Latihan Industri Universiti Kebangsaan Malaysia 2018

Selesai menerima kunjungan lawatan Dr. Nurulhikma, pensyarah Sains Bioteknologi dari Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini adalah sebahagian proses penilaian pelajar latihan industri sebelum mereka bergraduasi. Bertemu semula dengan kak zah, pegawai di Rumah Tumbuhan UKM. Beliau masih ingat lagi siapa yang selalu bawa bekal makan tengah hari di Rumah Tumbuhan dulu. …

Baca lagi

Konvokesyen UKM 41

[2008] Mengimbau kenangan setelah berakhirnya kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Teman mengenal ‘apa itu Facebook’ melalui seorang guru. Guru Fizik yang sangat dikenali dengan gaya sempoi dan tegas, Cikgu Jafni Ghazali. Ketika itu, teman sangat mengagumi kebolehan dan perkongsian yang kerap dilakukan oleh senior maktab di laman blog peribadi beliau. Lebih dikenali sebagai Leo …

Baca lagi

Anugerah Ramadhan

Anugerah Ramadhan “Ya Allah, berilah kesempatan utk kami anak-anak menghiburkan hati kedua org tua kami, seperti mana mereka menghiburkan hati kami sewaktu kami kecil dahulu…” 7:00 PM Kg. Giching, Salak Tinggi. Ahmad Fikri Bin Mastor Pelajar Tahun Akhir sesi 2012/2013 Sarjana Muda Sains Biologi (genetik), Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains & …

Baca lagi

Hanya Sedikit Perubahan, Padah Menimpa Gerakan

Hanya Sedikit Perubahan Berdasarkan senario politik semasa serta iklim gelombang gerakan mahasiswa hari ini menunjukkan pelbagai unjuran perbezaan. Jika kita amati berdasarkan tulisan-tulisan orang terdahulu, video-video yang dilampirkan bersama, soal kuantiti pasti tidak terlepas pandang. Kenapa kuantiti? Jika kita lihat di awal 70-an, hanya beberapa kampus, institusi pengajian tinggi sahaja yang wujud. Bilangan penuntutnya juga …

Baca lagi

Autisme, Kanak-kanak Unik

“Ah! Nak jadi motivator sangat!” Setiap hari dalam kawasan kejiranan ni, saya nampak pelbagai kelompok masyarakat. Remaja sentiasa dengan basikal/motosikal siang & malam, meskipun tiada lesen bagi kenderaan bermotor. Ada yang memanfaatkannya menuju ke rumah Allah. Suatu hari, saya perasan seorang pensyarah yang kerap berjemaah di surau, pada mana beliau kadang-kadang turut mengetuai solat jemaah. …

Baca lagi

Sekatan Bukan Jalan Terbaik!

Agenda perubahan mahupun transformasi dari 2 belah pihak dapat kita rasai auranya. Selaku mahasiswa & anak muda, saya khuatir apabila melihat sebahagian daripada generasi muda hari ini lalai dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Ada yang mendakwa, Mahasiswa turun berhimpun dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perosak negara. Ada yang mendakwa, Mahasiswa yang tidak turun berhimpun mahasiswa yang lembab …

Baca lagi

INILAH JALANKU

INILAH JALANKU Jelas beberapa ketika dahulu, saat kita memulakan langkah kecil ke pagar sekolah rendah. Meniti kehidupan sebagai pencari Ilmu. Tika itu, tiada rasa dibenak hati melainkan rasa gembira dapat bersama rakan sebaya. Berderap langkah kaki menuju tekad yang sama, “Kejayaan Harus Kita Miliki”. Dalam meniti kehidupan, dari hari ke hari, kita sedar bahawa impian …

Baca lagi

Berlapang Dada, Benteng Menjaga Hati

Realiti kehidupan masyarakat hari ini jelas menantikan sesuatu perubahan atau pembaharuan (tajdid). Namun sifat ketakutan akibat pengalaman lepas, masyarakat sering dimomokkan oleh satu kelompok masyarakat yang sentiasa bersangka buruk terhadap satu kelompok yang lain. Bagi saya, kuasa keyakinan dan kepercayaan itu sangat hebat! Anak yang kecil, sangat bergantung harap pada ibubapanya. Anak kucing sering mengekori …

Baca lagi

Indah Hidup Bersyarat

“Ish! Makin teruk pula mak tengok kulit Fikri ni” – tegas mak kerana risau akan keadaan anaknya. Beberapa bulan yang lepas, saya sempat ke klinik pakar kulit Az-Zahrah berdekatan dengan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Itu pun hasil desakan dan tuntutan rasmi oleh mak. Setelah ke klinik, penyakit Discoid Eczema ini beransur pulih. Namun hanya …

Baca lagi

Mengimpikan Remaja Palestin Versi Malaysia

“Aku sedih tengok remaja sekarang, lagi-lagi kat belakang aku ni” kata Ahmad sambil merujuk kepada meja yang diduduki sekumpulan remaja. Ahmad sudah pun mengisi perut di kedai yang sama sebelum maghrib tadi, sekadar menemani saya makan malam seorang. Remaja itu masih di meja mereka walaupun banyak jemaah surau sudah beransur keluar usai menunaikan solat berjemaah. …

Baca lagi