Mesir Baru

Kehidupan

 

Tidak tahu sebab yang paling munasabah untuk saya menulis artikel ini. Sedangkan esok adalah kertas terakhir, hari terakhir bergelar mahasiswa tahun 2 di pembukitan Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia. Hati ini tidak selesa, fokus untuk mengulang kaji.

Sedap sahaja nasihat orang lain untuk fokus, tapi diri sendiri tidak fokus. Mungkin saya terlupa dalam mengingatkan diri sendiri sebelum memberi peringatan kepada orang lain. Maka ini mungkin ‘hukuman’ yang perlu saya terima.

Harapan saya, sebaik sahaja penulisan ini saya salurkan di laman blog peribadi saya dan dikongsikan di isiukm.org, saya akan selesa mengulangkaji. Semoga Allah mengampunkan dosa hambaNya ini, dan memberi kemudahan serta kebaikan dalam setiap perkara yang diredhaiNya.

***

Minggu ini kita dikhabarkan dengan pengumuman yang sangat dinantikan oleh mata-mata dunia. Warga revolusi Mesir yang ingin melihat Mesir menuju kearah ‘New Egypt’.

Mesir yang baru!

Sukar untuk diterjemahkan oleh kata-kata, betapa bersyukur serta lega hati ini melihat pemuda-pemuda di sana begitu bersemangat. Cita-cita yang berkobar-kobar melihat perubahan terhadap tanah air yang mereka cintai.

Boleh dinilai dengan harga setiap titis air mata yang mengalir, raut wajah yang sangat sayu. Teringat akan pejuang-pejuang yang sekian lama menyumbang keringat dalam merealisasikan harapan melihat ‘Mesir yang baru’.

Paling menarik perhatian saya adalah sebaik sahaja bergelar Presiden Mesir, beliau tidak mengimpikan kegembiraan yang nyata. Sebaliknya, bagi Dr. Mursi, kemenangan ini menuntut pengorbanan yang tinggi, beban tanggungjawab yang sangat berat.

Gambar diatas jika diperhatikan dengan teliti, sangat menarik. Sekeping gambar yang sangat bermakna. Sesuatu yang sangat bernilai.

Bukan gambar Tuan Presiden yang digantung di dinding pejabat, bilik mesyuarat dan sebagainya. Tetapi kalimah Allah. Bagi saya ini adalah sesuatu yang baru serta unik.

Tidak pernah saya melihat perkara ini berlaku di negara-negara Islam yang lain.

Ini adalah pemimpin Idola saya.

Pemimpin yang meletakkan jawatan dalam parti demi memberi perhatian sepenuhnya kepada rakyat.

Ayuh saksikan ‘New Egypt’!

Fikri Arrazi
27 Jun 2012
12:00

Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment