Dilema~!

UKM

Bismillah.

Ada kisah yang ingin saya kongsi dalam ruangan Perkongsian ini mengenai “Bukan menjadi yang terbaik, tapi memberi yang terbaik”. Asalnya, kata-kata ini dalam bahasa Inggeris yang berbunyi | Not becoming the best, but giving the best. 19 Julai 2011, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah melaksanakan program Suara Kampus siri kedua bertajuk “Dilema Kebanjiran Doktor Perubatan” di Kampus UKM Kuala Lumpur.

Suara Kampus 2 | Dilema Kebanjiran Housemen

Kali pertama Suara Kampus di laksanakan, saya merasakan program ilmiah yang bersifat dua hala ini bagus dalam menerapkan nilai-nilai intelektual dalam mahasiswa/i. Banyak isu-isu semasa yang kebanyakannya kita tidak ketahui di kaca-kaca Television boleh didapati dalam forum berbentuk intelektual. Syabas kepada pimpinan PMUKM kali ini.

Pelbagai aspek yang dibincangkan oleh ahli panel yang rata-rata latar belakangnya adalah dalam kalangan Doktor Perubatan sendiri termasuk moderator.

Pencerahan yang diberikan oleh Prof. Zaleha mengenai perlambakan ini acap kali ditekankan mengenai Policy Makers atau pembuat polisi. Semua sedia maklum siapa yang menciptakan polisi. Sudah pasti Kementerian sendiri. Malah Prof. Zaleha turut membuat analogi Reflex Action. Suatu tindakan tidak sengaja atau tidak dikaji begitu terperinci. Lihat simptom, terus tendang.

Input yang diberikan tidak sampai ke otak, hanya sempat beredar di sekitar spinal cord sahaja.

Akreditasi punca perlambakan?

Punca permasalahan kualiti doktor pelatih ini di pandang dari sudut tempat pembelajaran. Dimanakah doktor-doktor pelatih ini mendapatkan ijazah sarjana muda perubatan? Kebanyakannya, tidak semua Universiti di luar negara mendapat pengiktirafan dari pihak hospital. Jika tidak mendapat pengiktirafan dari pihak hospital, maka menyukarkan doktor pelatih itu untuk melaksanakan tempoh housemenship mereka.

Kualiti di utamakan bukan kuantiti. Sememangnya Malaysia memerlukan jumlah doktor yang besar bagi menampung keperluan negara. Latihan klinikal yang tidak mencukupi serta kaedah pembelajaran yang kurang efektif menjejaskan kualiti pelajar perubatan. Contoh yang dibawakan oleh Prof Zaleha adalah pelajar-pelajar perubatan di Russia terutamanya bermasalah apabila tibanya latihan klinikal, mereka tidak dibenarkan menyentuh pesakit-pesakit dari hospital tempatan.

Alasannya, mereka ini adalah pelajar antarabangsa, maka layanan yang diberikan juga berlainan tidak seperti pelajar perubatan tempatan. Mereka hanya dibenarkan menyentuh pesakit jika dipantau oleh consultant, dan seberapa kerap pula consultant berada untuk bersama-sama pelajar untuk mengelilingi wad.

Masalah Shift

Masalah pembelajaran/pengukuhan dari seorang pakar kepada housemen adalah penyebab kepada sistem shift. Bidang perubatan memerlukan skills yang tinggi. Pakar perubatan yang bertindak sebagai tenaga pengajar tidak berada 24 jam di hospital untuk mengajar housemen.

Jika pakar dijadualkan untuk bekerja pada siang hari, sememangnya beruntung bagi housemen yang berada pada shift pagi. Namun adalah rugi bagi yang berada pada waktu malam.

Selain itu, jika sistem shift dilaksanakan, housemen yang bertugas pada malam hari akan menjalankan tugasnya. Jika berlaku sebarang kecuaian timbul pada waktu pagi, sedangkan housemen yang bertugas pada shift pagi, tidak tahu menahu langsung perihal pesakit pada malamnya, maka mereka sangat bernasib malang untuk menerima segala tohmahan.

Shift ini juga mengakibatkan housemen tersebut tidak belajar perkembangan pesakit. Jika ditugaskan pada isnin malam, selasa malam baru dapat kembali bertugas. Paginya apa cerita? begitulah analoginya.

Well Trained

Perkara ini penting dalam setiap jenis pekerjaan, bukan sahaja cikgu-cikgu memerlukan latihan yang secukupnya, seorang doktor perubatan juga perlu memperkasakan dirinya sebelum berdepan dengan realiti pesakit. Menurut panel, 10 hospital yang dihubungi untuk menawarkan diri melawat, hanya 2 yang memberi respon positif. Asbab yang pertama adalah kebanyakan doktor housemen sama taraf dengan pelajar perubatan . Banyak perkara yang perlu diajarkan semula.

Negara tidak memerlukan banyak General Doctor tetapi Specialist. Apa yang menghampakan, specialist yang sedia ada sudah meloloskan diri ke hospital-hospital swasta. Asbab? Kebanyakan doktor pakar diperlakukan seperti General Doctor. Polisi perlu ditukar. Banyak perkara perlu diambil serius.

Banyak nasihat yang diberikan antaranya:

  1. Sikap perlu dijaga, bukan sahaja bidang perubatan malah apa jua pekerjaan pun memerlukan sikap yang positif.
  2. Percaya pada diri sendiri bahawa anda pasti boleh. Beri semangat kepada diri sendiri.
  3. Memberikan apa jua tenaga dan usaha kita sebaik mungkin, tanpa mengharapkan pujian. Bersama berusaha memberi yang terbaik, bukan menjadi yang terbaik. 🙂

Bersyukur dan Noktah.

A009
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

(As-Sajdah 32:9)

Ayat ini cukup mengajar saya mengenai hikmah mengapa kita tidak selalunya mendapat apa yang kita hendak, tetapi Allah selalu memberi apa yang kita amat perlukan. Begitu juga, saya turut bercita-cita untuk bergelar pelajar perubatan dan menjadi seorang doktor muslim yang berjaya. Namun, saya akur dengan ketentuan-Nya.

“Rezeki masing-masing.”

Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga yang disampaikan oleh bonda kesayangan.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment