Titik Fokus

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Uncategorized

Saya cukup terpukul dengan kata-kata seorang ustaz;

“Bila lagi kita hendak mengingati Allah jika bukan pada waktu solat? Kamu rasa sepanjang kamu hidup ni, solat kamu khusyuk tak? Berapa peratus kadar khuyuk kamu tu? Periksa kembali niat kamu, jangan kerana terlalu aktif berpersatuan dan gerakan pelajar, dalam solat pun kamu masih memikirkannya.”

Allahu Rabbi~

Bila direnung kembali, sangat benar kata-kata tersebut. Kita imbas kembali memori dua ke tiga tahun yang lalu. Kita berada di tahap apa? Di mana kita berada pada saat dan ketika itu?

Adakah kita dahulu seorang yang suka berfoya-foya? Adakah kita ini seorang yang kaki surau atau masjid? Adakah kita ini sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah dan istiqomah dalam segala tindakan tersebut?

Kita gagal dalam mencari titik fokus. Kita hampir terlupa matlamat sebenar kita. Sibuk akan sesuatu perkara yang baru, maklumlah jiwa remaja yang suka akan perkara yang baharu.

Perbaiki kelemahan, mencari keredhaan.

Mula mencari

Mulakan pencarian dengan mengkaji dan menulis kelemahan diri. Buat kerangka penulisan yang bersifat jujur. Biar pahit untuk diluahkan, demi mencari titik penyelesaian. Harapannya di akhir nanti akan berlaku impak yang besar malah berterusan dan bukan sekadar bermusim.

Pelbagai kaedah boleh dilakukan antaranya SWOT.

S-Strength

W-Weakness

O-Opportunity

T-Treat

Menulis Kelemahan Demi Perubahan

Kenapa mencari kelemahan? Kenapa tidak kekuatan?

Baiklah, dalam diri setiap manusia tersembunyi kekuatan dan kelemahan. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kelebihan dan kekurangan, malah antara kelebihan dan kekurangan ini juga pasti kita tidak mampu berlaku adil dalam menilai.

Ya, kita gagal menilai diri sendiri. Jarang sekali kita berlaku jujur terhadap orang lain, apatah lagi kepada diri sendiri.

Contoh, kita tidak berlaku adil terhadap adik-beradik, kita gagal dalam menilai mereka kerana itu kita gagal menyenaraikan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka.

Mencari kelemahan disusuli dengan perubahan ke arah kejayaan, pendek kata menulis kelemahan untuk mencari kekuatan. Tidak semua yang menjadi kelemahan itu hanya bertindak sebagai penghalang sesuatu tindakan.

Tidak!

Menulis kelemahan itu sesuatu yang jarang kita lakukan. Semoga dengan kelemahan yang tercatat mampu memacu titik perubahan dan harapan baharu kepada kita.

Apa yang pasti

Kita akan merasa kecewa, tidak sangka, sedih, hampa dan segala yang negatif terhadap diri sendiri. Kenapa semua ini harus berlaku?

Maka dengan perasaan sedemikian pasti kita tidak mampu tidur lena. Saat orang enak dibuai mimpi kita berguling ke kiri ke kanan, namun mata tidak mampu dipejam sepenuhnya. Fikiran terganggu.

Saat menerima sesuatu makluman yang mendebarkan hati, dengan sangkaan aku mungkin berjaya kali ni. Mungkin berjaya. Penantian tersebut sangat menyiksakan, namun semuanya telah pun tertulis, dan kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tidak pula bagi golongan yang sudah bersedia, malah menganggap bahawa ujian kelemahan sebagai suatu peringatan. Kelak, kita bersedia untuk diuji dan tidak akan berputus asa dengan ujian yang hampir sama.

Cabaran dan risiko akan berubah dari hari ke hari. Bijak dalam mengatur masalah dan ujian tersebut bergantung kepada tahap kesediaan seseorang itu. Jika individu tersebut menganggap

“Ah! Biasa la gagal, siapa tak pernah gagal”

maka, kita akan mempunyai dua persepsi. Persepsi yang pertama menunjukkan individu tersebut sangat optimis dalam tindakan dan mampu untuk mengatasi kegagalan tersebut.

Persepsi yang kedua pula adalah individu ni memang sudah biasa gagal, namun tiada cara dan platform yang terbaik dalam menangani masalah tersebut.

Noktah

Terserah kepada kalian, pilihan ditangan anda. Anda mampu mengubahnya. (“,)


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment