Ramadhan Kembali

Kehidupan

Bismillah.

Rindu

Rasa sungguh pantas masa berlalu. Rejab sudah, Sya’ban pun hampir ke penghujungnya. Ramadhan bakal menjelma. Kali ini merasa berpuasa di ‘perantauan‘. Perantau di UKM, Bangi. XD Saya mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada saya. Pelbagai kekuatan diperlukan untuk bergerak kerja Pesta Konvo sepanjang Ramadhan.

Banyak sekali kenangan lalu yang mengaitkan indahnya Ukhuwah semasa Ramadhan. Tapi sayang sekali tidak banyak pula gambar yang diambil. Bila dikenang, rasa teringin kembali ke zaman tersebut. Teringat zaman muda-muda dulu. Muka comel-comel ja. 🙂

Keluarga di KMKulim

Transformasi Ramadhan

Azam tahun ini macam-macam ada. Nak kurus, rasa mustahil. Nak tunaikan terawih penuh rakaatnya pun rasa kurang mampu ja. XD Apa-apa pun usaha itu penting.Tanyalah sesiapapun, pelbagai azam diutarakan. Malah ada yang berhajat menyambung azam tahun lepas yang tidak dapat dilunaskan.

2 hari sahaja lagi sebelum Sya’ban melabuhkan tirainya. Esok sesiapa yang tak sempat nak merasa makanan kesukaan/idaman yang selama ni hampir sahaja tidak bernasib baik, boleh la pulun menelan. Jangan sampai bila dah masuk bulan Ramadhan, masih terfikir tak makan itu makan ini. Tak khusyuk! Semoga dengan barakah Ramadhan, kita mampu menambah segala kekurangan kita. 🙂

Nasihat dan Noktah

Masa berbuka nanti jangan hanya melempiaskan nafsu makan dengan melantak sepuas-puasnya. Mulakan dengan mengucapkan syukur disusuli dengan kesederhanaan dalam berbelanja. Sebulan berpuasa banyak memberi manfaat kepada tubuh badan, terutama perut yang selama ini asyik menerima. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dan bermakna berbanding tahun-tahun yang lepas. Nasihat untuk diri saya juga. Selamat berpuasa ye semua. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment