Kehidupan dikala kecil dahulu sangat memberi pengajaran kepada diri kita. Saat ini saya nukilkan kata-kata sekembali dari utara menuju ke taman Ilmu yang tercinta, UKM, Bangi.
Berbaki seminggu sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester 2, bagi sesi pengajian tahun 2 ini. Persiapan demi persiapan dilakukan dalam menghadapi pertempuran ini.
Kata-kata ibubapa menjadi peransang meningkatkan lagi mutu mengulang kaji pelajaran. Malah, adik-beradik menjadi agen pembentukan sifat mengurus tadbir diri yang terbaik. Kritikan serta pujian dihambur dalam meniti rantai kehidupan.
Setiap daripada kita mengimpikan kejayaan disetiap inci kita melangkah. Kejayaan itu bukan sesuatu yang boleh kita dapat bagai menguyah gula-gula.
Kejayaan ini perlu disertakan dengan usaha serta persiapan yang secukupnya. Dalam menuju kejayaan, kita turut menumpukan usaha pembentukan diri yang bermula dengan kekurangan tenaga sokongan.
Boleh diandaikan hanya kita sahaja yang mampu mengalas cabaran tersebut, tetapi tidak bagi orang lain. Bila ditanya “nta mampu? Apa yang nta mampu?”
Pasti jawapannya negatif. Keadaan tidak memihak kepada situasi keberlangsungan kemenangan. Diri masing-masing masih memerlukan latihan dan didikan. Tapak asas tidak pernah diwujudkan.
Menggalas tanggungjawab tanpa tenaga sokongan yang mampu melakukan kerja. Ada juga golongan yang mampu, tetapi tidak mahu. Itu lagi payah.
Kita terus menerus diberi kata sokongan tetapi tidak kepada bantuan. Dikata ego tetapi tidak pernah memahami. Dikatakan perlu bersabar tetapi tidak kepada kebersediaan diri menerima modul.
Pembahagian kerja? Siapa yang mampu menerima 1 tugasan yang tidak pernah langsung diberi didikan? Tenaga lama sudah habis digunakan, tanpa menyediakan tenaga mahir yang muda.
Persiapan menghadapi cabaran yang tidak disambut. Muhasabah yang menyeluruh perlu difikirkan bersama. Biarlah dikritik, kerana situasi tidak diketahui. Meskipun lambat kerana menumpukan kesediaan tenaga yang mampu.
“Kita hidup pada hari ini adalah hasil tanaman orang terdahulu, maka giliran kita pula bercucuk tanam dalam menentukan nasib anak muda pada masa hadapan”
Semoga Allah berkati usaha ini, Allahumma Ameen.
Fikri Arrazi.