Pandangan & Hati

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih.

-Hijjaz-

Pandangan

Kembang nan Indah

Sungguh setiap daripada kita pasti mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Malah dengan keadaan negara kita, Malaysia yang sentiasa memberikan kebebasan hak bersuara, pelbagai platform terlaksana.

Dunia serba canggih kini dilengkapi dengan laman sosial, Facebook. Pelbagai info semasa giat tersebar dengan pantas dan efektif.

Pelbagai perkongsian dilampirkan, baik ilmu agama hingga ke info dunia fashion.

Berkongsi pandangan mungkin boleh ditakrifkan sebagai kita sebagai seorang yang berfikiran terbuka sentiasa membuka ruang dan peluang untuk melihat pandangan orang lain.

Pandangan seseorang boleh di bangkang mahupun disokong. Hatta, ketika sedang berbincang dan bermesyuarat dalam kumpulan manusia yang besar, pasti akan wujud suasana ‘bangkang atau sokong’.

Proses Pembentukan Pandangan

Cuba kita alihkan sementara memori kehidupan kita. Saat  indah di alam kebahagian dalam kehidupan sebagai seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak yang sentiasa dilabelkan ‘budak hingusan’, ‘belum cukup umur’. Ceria, duka, gembira, sedih, semuanya bermula di peringkat kanak-kanak.

Ketika itu, paras pemikiran kita masih memerlukan bantuan ibubapa sebagai seorang penasihat atau murabbi.

Saat itu juga, kita mengenal erti kehidupan. Mana yang salah mana yang betul. Mengikut acuan tarbiyah ibubapa.

Peranan ibubapa ketika ini sangat penting dalam ‘mempengaruhi‘ pemikiran kanak-kanak.

Yeah~ Kartun!

Malah, ketika anak-anak sedang khayal dalam keterujaan menonton cerita animasi kegemaran, ibubapa dilihat begitu ‘mengongkong‘ dengan mengalih pandangan anak-anak kepada berita.

Sehingga begitu sekali dilihat pentingnya acuan ibubapa dalam pembangunan kehidupan anak-anak.

Namun, jangan terkejut jika ada segelintir golongan ibubapa pada hari ini sudah tidak lagi mementingkan elemen isu semasa atau berita dalam kehidupan seharian.

Baik dari kaca televisyen mahupun surat khabar.

Mungkin berita di kaca televisyen dilihat tidak menarik atau mungkin unsur keilmuan sudah tidak ada. Unsur keilmuan yang membantu anak-anak dalam mengarang karangan sepanjang 500 patah perkataan.

Mungkin juga, ibubapa melihat berita-berita tersebut hanya mementingkan soal politik daripada soal keilmuan. Politik gambar seakan sudah menjadi kebiasaan.

Kerajaan sebagai ibubapa?

Ya. Saya menyokong pandangan bahawa kerajaan adalah ibubapa kepada anak-anak di luar rumah. Tatkala, anak-anak yang kecil sudah pun membesar dan melanjutkan pengajian di seluruh dunia.

Pengaruh persekitaran sangat mempengaruhi sikap atau perbuatan seseorang.

Sebagai contoh yang paling dekat dengan kita adalah rumah.

Usrati

Kenapa rumah? Baiklah, berbalik pula kepada institusi kekeluargaan, usrati.

Rumah kita penuh serta serba lengkap dengan segala kemudahan. Ada peti ais, tandas, dapur, bilik tidur dan segalanya.

Kemudahan tersebut sangat diperlukan dalam urusan seharian, lebih kepada pengurusan diri. Namun, terdapat juga rumah yang ditambah pula dengan unsur kemudahan pengisian jiwa.

Ada rumah yang dipenuhi dengan buku-buku ilmiah, fiksyen, haraki dan sebagainya.

Ada juga rumah yang dilengkapi dengan set alatan muzik seperti drum, gitar, piano hatta gendang nasyid juga wujud.

Ada juga rumah yang sentiasa diharmonikan dengan alunan suara orang yang mengaji Al-Quran.

Malah, ada juga rumah yang dilengkapi dengan set minuman keras. Allahu Rabbi, Nauzubillahi minzalik.

Jika

Jika wujud suasana kasino, disko, rumah urut dan banyak lagi unsur-unsur negatif yang mendekati kemungkaran.

Saya pasti, sahabat-sahabat yang tidak kuat pengaruh didikan ibubapa pasti berfikir seperti;

“Sekali je kot, cuba ja  bukan nak amalkan tiap-tiap hari” sembang seorang perokok tegar.

“Bukan mak ayah tahu pun, waktu belajar je buat benda ni, dah graduasi berhentilah buat perkara ni” sembang sugar daddy.

Noktah

Kasih & Sayang

Sungguh ini adalah realiti yang sedang menjadi-jadi dalam kehidupan kita seharian. Sedar ataupun tidak, perkara ini sudah pun di lihat sebagai barah.

Kemungkinan besar, pengaruh persekitaran ini dilihat sebagai pembunuh senyap @ silent killer mahupun penggalak unsur harmonis.

Pelbagai kajian dan statistik dihasilkan dalam menilai aspek kehidupan manusia. Buruk baik manusia adalah bergantung pada faktor persekitaran.

Sebagaimana, tumbuhan yang mampu menyesuaikan diri terhadap perubahan sinaran cahaya matahari, begitu juga manusia sentiasa terjaga dengan sinaran hidayah Ilahi. (“,)


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment