Cinta : Korban dan kasih sayang

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Uncategorized

Di keheningan malam,
Tafakur di kesyahduan,
Merindui JANJI mu tuhan,
Bantuan di PERJUANGAN.
Kutitiskan air mata,
TAUBAT segala dosa,
Moga terangkat penghijap kalbu,
Antara kau dan aku

[Kumpulan Zikraa – Tafakur]

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=TEcF5EmHpB4&feature=share]

Gigih, semangat berkobar-kobar

Belakangan ini di laman sosial saya sendiri pelbagai post yang saya kira sangat bermanfaat dikongsi oleh sahabat-sahabat saya. Tidak dinafikan jika ada juga sebilangan yang masih juga berkeras berkongsi mengenai masalah peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi secara umum.

Apa yang menarik, virus CINTA kembali menyerang wall FaceBook. Ya, saya akui adalah normal jika peringkat sekarang adalah masa yang sesuai untuk putik kebahagian itu untuk berkembang. Namun, berpada-pada lah.

Cinta yang saya rasakan sesuai buat golongan di peringkat kita ini adalah cinta kepada Allah dan Rasul. Peringkat seterusnya adalah Ibu dan Bapa. Saya pasti sahabat-sahabat sudah pun memperkukuhkan hubungan ini sehingga membawa ke peringkat seterusnya, kahwin.

Setiap hari dalam Al-Ma’thurat kita membaca doa;

“Hati-hati yang berkumpul untuk mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati yang telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu …”

Maka hati siapakah yang kita bayangkan? Kita selalu membayangkan sesuatu yang kita harapkan untuk terjadi secara tiba-tiba. Orang inggeris kata “miracle!”, Keajaiban! Mengingati sesuatu bukan secara berterusan, tetapi hanya mengingati ketika saat memerlukan bantuan dan penyelesaian dalam masalah.

Di akhir doa tersebut kita menyambung;

“… maka eratkanlah ikatan ini Ya Allah”

Baik meminta pertolongan dengan Allah mahupun manusia, sebenarnya kita saling memerlukan antara satu sama lain. Namun, dalam memastikan keberlangsungan perhubungan ini tidak patut sekiranya bersifat hubungan yang sehala. Hatta, ketika mengaji di Universiti pun kita bertanya kepada pensyarah mahupun rakan sekuliah sekiranya sesi kuliah tidak membantu pemahaman kita.

Ayuh sahabat!

Perkukuhkan hati antara kita sahabat. Ukhuwah bukan sekadar taaruf. Ukhuwah mempunyai matlamat jangka masa panjang. Bersahabat kerana Allah. Sepanjang perhubungan, kita akan mencari, mencari dan sentiasa mencari sesuatu pada sahabat kita.

Mencari apa? Mencari apa yang dia suka, dan tidak suka. Harapannya adalah kita meraikan pandangan mereka, apa yang mereka suka, sekalipun kita tidak menyukainya. Seiring dengan perasaan suka, kita juga mengelak sesuatu yang mereka tidak suka, meskipun kita menyukai perkara tersebut.

Sekiranya ikatan persahabatan ini kukuh dan kuat, ditimpa segala ujian mahupun nikmat Allah, ikatan ini tidak putus malah menjadi benteng kepada kita. Kita tidak segan untuk berkongsi apa yang kita sayang.

Susah! Jarang jumpa.

Ya, saya akui jarang sekali kita mampu mencipta perhubungan dengan golongan yang bersifat dua hala ini. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Pokok pangkal adalah diri sendiri sebenarnya. Ego! Ya, saya juga mempunyai sifat tersebut. Namun, adalah perlu untuk kita perbaiki dari semasa ke semasa. Sekali lagi bukan senang untuk perbaiki diri sendiri.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang mempunyai sejarah yang sama. Meskipun berbeza tempat dan keadaan, secara umumnya adalah sama. Diri yang sentiasa mencari kelemahan demi perubahan.

Peluang, menebus kelemahan demi perubahan.

Aktiviti yang paling saya suka ketika berada dalam kumpulan yang kecil, ketika saya bertindak sebagai pemudah cara/fasilitator adalah berkongsi pandangan. Pengalaman sejak matrikulasi sebenarnya meningkatkan semangat saya untuk terus cekal mencari kelemahan.

Apa yang kita kongsi? Selalunya pemudah cara yang akan memulakan bicara, mencipta suasana agar tidak suram dan kelam. Suasana ini perlu dalam memastikan ahli kumpulan tidak segan untuk bersuara. Kita mencari titik persamaan, menggalakan perbincangan.

Akhirnya, bukan kita berniat memburukkan masing-masing tetapi mencari penyelesaian akan masalah yang berlaku. Kelak, sekiranya kita sendiri menghadapi keadaan yang pernah sahabat kita lakukan, pasti kita akan berhenti untuk berfikri.

"Oh! kawan aku dulu pernah kena macam ni" getus di hati.

Noktah

Tidak dapat tidak, isu kawan makan kawan hangat diperkatakan, hatta selepas perkahwinan ada juga kes suami khinat isteri. Sudah sang suami tidak bekerja, hanya isteri sahaja yang bekerja, dibalas pula dengan permainan kayu tiga. Perhubungan bukan dilihat suka sama suka, tetapi perhubungan dilihat yang utama adalah bagaimana kita akan lakukan dalam memastikan redha Allah tercapai.

Nasihat saya kepada rakan-rakan, nasihat yang saya kira sangat memberi kesan pada jiwa sanubari. Nasihat yang diberikan oleh seorang ustaz yang sangat dikenali ramai.

” Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia “
[ Ustaz Azhar Idrus ]

“Ya Allah, engkau hanyalah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong, maka perkenankanlah permintaan ini” (“,)

Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment