Android | Satu Fenomena.

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah, masa terluang di rumah ini dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu. Hampir 10 bulan sudah Xperia X8 berada di genggaman. Android adalah jantung yang menggerakkan segala sistem yang ada dalam telefon ni. Tiada Android, X8 tidak akan mampu melaksanakan tugasan hariannya.

Kebanyakan rakan saya sudah mula menjinakkan diri dengan penggunaan Android. Sudah menjadi 1 fenomena. Apa sebenarnya Android ni?

Kenapa Android?

Mula-mula, sejak telefon pertama yang emak beri sudah mencapai tahap optimumnya, niat nak beli telefon yang biasa-biasa ja. Tapi, jiwa remaja seperti menguasai segalanya. Maka, pencarian pengganti bermula!

Pelbagai jenis, bentuk, warna & sistem setiap handphone yang baru habis dijejaki. Sehinggakan boleh buat senarai. Tetapi, yang paling penting sebelum kita membeli adalah BAJET.

Bukan bajet pilihan raya, bukan bajet mesra rakyat atau sebagainya tetapi bajet yang bersesuaian dengan kemampuan kita untuk membeli sebuah telefon bimbit.

Dalam banyak-banyak telefon yang ada, malah yang lebih canggih seperti Iphone &  Blackberry, X8 juga yang menjadi pujaan kerana

  1. Mampu dimiliki.
  2. Menarik pada saiznya, tidak terlalu besar & tidak terlalu kecil.
  3. Sistem operasi yang seakan-akan seperti Iphone.
  4. Paparan yang agak menarik.
  5. Terakhir sekali! adalah skrin yang boleh disentuh.

Persoalan kenapa Android masih belum terjawab. Sebelum tu, pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Android? (klik link)

What is Android?

Android is a software stack for mobile devices that includes an operating system, middleware and key applications. The Android SDK provides the tools and APIs necessary to begin developing applications on the Android platform using the Java programming language.  It is developed by the Open Handset Alliance led by Google.

Android ini sudah dinyatakan baru-baru ini oleh pihak Google 100% Open Source. Apa pula Open Source?

Open source refers to a program in which the source code is available to the general public for use and/or modification from its original design free of charge.

Open Source ini sepenuhnya untuk umum. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakannya. Tidak seperti kebanyakan Operating system(OS) seperti Windows yang memerlukan lesen sebagai pengguna.

Pelbagai kemudahan yang kita boleh dapati dengan menggunakan Open source, antaranya kita mampu mengubah sendiri sistem yang wujud mengikut cita rasa kita. Saya masih belajar lagi mengenai ini.

Kelebihan

Tujuan utama mengapa saya memilih Android adalah sebagai penganti kepada peranti popular Apple, Iphone. Jika diamati, sistem Android hampir serupa dengan apa yang ada pada Iphone.

Kedua, aplikasi yang berkaitan dengan management wujud di dalam sistem Android. Pelbagai nota/memo yang penting saya simpan di dalam X8.

Kekurangan

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan siri Android adalah terdiri daripada skrin sesentuh. Ini memerlukan sikap, azam dan tekad yang tinggi untuk seseorang pengguna menjadi seorang yang berhemah.

Skrin sesentuh amat sensitif sehinggakan warranty yang sedia ada akan terbatal, meskipun dimasuki air.

Sistem Original (Sony Original Stock)

Semasa telefon ni di beli, sistem android yang ada pada X8 adalah bersiri Android 2.1. Mula-mula ok lagi.

Masuk bulan yang ke-3, saya mula resah. Dilema biasa yang harus ditempuhi oleh pengguna Android adalah baterinya yang mengalir bagaikan air.

Mula mencari info mengenai Android. Segala-galanya di amati. Pada peringkat awal, aplikasi System Manager/Task Killer menjadi pilihan.

Namun hanya berkesan untuk beberapa waktu sahaja. Menjadi masalah apabila aplikasi ini turut ‘membunuh’ panggilan telefon yang masuk/keluar.

Lagging juga masalah yang utama. Skrin tidak lagi menjadi elastik apabila terlalu banyak program berjalan.

Penyelesaian!

Cyanogen Mod 7.0 adalah penyelesaiannya.

p/s: nantikan post akan datang mengenai cyanogen mod.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment