Perkongsian

Photo of author

Fikri Mastor

1 Comment

Kehidupan

Seorang sahabat tergesa-gesa ke pintu hadapan.

“Kcack~!” Bunyi tombol pintu dibuka.

Kalih perhatian sebentar daripada melihat paparan komputer.

“oh~ Azfar” getus dalam hati ku.

Sambil menguis kakinya mencari-cari selipar, Azfar bersuara; “Ada sesiapa nak tempah apa-apa tak? Ana nak ke ‘Seven E’ ni.”

Meninjau keadaan sekeliling, ada lagi sahabat yang masih berjaga. Jam menunjukkan tepat 12.30 malam.

Nampak sangat khusyuk membaca artikel sambil tidak menghiraukan sahabat lain.

“Ana nak Kopi Panas satu!” membalas pertanyaan Azfar yang kelihatan hambar seketika.

Lapar rasanya perut ni, tadi dah isi dengan nasi pun masih lapar. Beli coklat la.

“Tak apa la, ana ikut enta sekali. Hang ada nak kirim apa-apa tak Hazmi?” kata ku, padahal niat untuk membeli coklat secara rahsia. 😀

“Beli air mineral sebotol, boleh? Ada duit tak?” Pertanyaan yang seperti biasa. Lagi-lagi di hujung semester begini.

“Tak pe lah, duitnya masih ada.” Hati ku berkira-kira. Tak apa lah, sikit je air ni. Boleh KONGSI.

Berkongsi

Berkongsi segala apa yang ada. Dalam erti kata lain, erti hidup pada memberi.

Setiap apa yang kita ada pada hari ini bukanlah hak milik kita yang mutlak.

Mungkin hari ini kita mampu membeli sebuah kamera yang canggih, mungkin juga esok kita hanya mampu makan sepinggan nasi bujang.

Segalanya tidak tetap atau kekal, sedangkan batu yang keras mampu dilekukkan dengan air yang kelihatan lemah.

Teringat pada kata-kata seorang khatib di khutbah Jumaat baru-baru ni;

“Segala apa yang kita kecapi ini, bukan lah hak milik kita yang mutlak. Amanah yang diberikan kepada kita perlu di lunas dan di jaga sebaiknya. Tidak semua yang ada pada kita, ada juga pada seseorang yang lain. Begitu juga sebaliknya.”

Noktah

Biarpun seberat mana kita rasa ingin berkongsi dengan seseorang, itu semua adalah perasaan yang berunsurkan nafsu.

Kita sibuk untuk memuaskan diri sendiri, walhal kita lupa bahawa tanpa kehadiran sahabat, sudah tentu kita bersendirian.

Kita lupa untuk meraikan sahabat, meskipun perkara yang mereka sukai itu tidak selari dengan kehendak kita.

Kita lupa untuk bersama sahabat, malahan lebih teruk apabila ingin diri sendiri sentiasa diperhatikan walhal diri sendiri tidak pernah fikirkan tentang kehendak sahabat.

Walhal diri sendiri yang menyisihkan dirinya sendiri.

Muhasabah niat kembali. (“,)

Wallahu’alam.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


1 thought on “Perkongsian”

Leave a Comment