Erti Kebergantungan Seorang Hamba

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Catatan

Allah sentiasa rindukan suara hambaNya merintih sayu. Lalu apa lagi yang menghalang kita untuk berdoa? Jika hari ini kita dikenali dengan seorang yang tidak baik, nakal, tidak mungkin 1 hari nanti kita akan berubah kepada yang lebih baik. Begitu juga sebaliknya.

Jika ditanya mengenai kehidupan lalu, siapa kita ingin mengatakan diri sudah terlambat. Begitu Allah sangat mengasihi hambaNya, tatkala manusia lain membencinya tanpa sebab yang kukuh.

Setiap manusia sering melakukan dosa, kitalah pendosa. Kesalahan yang sama kadangkala diulang, selaku fitrah seorang pelupa.

Berdoalah, sebagai seorang hamba yang sentiasa memerlukan pertolongan tuhannya, bukan bermusim.

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”                                      

(Ghafir : ayat 60)

Fikri

5:00

13 Jun @012


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment