Pintu Yang Terbuka Luas

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

5 hari selang masa menunggu kertas peperiksaan fotografi esok hari (20 Jun 2012) bagaikan hari muhasabah saya. Hampir setiap hari video Harapan dan kembali – Taubat & doa oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) kerap diulang.

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=nU-a-ExmTJg&feature=player_embedded]

Namun, setiap kali ingin menulis artikel mengenai sepanjang minggu ini, saya tidak ubah seperti orang kebanyakan menulis di atas kertas kosong. Menggunakan pen sebagai tinta penulisan.

Tidak menepati cita rasa,

dikeronyok kertas,

dibaling ke dalam tong sampah.

Diulang lagi penulisan, namun nasib juga sama. Tong sampah juga. Bukan tidak biasa menulis tetapi hati ini bercampur baur dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Perasaan yang mungkin hanya saya dan Allah Azza Wajalla mengetahui. Perasaan yang mungkin hanya mainan jiwa saya sendiri.

Gelisah, tidak dapat fokus dan sebagainya. Membaca dan mengulang pembacaan namun tidak pasti adakah Ilmu tersebut lekat di kepala. Pokoknya, saya mendapati sangat berkait rapat bahawa

“sudah tiba masanya aku kembali fokus dan perbetul kembali niat”

“aku sudah tersasar jauh, memikir terlalu tinggi, dimana keyakinan mu, fikri!”

Perbetul niat dan fokus

Ketika ditimpa musibah, seringkali kita berkata

“Habislah aku kali ini!”

Namun, hakikatnya kita masih teguh berdiri. Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah, menguji hambaNya cukup-cukup mengikut tahap keimanan hambaNya.

Tidak lebih dan tidak kurang. Sedikit pun tidak Allah memberi ujian yang benar-benar membebankan hambaNya.

Kita takut dalam memberi peringatan serta nasihat kepada sahabat-sahabat, kelak kita akan diuji dengan kata-kata yang pernah kita ungkapkan.

Kata-kata yang memakan tuannya.

“Ya Allah, sungguh aku sentiasa mengulangi kesilapan yang sama, dosa yang sama.”

“Aku tidak berdaya Ya Allah”

Bantulah aku, tolonglah daku. Ampunkanlah aku,

Begitulah

Antara inti pati perbincangan saya dengan beberapa sahabat. Meskipun panjang perbualannya, hanya ini yang mampu saya simpulkan bahawa

“Kita perlu fokus, kefahaman dan keyakinan adalah asas pembinaan Dai’e”

La Tahzan, Innallahama’ana.

Bila lagi akan kaki ini akan menjejak ke bendang di kampung. Melihat kehijauan anak padi. Tidak pasti sekarang keadaannya bagaimana.

Sudah tiba masa untuk dituai ataupun tidak. Penting sekali adalah saya rindukan suasananya, angin bertiup tanpa henti.

Wah~

Hebat sungguh ciptaan Allah. Melihat persekitaran, hasil ciptaanNya terus mengingati Allah.

Seluas-luas pintu dalam ajaran Islam, adalah pintu Taubat.

p/s : Sekarang hangat berita kemenangan Ikhwan di Mesir, semoga Malaysia mengikuti rentak perjuangan ini. Semoga rakyat Malaysia memilih parti yang mendokong perjuangan Islam. Bersedia untuk peperiksaan Fotografi dan Fisiologi Haiwan yang menyusul.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment