“Ah! Nak jadi motivator sangat!”
Setiap hari dalam kawasan kejiranan ni, saya nampak pelbagai kelompok masyarakat. Remaja sentiasa dengan basikal/motosikal siang & malam, meskipun tiada lesen bagi kenderaan bermotor. Ada yang memanfaatkannya menuju ke rumah Allah.
Suatu hari, saya perasan seorang pensyarah yang kerap berjemaah di surau, pada mana beliau kadang-kadang turut mengetuai solat jemaah. Tetapi kali ini bukan di dewan solat, tetapi dikawasan deretan kedai. Kelihatan beliau sedang memimpin tangan seorang kanak-kanak.
Barangkali, remaja tersebut adalah anaknya. Telahan saya benar, pada ketika melihat anak kecil tersebut secara lebih dekat. Namun, anak ini sangat unik berbanding kanak-kanak lain. Dia seorang kanak-kanak autisme. 🙂 Bukan mudah untuk mengawal, kanak-kanak yang berada di dunia mereka sendiri. Saya sendiri mungkin tidak sekuat ayahnya jika berada ditempat itu.