Semangat : Pastikan tidak luntur

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Uncategorized

Kutapakkan langkah dengan pasti,

Kurentangkan panji di tiang tertinggi,

Tinggalkan rayuan kemewahan dunia,

Demi bangkitkan agama dan bangsa!

Melangkah dengan pasti!

Cabaran yang paling besar bukan terletak pada kekuatan yang ada pada musuh atau pun lawan. Kita sering menyangka sesuatu yang terlalu jauh.

Mengabaikan sesuatu yang lebih dekat.

Halangan dan cabaran yang paling besar adalah diri kita sendiri. Bersama kita menghayati kelebihan dan kekurangan diri.

Jika diri kita ini dahulu lemah dalam perihal pengurusan diri, maka adalah perlu dan wajib bagi kita untuk berubah.

Perubahan yang akan dilaksanakan bukan bersifat sementara. Jika ingin berubah, maka perancangan tersebut perlu bersifat kekal atau berterusan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Meskipun perancangan tersebut bersifat menghukum diri secara zahir dan batin kita, usah dihiraukan ujian yang mendidik kesabaran diri ini. Ayuh melangkah dengan pasti!

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=ZUoIfKSQiog&feature=related]

Pesanan buat sahabat

Sekiranya diri penulis ini bersifat terlalu cepat menghukum berdasarkan zahir, tidak tetap dalam pendirian, maka teguran yang membina sangat diharapkan.

Kadang kala kita hampir terlupa, pendirian yang kita laungkan selama ini tidak mencapai hala tuju.

Suka saya memetik potongan ayat surah Al-Fatihah, surah yang tercatat sebagai rukun dalam solat;

“Tunjukilah kami jalan yang lurus” (6)

Kehidupan kita ini tidak ubah seperti koridor di dalam sebuah bangunan. Sepanjang koridor tersebut boleh dibayangkan dengan seorang individu yang berada di bahagian tengah laluan tersebut.

Lalu, di kiri dan kanan individu tersebut mempunyai banyak pintu yang pelbagai bentuk, rupa, warna dan saiz. Sepanjang koridor tersebut dipenuhi dengan pintu yang pelbagai.

Kita mempunyai kuasa autonomi terhadap diri sendiri dalam menentukan perjalanan kita. Perjalanan yang pada asalnya bersifat lurus pasti dipengaruhi dengan pelbagai reaksi dari persekitaran kita.

Maka, keputusan di tangan kita. Berdoa dengan yakin dan pasti kepada Allah, sentiasa mengingati Allah di saat sukar dan senang.

Indah hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, namun harus diingat bahawa ujian dan cabaran pasti ditimpakan kepada hamba-Nya yang bertakwa.

Mari kita hayati maksud ayat terakhir dalam surah Al-Fatihah,

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat “ (Al-Fatihah:7)


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment