Serangan Individu, Tidak Menguntungkan

Kehidupan

Kecewa!

Hanya itu yang ligat difikiran dan benak hati saya. Kita mengimpikan suasana politik yang bersih. Tiada politik mencemuh, dan menghina.

“AH! Pakatan Rakyat juga pernah buat! Troll bagai~”

Pertama  sekali, saya mengajak rakan-rakan pembaca untuk menolak sebentar sentimen kepartian. Sebentar sahaja. Cuba teliti video parody yang dihasilkan ini atas satu kesilapan yang terbesar menghina keperibadian seseorang.

Biarpun, umumnya sebaran bahawa Datuk Seri Anuwar Ibrahim itu seorang LGBT. Namun, saya sangat kecewa apabila watak yang dimainkan dalam video tersebut melibatkan 2 orang yang saya sangat sayang.

Betapa rakusnya kumpulan tersebut dalam menyerang keperibadian seseorang tanpa berfikir panjang. Pada satu sudut pandang yang lain, saya selaku marhaein melihat video ini bukan memberi manfaat langsung kepada pihak yang terbabit

Tiada langsung keuntungan, melainkan caci maki.

Kenapa?

Rakan-rakan dapat lihat, dua orang yang berserban, bertopengkan dua tokoh ulama’ haraki berjoget kiri dan kanan. Terkinja-kinja bagai menzahirkan perwatakan mereka yang realiti.

Biarpun, ia dilihat ‘menghiburkan’ bagi sesetengah orang, bagi saya ia sangat tidak adil. Saya juga sempat melihat beberapa siri video parody yang dikaitkan dengan pimpinan UMNO, terutamanya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bezanya, dalam dua video ini satu bersifat suntingan ucapan-ucapan lampau, satu lagi perbuatan yang dibuat-buat bukan pelaku sebenar empunya badan. Tiada keuntungan yang diperoleh, malam menambah rasa benci dan jijik terhadap pihak-pihak tertentu.

</code><code>https://www.youtube.com/watch?v=qGBsoOB0394

POLITIK BARU

Ya, saya sangat bersetuju jika arus perubahan diwujudkan di Malaysia dalam pengamalan politik. Malaysia sangat memerlukan budaya politik baru. Baru-baru ini saya sempat menghadiri program bedah buku “Politik Baru” yang dikarang oleh Dato’ Saifuddin Abdullah.

Sangat tertarik dengan harapan dan perkongsian yang disampaikan oleh Dato’. Pada sisi pandang yang lain, ada juga peserta yang bertanya selain dato’ siapa lagi yang menyokong usaha perubahan terhadap politik baru ini. Pada saya, soalan tersebut seakan memberi signal bahawa rakyat khususnya mahasiswa sudah celik politik.

**Bersambung


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment