Sejauh mana harus percaya

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Uncategorized

Berfikir banyak, Tindakan juga harus banyak

Sebelum kita tidur, pernah atau tidak kita mensyukuri nikmat Allah? Adakah sebaik sahaja bangun kita juga lupa menyatakan syukur atas nikmat hidup yang diberi?

Adakah kita juga pernah berniat dan berdoa agar dikurniakan nikmat nyawa untuk hidup sebelum kita tidur?

Pasti tidak! Sedarlah!

Meskipun tidak diminta nikmat nyawa, Allah tetap memberi kita peluang untuk hidup pada hari ini. Meneruskan saki baki kehidupan untuk bertakwa kepada Allah.

Melihat akan realiti kehidupan semasa yang tidak terurus, pengurusan diri tidak teratur. Allah masih memberi kita ruang dan peluang untuk kita bertaubat dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Ujian silih berganti, namun sejauh mana kita menghayati hikmah yang ingin Allah sampaikan kepada makhlukNya.

Realiti pada hari ini

Sejauh mana kita menilai erti kesabaran dan melaksanakan nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Hakikat erti syukur bukan sahaja diterjemah melalui perkataan, malah melingkungi aspek perbuatan.

Segala gerak geri, perlakuan seseorang turut mempengaruhi sifat syukur. Lebih teruk lagi, apabila kesedaran yang wujud dalam diri tidak memberi kesan kepada tindakan dan perlakuan seseorang.

sabar la enta, mungkin ini yang terbaik buat enta”

“kenapa perlu bersabar, sedangkan diri sengsara menanggung seorang” tercabar tahap kesabaran

“percayalah, ada hikmah disebalik semua ini. Terpulang kepada enta untuk menafsir dalam bentuk apa pun. Jika tiada solusi untuk menanangi masalah ini secara besar-besaran, perkara ini pasti tidak akan selesai dengan baik.”

“Kita sibuk untuk memimpin, menasihati orang lain, menjaga kebajikan orang lain, tetapi kita sendiri tidak mampu memimpin diri sendiri dari pelbagai aspek.” luahan yang perit tetapi benar.

Siapa kita untuk menentukan ujian kepada diri sendiri yang melibatkan pengorbanan sesuatu perkara? Sudah pasti ada yang bersetuju dengan saya sekiranya ujian tersebut ditentukan oleh sang empunya badan, pasti pengorbanan yang sebenar tidak wujud. Malah, retorik semata-mata!

Pemimpin kepada diri sendiri

Kita adalah pemimpin kepada diri sendiri. Hakikat sedemikian bergantung kepada seseorang individu melihat akan faktor kepimpinan tersebut.

Ada sesetengah berpendapat bahawa saya ini sentiasa menghukum berdasarkan zahir sahaja, malah menganggap bahawa ini hanyalah persepsi.

Sekali lagi saya tekankan, terserah kepada kefahaman kalian dalam menilai, melihat dan menafsirkannya.

Tidak semua daripada kita ini yakin dan percaya bahawa segala kepimpinan yang diacu oleh minda dan pemikiran kita akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Namun, itulah dinamakan risiko. Segala tindakan kita semalam, hari ini, esok dan seterusnya pasti tidak lekang dari himpunan risiko.

“Lebih baik membuat sesuatu meskipun sedikit berbanding banyak berfikir dan merancang”

Sejauh mana kalian melihat pernyataan di atas ini terserah kepada kefahaman yang ada. Kita banyak menghabiskan masa dengan merancang pelbagai strategi dan plan tindakan.

Yakin dan percayalah!

Jumlah masa, usaha dalam menghasilkan plan tindakan yang kita rancang tidak akan sama dengan masa, usaha yang dihabiskan untuk menghasilkan tindakan.

Tidak berbaloi sama sekali.

Tidak dapat tidak

Kita perlu bermujahadah dalam melakukan sesuatu perancangan. Jangan mencipta seribu jenis  alasan, kerana sebagai pemimpin kepada diri sendiri kita harus berkata “Ya!”.

Penyelesaian demi penyelesaian sesuatu masalah yang timbul haruslah dilaksanakan. Bersabarlah dalam menempuh onak duri, percayalah dengan janji Allah. Siapa kita untuk menentukan ujian yang melibatkan pengorbanan?


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment