

Siapa tidak kenal, lubuk buat duit dengan gambar iaitu shutterstock.

Lama sebenarnya tak kongsi mengenai industri stok imej, maklumlah kenal industri ni masa di ambang selepas graduasi dan mula bekerja, masa pun tak banyak.

Jika saya masih bergelar pelajar ketika ini, dan tahu berkenaan shutterstock mungkin akan aktif tangkap gambar.

Tahun 2015 buat akaun di shutterstock. Bila nak submit gambar dia akan ambil masa untuk pengesahan atau approval.

Bukan Senang Nak Buat Duit Dengan Gambar

Bahagian yang paling menyakitkan hati bila gambar kena tolak (reject). Terus rasa tak semangat.

Hari ini (setelah 5 tahun), saja tunjuk pada pelajar praktikal kalau ada masa lapang boleh cuba jual gambar guna telefon pintar.

Telefon macam Iphone tu boleh dah tu. Cuma kena tambah skill dan cara pandang kita dalam melihat sesuatu dari lensa kamera.

shutterstock buat duit dengan gambar
Gambar blur pun boleh dijual. Gambar asal

Gambar macam ni pun boleh juga jual. Mulanya saya tak percaya kata kawan tu. Yelah, gambar blur siapa-siapa pun boleh ambil.

Tak akan itu pun nak kena beli. Bagus bagi mereka yang ada masa lapang nak jadikan pendapatan pasif dengan menjual gambar boleh mula dengan shutterstock.

Saya tak pasti bagaimana proses permohonan sekarang, tak silap hanya memerlukan passport yang sah sudah mencukupi.

Boleh daftar dengan klik link berikut: Daftar Sebagai Contributor Shutterstock

Baca lagi penulisan saya tentang shutterstock:


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment