Kerana Dirimu Begitu Berharga

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Bekerja ternyata melahirkan rasa penat. Seharian ditemani dewan kuliah, bersama persatuan, pasti melahirkan rasa penat. Namun, dalam kepenatan kita ada sahaja masalah yang timbul apabila melibatkan pihak kedua, kerjasama.

“Ah! Penat lah!”
“Relax la dulu, lambat lagi nak hantar ni”
“Kalut la hang ni”
“Malas la weh.”

Niat yang ikhlas untuk membantu akhirnya terbantut dek pelbagai alasan yang tercipta. Susahnya berurusan dengan golongan seperti ini.

Kagum!

Saya amat kagum dengan seorang pejuang Islam, Nua’im bin Mas’ud yang baru sahaja memeluk Islam ketika itu. Namun, berani menawarkan dirinya untuk mengucar-kacirkan kem musuh. Kagum dengan kefahaman Islam yang jelas dan tekad yang tinggi untuk berjuang bersama Islam.

Golongan pemuda seharusnya bangkit dari cengkaman sosialisma dan kemalasan yang melampau saat ini. Namun, kesedaran itu hanya dikecapi kelompok yang kecil sahaja.

Ketika umat Islam menghadapi perang khandak, musuh sudah pun menganggap Islam sudah lemah dek kerana kekalahan di bukit Uhud. Begitu angkuh pandangan musuh terhadap Islam ketika itu. Namun, semangat pemuda sentiasa membara dalam membantu menegakkan Islam di tempatnya.

Ayuh sahabat!

Sekiranya dirimu merasa sepi sahutlah nama sahabat mu. Sekiranya diri mu merasa dipinggirkan usahlah meminggirkan diri mu, kukuhkan semula ikatan ukhuwah yang sering diabaikan. Sekiranya diri mu merasa berat untuk berjuang, ingatlah seberapa keringat yang sudah dilaburkan untuk Islam.

Perjuangan tidak pernah menyisihkan komponen jerih perih, kerana ia satu pengorbanan! Pengorbanan masa, tenaga, dan segalanya. Begitu juga diri mu, sekiranya lenyap tanpa khabar berita, izzahkan diri mu dengan kekuatan yang semampunya. Tegarkah anda membiarkan sebahagian sahabat berpenat lelah tanpa bantuan mu sahabat?

Noktah!

Ibrah dari peperangan Khandak tersebut adalah Islam tidak pernah mencari peperangan. Malah sentiasa mencari pintu-pintu perdamaian. Sikap pejuangnya yang sentiasa menawarkan diri untuk membantu dalam setiap gerak kerja adalah kunci kejayaan kesedaran dalam membantu Islam. Mereka memahami bahawa mereka harus bergerak. Sekiranya bukan mereka yang bergerak, siapa lagi yang harus diharapkan untuk bergerak?

Pernah saya timbulkan perumpamaan “Biarpun diri ini pemalas, jangan diteruskan sikap malas tersebut.” Biarpun sebahagian besar sahabat saya yang suka akan perumpamaan ini, akhirnya diri sendiri terpukul dengan perumpamaan ini.

Mari sahabat ku, kita berubah kepada sikap yang lebih baik. Hakikatnya diri kita ini tidak lah sebaik mana, sentiasa melakukan kesilapan dan dosa. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita terus melakukan kesilapan. Muhasabah adalah tindakan sebaiknya.

Wallahualam.


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment