Hujung Pangkal

“Shukran, maaf la aku ingatkan tiada orang di rumah petang tadi. Habis waktu kerja terus pulang. Memang tak patah balik dah.” setiap patah ditulis dengan nada serius, pesanan yang ringkas tapi jelas.

“Kalau hang tolong rendamkan dulu boleh?” sambung lagi, merujuk kepada keratan batang pokok mulberi. Sudah lama benih mulberi ini dicari di merata tempat, Alhamdulillah akhirnya ada peluang juga.

Baca lagi

Hanya Berdiam Diri

Hari ini merupakan antara yang saya kira hari terputusnya ikatan kerjasama yang sangat penting. Pembinaan yang sekian lama memerlukan komitmen yang tinggi. Kerjasama akademik. Semester ini saya banyak belajar daripada peristiwa yang gagal mencerminkan diri sendiri sebagai seorang pemimpin kepada diri sendiri. Pada 1 tahap yang saya kira apabila ditegur rasanya menusuk ke dalam hati …

Baca lagi

Percayai dan memahami

Dalam proses latihan, tarbiah dan kaderisasi, perkara yang selalu dilupai adalah, proses untuk melahirkan pelatih yang lebih hebat dari sang jurulatih. Caranya? Berikan KEPERCAYAAN kita kepada mereka. Percaya dan memahami Biarpun kita sering dipanggil untuk melakukan sesuatu yang kena pada skil tersendiri, hakikatnya kita lupa untuk berkongsi. Kita lupa bahawa skil yang ada pada kita, …

Baca lagi

Titik Fokus

Saya cukup terpukul dengan kata-kata seorang ustaz;

“Bila lagi kita hendak mengingati Allah jika bukan pada waktu solat? Kamu rasa sepanjang kamu hidup ni, solat kamu khusyuk tak? Berapa peratus kadar khuyuk kamu tu? Periksa kembali niat kamu, jangan kerana terlalu aktif berpersatuan dan gerakan pelajar, dalam solat pun kamu masih memikirkannya.”

Bukan mudah…

Bukan mudah… Sesuatu himmah (tekad) itu dilaksanakan kepada perbuatan. Perkongsian sembang-sembang santai dengan seorang yang saya hormati sebagai seorang abang, Ibn Ismail. Memandangkan beliau lulusan psychology, saya seakan terpukul dengan kata-katanya. Merujuk kepada post saya beberapa tahun yang lepas, melahirkan rasa bersalah dalam diri; menanam… Setiap perbuatan ada peringkat-peringkat sebelum ia dilakukan. Peringkat tersebut adalah; …

Baca lagi

Kembara Hujung Minggu

Kembara seorang hamba dalam mengenali Tuhannya turut melibatkan pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga dan segalanya. Meskipun masih belajar di peringkat permulaan sebagai jurugambar, saya terasa sungguh besar nilainya sebuah gambar dalam berdakwah. Terbit pula idea untuk membentuk blog baru yang pendekatannya lebih kepada gambar sahaja. Berbalik kepada niat asal saya untuk ber-blog, melatih diri ini menulis …

Baca lagi

Maafkan ku, sahabat.

Bismillah. Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb! Sungguh berdebar rasanya, saat menanti Pesta Konvokesyen 39 melabuhkan tirainya. Pelbagai persolan bermain di fikiran, apakah usaha selama ini yang dicurahkan bersandarkan hanya kepada Learning Contract ataupun demi agenda dakwah yang sentiasa merantai di hati ini. Kunci yang utama adalah Ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bergerak kerja atau hanya …

Baca lagi

Bukan Nasib Baik…

Bismillah. Macam biasa kita mulakan dulu dengan slot promosi Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM. Pengumuman sudah dibuat. Seruan perlu disahut. Ayuh! sertai kami dengan menjadi AJK Pelaksana Pesta Konvokesyen ke-39 UKM (AJKP) Berminat? Sekiranya anda berminat, boleh terus berhubung dengan Shukran Ijtihad untuk permohonan tersebut. Publisiti & Media Gerak kerja sekarang berpusat ke arah tempahan keperluan hebahan …

Baca lagi

Dilema~!

Bismillah.

Ada kisah yang ingin saya kongsi dalam ruangan Perkongsian ini mengenai “Bukan menjadi yang terbaik, tapi memberi yang terbaik”. Asalnya, kata-kata ini dalam bahasa Inggeris yang berbunyi | Not becoming the best, but giving the best. 19 Julai 2011, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah melaksanakan program Suara Kampus siri kedua bertajuk “Dilema Kebanjiran Doktor Perubatan” di Kampus UKM Kuala Lumpur.

Baca lagi

Genap sebulan.

Bismillah. 12 Julai 2011 menandakan kami warga pesta konvo 39 UKM masih mampu berada di sini. Maka, dalam sebulan ini juga pelbagai isu, ilmu, pengalaman, masalah, kenangan, dan aktiviti yang kami hadapi. Belajar untuk mengurus masalah yang timbul, walaupun adakalanya keadaan emosi yang tidak stabil. Masa berlalu agak pantas, sebulan dirasakan seperti seminggu. Pelbagai kerenah …

Baca lagi