Air dan kehidupan

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah. Sebulan lebih tiada khabar baru. Apa khabar sahabat-sahabat ku? Harapnya masih tetap utuh imannya.

Hidup ini ada pasang surutnya, kadangkala kita mendapat nikmat kesenangan namun sejauh mana nikmat kesenangan itu kita hargai sepenuhnya.

Dikala susah, doa tidak putus-putus di pohon ke hadrat Allah, ketika senang masihkah kita mampu mengingati Allah seperti mana kita mengingati Allah ketika susahnya keadaan kita.

Saya yakin bukan saya seorang yang menghadapi kesusahan.

5 ungkapan yang penting setiap hari dalam kehidupan kita:

  1. Mat! Nak air sikit boleh? [Melihat rakan meneguk minuman yang enak!]
  2. Hang dah mandi ka? Air tak ada la! [Keadaan terdesak]
  3. Eh! Jimat sikit air tu~! Orang lain pun nak basuh baju juga. [suasana di bilik air]
  4. “Baik-baik angkat baldi tu, tumpah juga atas karpet ni ha~” kata mak [ketika di rumah]
  5. “Awak ambil baldi isikan KMnO4 ni sampai jadi warna purple macam ni, lepas tu sapu di seluruh kawasan gatal tu” kata Doktor Pakar Kulit [suasana di Klinik]

Sekadar celoteh, sejak akhir-akhir ini pengurusan masa sendiri agak kucar kacir. Sementara masih dalam proses mengurus jadual, sempat juga menulis post ini.

Berkata seorang kakak kepada ku;

Biar sesibuk mana sekalipun, kelas jangan ditinggal! Susah kau nanti!

Nasihat kepada sahabat-sahabat dan saya sendiri agar menjadikan Pelajaran no 1,  Organisasi bukan no 2.

Air dan Kehidupan

Baru-baru ini, pelbagai isu sentiasa timbul di Laman Sosial, Facebook. Isu MPP, Bajet 2012 dan tidak kurang juga isu seorang bayi lelaki berusia 23 hari di liwat oleh bapa kandungnya. Allahu Rabbi!

Bala apakah lagi yang akan Engkau timbulkan? Sungguh, jiwa ku terasa di robek begitu dalam rasanya. Terasa sebagai kaum adam yang tidak langsung berperikemanusiaan.

Ya Allah aku mohon ampun sekiranya perlakuanku menyebabkan dosa kepada saudaraku.

Ayat mengenai air sungai ini, saya perolehi dari Abang Hafizan, ketika sembang santai bersama sahabat-sahabat lain. Sangat tertarik dengan analogi ini.

Ikutlah resmi air di sungai, walauapapun halangan di hadapan, di lempar batu ke kanan air, ke kiri haluannya, dilempar pula ke kiri, ke kanan lah haluannya. Ia sudah pun berada di jalan yang lurus dan sentiasa bergerak ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang, sekalipun ujian/halangan tersebut adalah yang terbesar baginya.

Kekadang, kita merasakan masalah yang menimpa kita ini yang paling menyiksa jiwa. Namun, kita tidak pernah berfikir bahawa masih banyak di luar sana [saudara di luar negara] begitu payah dalam meraih semula kemenangan Islam dari takuk Zionis.

Halangan yang paling besar dalam menegakkan syariat islam mahupun cita-cita untuk menggapai kejayaan di muka bumi Allah ini bukan terletak kepada kekuatan musuh-musuh islam, tetapi halangan yang paling besar adalah diri kita sendiri. Mahu atau tidak mahu, keputusannya kita yang tentukan.

Noktah

Nantikan post selepas ni, mungkin lebih menarik. Dulu selalu pekenakan orang, kali ini diri sendiri yang terkena. 🙂


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment