Perubahan Satu Kemestian.

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Bismillah.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah berikan. Bulan ini, berhempas pulas dengan segala tugasan dan berperang pula dengan kertas peperiksaan Mid-Sem. Bulan ini juga tahun baru Hijrah bakal menyusul.

Tahun ini 1432 Hijrah, banyak perkara telah berlaku. Minggu depan, InsyaAllah tahun 1433 menyusul.

Kesempatan ini

Saya memohon ampun & maaf sekiranya pernah suatu ketika saya memberi peluang kepada diri saya sendiri untuk;

  1. Menyakiti hati kalian atas sesuatu perkara.
  2. Menyulitkan urusan kalian atas sesuatu perkara.
  3. Bermadah atas gurauan yang melampau.
  4. Ego yang menggunung.

Berubah

Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal Abd. Jamil, Saifulislam.com;

Perubahan itu bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian.

Begitulah, berbicara mengenai perubahan, apa yang pasti sebelum melakukan perubahan kita akan berfikir atau berniat. Apakah betul kita ingin laksanakan perubahan ini.

Berubah dari dulu yang suka ponteng solat, kita gantikan dengan rajin beribadah, malah sehingga mencapai taraf A’bid atau ahli ibadah.

Kalau dulu solat tidak berteman sahabat, kali ni solat berjemaah di masjid-masjid mahupun di surau. Kalau dulu suka bermasam muka, tetapi sekarang lebih ramah. Jumpa orang lain, kita sendiri yang mulakan ucapan “Assalamualaikum”.

Kalau dulu suka bangga atas kejayaan diri, setelah perubahan dilakukan kita boleh diibaratkan seperti resmi padi, makin banyak isi hasilnya makin tunduk tawaduk tidak membanggakan bahawa “Aku lah padi yang terbaik dari hasilnya”.

Nak katakan disini bahawa perubahan yang kita ingin lakukan itu ada kesungguhan. Tanpa kesungguhan, segala usaha yang dilakukan pasti sekerat jalan, maka rugilah dari pelbagai sudut.

Rugi masa, dibuang begitu sahaja walhal boleh diisikan dengan perkara lain. Rugi tenaga, dengan tenaga yang masih muda, kuat, sihat banyak perkara boleh dilakukan.

Mengapa bukan pilihan, tetapi kemestian?

InsyaAllah, diakhir perjalanan kita nanti matlamatnya adalah Syurga Allah. Syurga Allah menempatkan Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan sebagainya. Kita melihat kebanyakannya dipenuhi oleh orang yang baik-baik.

Sekiranya kita sendiri tidak memikirkan bahawa “Aku juga hendak mencapai cita-cita menjadi Ahli Syurga seperti Rasulullah dan para sahabat”, apakah pilihan yang kita ada? Tidak syurga, ke neraka lah pilihannya.

Kita tiada pilihan dalam dalam melaksanakan perubahan. Suka atau tidak suka kita mesti menjadi manusia yang hebat di sisi Allah.

Kekuatan dalam melakukan perubahan sudahpun Allah kurniakan kepada kita. Segala potensi dan kebolehan juga Allah kurniakan.

Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Noktah
Besarlah harapan ibu bapa, melihat anak yang ditatang dengan minyak yang penuh, dahulunya akhlak tidak dijaga, kini Akhlaknya seperti penyembuh luka di dada.
Melaksanakan perubahan perlu berperingkat, namun dalam berperingkat itu sikap lengah dan alasan perlu dihindarkan kerana sikap bertangguh itu memang disukai oleh musuh kita yang nyata.
Wallahualam.
Salam Hijrah dari saya,  Fikri Arrazi, UKM Bangi.

Jom Solat Berjemaah~!

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=ey2Nv0EBOtA&feature=share]


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment