Letih+Lesu=Lemah

Kehidupan

Bismillah.

Alhamdulillah, berkesempatan jua saya berada dalam bulan yang penuh dengan barakah, Ramadhan. Semoga sempat ke penghujungnya. Sepanjang hari kita menahan lapar dan dahaga. Adakah cukup dengan menahan nafsu makan sahaja? Satu keperluan bagi kita untuk melengkapkannya dengan amalan-amalan sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya di bulan-bulan yang lain.

Suatu ketika dahulu

Kebiasaan tidur selepas subuh melemahkan stamina diri. Sudah tidur semalaman ditambah pula dengan rehat yang tidak berguna. Badan kita ini ibarat enjin kereta. Pagi-pagi lagi enjin kereta perlu di’panas’kan untuk kelancaran perjalanan seharian. Ayah saya selalu pesan,

“motorsikal pun perlu juga”.

Pendek kata, kesemua jenis enjin memerlukan aktiviti warm up. Aih~! Bila enjin tidak dipanaskan, lama kelamaan keupayaan enjin tersebut akan susut. Dari laju kepada perlahan. Dari bunyi macam ferrari kepada bunyi kancil. XD Gurauan.

Maka!

Senyum tak perlu kata apa2
Senyum tak perlu kata apa-apa

Badan kita memerlukan masa untuk bersedia sebelum melakukan perkara/pekerjaan yang berat. Jika pagi-pagi lagi sudah lesu+letih maka keputusannya lemah sepanjang hari. Mulakan hari anda dengan senyuman. Senyum kepada orang tua, adik beradik, suami/isteri (jika berkaitan) jika berada di rumah. Luar rumah, senyum kepada sahabat handai, jiran tetangga, kawan sekerja.

Senyuman ini sangat berguna kerana ia salah satu sumber semangat/motivasi. Kita akan lebih bersemangat jika melihat sahabat-sahabat kita ceria di pagi hari. Jika masam/cengkung muka menampakkan seperti orang yang bermasalah.

Noktah

Ringankan tulang dengan membantu ibubapa, sahabat-sahabat. Dalam bulan Ramadhan, jika banyak aktiviti dilakukan, tidak akan timbul soal kepenatan. Jika pagi-pagi lagi sudah mem’buta’, alamatnya sepanjang hari kita akan rasa tertekan, khusyuk dalam beribadah itu berkurangan. Rasa lebih bersemangat jika ada kerja yang boleh dilakukan. Ibadah juga satu pekerjaan. Tanggungjawab seorang muslim. Selamat menjalani ibadah yang ketiga dalam Rukun Islam. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment