Bismillah. Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb! Sungguh berdebar rasanya, saat menanti Pesta Konvokesyen 39 melabuhkan tirainya. Pelbagai persolan bermain di fikiran, apakah usaha selama ini yang dicurahkan bersandarkan hanya kepada Learning Contract ataupun demi agenda dakwah yang sentiasa merantai di hati ini. Kunci yang utama adalah Ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bergerak kerja atau hanya menambah penat lelah sahaja.
Pasti!
Bila dipersoalkan mengenai rasa ketidakpuasan hati, bengkek, itu semua memang ada. Sejauh mana kita mampu berlapang dada dalam mengatasi segala masalah yang ada. Sungguh, terlalu banyak rasa marah menimbun dalam hati ini. Hendak dimarah, diri ini pun bukannya lengkap atau baik sangat. Masing-masing punya kesalahan. Memetik kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni; Ybhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim
Saya pasti selepas tamatnya Majlis Penutupan Pesta Konvokesyen 39 UKM, sekretariat Pesta Konvokesyen akan mengadakan sesi ‘post morterm’. Semua ini adalah proses pembelajaran. Istilah yang biasa kita dengan CQI= Continuous Quality Improvement“
Maafkan ku, sahabat
Hanya ungkapan maaf yang mampu dituturkan, semoga kita tidak serik dalam berorganisasi. Jangankan kerana sikap ego yang membeku dalam hati kita ini ditambah dengan sikap amarah kita. Semua ini adalah proses pembelajaran. Kita masih baru dalam merancang aktiviti mahupun menjalankan aktiviti. Tahniah juga kerana kalian sangat membantu di kala susah senang. Harapan ku, tidak pernah timbul perasaan dalam diri masing-masing
Aku dah serik, tak nak masuk lagi program macam ni lagi.
Program apa pun sekiranya melibatkan perkampungan dan perancangan yang panjang, penat itu suatu yang pasti. Paling teruk pun, tertekan. Pengalaman amat berguna, mematangkan sekaligus membentuk peribadi seseorang agar lebih berdisiplin dan peka terhadap sesuatu perkara. Segala apa yang dibincangkan perlu dicatatkan agar tidak memberi masalah pada masa akan datang. Ungkapan Maaf ini juga khas buat Khairul Fahmy Jamaluddin, setiap kali dia mengajak untuk keluar bersama, ketika itu lah program sana, program sini. Bila bersua secara tidak dirancang, perasaan serba salah itu pasti ada. Anda memang setia dalam menunggu untuk keluar bersama. Teringat kisah di Maktab Rendah Sains MARA PDRM, Kulim dulu. Hampir setiap masa bersama.
Entah
Memang tidak dapat dilindungi perasan bersalah, setiap kali message yang masuk itu daripada Fahmy. Permintaan yang tidak dapat ku penuhi. Apa yang termampu diucapkan adalah dengan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan selalu bersamanya.
Menarik dan pelik~!
Disebabkan terlalu sibuk dalam menguruskan pesta konvo ukm, saya sering keliru dengan kedudukan bilik di Kolej Keris Mas. Mana tidaknya, sepanjang dua minggu ini, kediaman kedua saya adalah di bilik pesta konvo, bilik PMUKM, dan di dataran gemilang. Habis menjadi bahan jenaka teman sebilik la. Terruukk~!
Noktah
Buat sesuatu pekerjaan pastikan usaha yang dicurahkan adalah sehabis baik. Kelak, kekesalan tidak akan membuku di dalam hati. Bila timbul perasaan kesal, maka perasaan untuk bergerak kerja pada masa akan datang akan terpadam juga. Segala apa yang diusahakan itu adalah sebahagian daripada apa yang kita rencanakan. Sebaik-baik rencana adalah daripada Allah. 🙂
Maaf sekali lagi, sekiranya ada yang terasa hati sepanjang bergerak kerja. InsyaAllah, saya tidak serik dalam bekerjasama dengan kalian. Pesta Konvo 39 adalah pencetus segalanya. Mungkin selepas ini, kita boleh saling bertegur mana yang salah diperbetulkan, mana yang bagus dimantapkan.