Hakikat Pertemuan

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Setiap pertemuan pasti menemui perpisahan. Begitulah ketetapan yang sudah pasti, segalanya berpasangan. Tiada yang kekal dalam dunia ini.Tidak pula bermaksud ukhuwah ini hanya terhenti setakat ini sahaja.

Ukhuwah ini sangat dirindui bukan kerana faedah yang diperoleh dengan kesenangan.

Tetapi, ukhuwah ini diteguhkan dengan ketetapan hati serta keyakinan yang tinggi terhadap janji Allah terhadap hambaNya yang bersungguh. Allah pasti memberikan jalan kepada hambaNya yang sentiasa bersungguh dalam setiap gerak langkahnya.

***

Pagi ini ( 24 Jun 2012) pelbagai perkara yang diperoleh daripada kuliah subuh di Surau Bangi Perdana. Perkongsian yang menarik oleh Tuan Penceramah (tidak ingat namanya)

“Orang yang sakit jasadnya, tidak memberi kesan kepada orang lain. Tetapi jika sakit rohaninya, menyusahkan orang lain. #ISIHati”

Bagaimana perkaitannya dengan hidup bermasyarakat. Setiap hari kita tidak akan terlepas daripada ruang lingkup kemasyarakatan. Bersosial dan berhubung dengan orang ramai. Maka, setiap perhubungan itu pasti memberi kesan, pasti wujud interaksi yang membawa impak kepada kehidupan.

Tiada istilah hidup “aku aku, kau kau”.

Golongan yang wajib berinteraksi dengan masyarakat adalah golongan berilmu. Tiada istilah Ilmu itu milik aku, aku yang belajar. Maka aku sahaja yang berhak mengamalkannya, sedangkan masyarakat semakin kronik, masyarakat semakin ketandusan Ilmu. Lebih-lebih lagi adalah Ilmu Agama, penerang hati.

Lebih parah jika berkongsi pun tidak mahu, beramal pun tidak.

Allahu Rabbi~

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-‘Ankabuut : 69)



Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment