Bismillah.
Macam biasa kita mulakan dulu dengan slot promosi Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM. Pengumuman sudah dibuat. Seruan perlu disahut. Ayuh! sertai kami dengan menjadi AJK Pelaksana Pesta Konvokesyen ke-39 UKM (AJKP)
Berminat?
Sekiranya anda berminat, boleh terus berhubung dengan Shukran Ijtihad untuk permohonan tersebut.
Publisiti & Media
Gerak kerja sekarang berpusat ke arah tempahan keperluan hebahan seperti banner, poster, banting. Pelbagai birokrasi/prosedur ditempuhi perlu di turuti dari unit publisiti. Sebelum rekaan atau bahasa pasar kita design kita di cetak dan menjadi satu keperluan untuk mendapatkan pengesahan dari JPPel, di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Bukan Nasib Baik, tapi…
Adik: Mak, tadikan laili sikit lagi nak jatuh basikal…oooow
Mak: eh, jatuh kat mana tu???
Adik: tuuu ha!
(sambil tangan menunjuk ke tepi longkang)
Mak: ha! dah cakap dah kan, jangan balik lewat petang, kan dah kena!
Adik: Nasib baik tak masuk dalam longkang tadi
(nada kesal sambil meraih simpati barangkali)
Mak: Bukan nasib baik, tapi Alhamdulillah. (dengan nada memujuk)
Alhamdulillah
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Seharusnya bagi kita adalah wajib untuk bersyukur. Sepanjang masa. Kisah di atas banyak mengajar saya, indah jika berada di samping keluarga yang saling mengambil berat sesama ahli keluarga. Saling berpesan kepada kebaikan. Mengajar erti bersyukur sepanjang masa.
Kadang-kadang…
Mak: Nasib baik pinggan tu tak jatuh. Kalau jatuh memang habis la lantai ni.
Adik: Bukan nasib baik la mak, Alhamdulillah.
Begitu juga sebaliknya, indah mempunyai keluarga yang ambil berat ni.
Segala gerak kerja setakat ni dari pihak publisiti sendiri, berjalan dengan lancar. Perhatian yang lebih terpaksa diberikan. Kalau dibandingkan dengan semasa perkampungan, saya terpaksa berulang alik dari rumah. Follow up every single things. Minggu terakhir Ramadhan ini sepatutnya saya bersama keluarga, sehinggakan Mak melahirkan keluh kesah “siapa lagi mak nak harapkan, adik kau ni kecil lagi”.
Tak apa, sikit je lagi. Lepas ni nak membanting tulang untuk mengemas rumah plop. XD Orang tua-tua kata “sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan” . Disebabkan sayang, sebab tu tinggalkan sebentar. Sebentar je~
kalau peribahasa tu salah minta betulkan ye 😀
Tapi..
Tiap-tiap hari kita pasti tidak akan terlepas dengan perkataan “tapi”. Tapi, tapi dan tapi. Penggunaannya kemungkinan besar melibatkan penciptaan pelbagai alasan. Namun dalam ketegasan seorang ibu atau bapa mendidik anak, terdapat sesuatu yang kita sebagai anak lupa bahawa itu adalah kasih sayang.
Zaman sekolah rendah cukup la bagi ku. Sepak terajang, rotan segala bagai sudah menjadi rutin. Anak yang degil. Mungkin saya kurang bernasib baik TAPI saya bersyukur kerana ini adalah yang terbaik bagi ku.
Walau sesibuk mana pun kita, urusan kita sebagai hamba Allah, anak, orang awam sekitar kita. Pengalaman mengajar saya untuk mengurus masa sebaik mungkin, kekadang ada juga yang kita lalai. Biasalah, adat manusia biasa. 🙂
Noktah
Saya setuju dengan hasil perbincangan dengan beberapa orang sahabat dua tahun lepas sebelum masuk ke Program Matrikulasi KPM, dengan membaca blog kita dapat mengenali seseorang.