Untunglah…

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Perkongsian

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bersama keluarga untuk Ramadhan kali ini. Tidak lupa juga kepada sahabat yang berkorban jiwa dan raga demi menguruskan gerak kerja Pesta Konvokesyen ke-39 UKM. Ada yang beraya di UKM, pergh~ pengorbanan yang besar tu. Jika kita memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah pasti membalas budi kalian.

Program Pra-Pesta Konvo

Sekretariat sukan dan rekreasi sudah pun merencana program UKM Konvo LeRUN MTB Mini Jamboree 2011. Sahabat-sahabat yang berminat nak berlumba basikal tu, moh le kita sertai program ni. Penyertaan terbuka, walaupun kalian berada di utara, selatan, timur, barat Malaysia pun kami terima. Nak tahu lebih lanjut? ha! klik pada pautan berwarna hijau atau gambar tersebut.

Cukup!

Setakat ini sahaja (buat masa ini) makluman publisiti untuk Pesta Konvo 39 UKM.

Untunglah?

رَوَى الإِمَامُ الْبُخَارِيُّ فِي الاعْتِصامِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( ‏كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى)). قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى؟! قَالَ:  ((مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى)) [صحيح البخاري]
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-I’tisam dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bersabda, “Setiap umatku masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan.”  Mereka berkata, Siapakah yang enggan? Baginda bersabda, “Sesiapa yang mentaatiku (dan hadithku) ia masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia telah enggan (memasuki syurga).” Sahih al-Bukhari.

Kata Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

Setiap umatku masuk syurga

Bila baca ayat ini, rasa sedap, selesa je ye. Umat Muhammad itu adalah kita. Kita sangat beruntung kerana SETIAP daripada kita akan masuk ke syurga Allah. tetapi disambung pula dengan ayat seterusnya;

إِلَّا مَنْ أَبَى

kecuali sesiapa yang enggan.

Ya! Rasulullah mengatakan ‘illa’ bermaksud kecuali. Kecuali kepada siapa? Siapakah golongan yang berkecuali ini (sahabat bertanya). Maka Rasulullah membalas;

مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Sesiapa yang mentaatiku (dan hadithku) ia masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia telah enggan (memasuki syurga).

Adakah kita enggan masuk ke Syurga Allah?

Sudah pasti kita mahu masuk ke syurga Allah. Cukup dengan pertanyaan saja pada adik-adik kita, pasti mereka akan menjawab perkara yang sama. Tetapi…

  1. Ketika bulan Ramadhan Kareem ini, ada saja berita-berita hiburan di dada akhbar yang tidak sesuai di paparkan. Sangat tidak sesuai.
  2. Puasa tapi tidak menunaikan solat.
  3. Puasa tapi tidak menunaikan zakat.
  4. Puasa tapi tidak menunup aurat.
  5. Puasa tapi masih melihat perkara keji dan mungkar.
  6. Puasa tapi masih menipu dalam urusan jual beli (sukatan juadah berbuka di Bazar Ramadhan).

Puasakah kita?

Ada sahabat saya berkata;

“Habis la puasa aku hari ni, menyesal pula keluar. Niat nak cari telefon, TERnampak benda lain pula.”

Saya tidak merujuk kepada sesiapa, cuma saya agak terkilan dalam bulan  Ramadhan yang mulia ini. Puasa tapi masih memakai pakaian yang mendedahkan aurat itu seperti perkara yang biasa. Bulan Ramadhan ini bulan yang istimewa. Bukan sahaja kita berpuasa (menahan lapar dan dahaga) malah aspek lain juga harus di jaga.

Solat?

Nah! video daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai Wanita itu Amanah Allah. Huraian mengenai penekanan ustaz tidak menggalakkan seseorang itu berkahwin dengan orang yang tidak solat!

Dilema?

  1. Takut majikan anda tidak membenarkan anda berubah penampilan?
  2. Takut orang tua pelik melihat perubahan kita?
  3. Takut kawan lari meninggalkan kita kerana tidak biasa?
  4. Panas? tak selesa menutup aurat?

Nah! Persoalannya…

Kita hidup di dunia ini sementara. Masing-masing memburu Keredhaan. Redha siapa? Manusia atau Allah? Berbalik kepada Hadis di atas. Anda pasti mengetahui jawapannya. 🙂

Noktah.

Perkongsian sedikit ini saya dapati dari tazkirah Ramadhan di Masjid Al-Makmur, Kg. Giching, Salak Tinggi, Sepang. Bersama muhasabah, disamping kita menambah amalan-amalan sunat, perkara sekecil (kepentingan menutup aurat) ini harus di jaga. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mentaati Allah dan Rasul bukan pula golongan yang enggan. Selamat menunaikan Rukun Islam ketiga ye, Ramadhan Kareem~


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment