Tabiat Suka Berkira

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Mak : Fikri! Tolong mak sapu sampah ni~

Fikri : Kejap~

Mak : Asyik-asyik kejap, kerja tak jalan pun.

Fikri : Dulu fikri dah buat dah. Bagi kat Taufiq (adik ke-3) lah pulak mak.

Mak : Itulah perangai, asyik berkira sahaja. Cuba ikhlas tolong mak.

Hakikat kehidupan saya 10 tahun yang lepas begitu.

Sinar seorang pengarah sangat kuat membuku di jiwa. Maklumlah “aku kan abang”.

**

Tapi itu bukan topik utama yang ingin saya utarakan. Soal berkira dalam sesuatu aktiviti ada baik buruknya. Bergantung kepada situasi setempat.

Begitupun, kita sering berkira dalam setiap perkara. Baik sedar ataupun tidak. Seperti situasi saya di atas.

Sekarang sudah di bulan Sya’ban. Sebulan lagi kita bakal bertemu dengan Ramadhan Kareem. Sungguh saya katakan, terasa sangat pantas masa berlalu. Teringat lagi berpuasa bersama sambil bergerak kerja Pesta Konvo 39.

Jihad sheikh!

“Berkira-kira bila tarikh puasa, bila tarikh raya. Kadangkala orang sedang berkira-kira itu ditakdirkan tidak sampai ke bulan yang ditunggu sekian lama. Rugi pula sebahagian orang, esok hari pertama puasa “oh! dah nak puasa ke?” (istighfar)”

Sebenarnya saya ingin menjelaskan pentingnya kita berkira. Tidak pelik jika saya dedahkan ada sahaja yang tidak ketahui sekarang umat Islam perlu bersedia dengan kehidupan dalam bulan Ramadhan.

Tidak pelik juga, hari ini ada juga manusia yang memainkan lagu raya meskipun tarikh tersebut belum tentu kunjung tiba. Orang tua-tua kata “Puasa pun tak lagi”.

Ada juga manusia yang berkira-kira bila tarikh puasa ni, tarikh raya ni. Tidak pelik jika orang yang menunggu kehadiran tarikh tersebut, mereka dijemput untuk menemui Allah Azza Wajalla. Sungguh rasa sayu di hati, kerana tidak sempat bertemu dengan Ramadhan.

Rugi saya katakan, sekiranya esok adalah hari pertama puasa dalam bulan Ramadhan, mereka bertanya “oh! Dah nak puasa ke?”

Apapun saya pasti sahabat-sahabat saya tidak begitu. Saya juga mengharapkan agar kita bersama dapat diberi izin oleh Allah Azza Wajalla untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Kareem.

Allahumma Ameen~!

Solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah Taala.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment