Cinta ku pergi dirindui, Bahagia bersama dirai

Photo of author

Fikri Mastor

No Comments

Kehidupan

Bismillah.

Alhamdulillah, Sebulan sudah kita berpuasa. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah. Jika bertambah lagi bagus. Terasa sekejap sebulan Ramadhan pada tahun ini. Kesibukan menguruskan Pesta Konvokesyen ke-39 UKM, mungkin salah satu faktor yang mempengaruhi. Pelik juga, tahun-tahun lepas tidak begini. Dulu-dulu, zaman kanak-kanak suka tanya diri sendiri;

“Bila la bulan puasa nak habis ni? Cepat la masa berlalu”

Koleksi doa daripada Kelab Perkim UKM. Walaupun hari ke-29 Ramadhan sudah pun lepas, saya berminat dengan pendekatan Kelab Perkim, memuat naik gambar koleksi doa-doa.

Terima kasih Jubli!

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasulullah dalam hadith riwayat imam Muslim.

Terima kasih kepada Masyarakat sekitar Jubli Perak yang sudi menghulurkan juadah berbuka(iftar), meringankan beban orang lain. Sesungguhnya amat beruntung bagi seseorang menjamu saudara se-Islam berbuka puasa. 🙂

Teringat pula pada saudara di Palestin. Sungguh kita di Malaysia sangat~ bertuah! Semoga kita semua berlindung di bawah rahmat Allah. Seharusnya bagi kita untuk terus berdoa, berdoa dan berdoa agar kemenangan Islam bukan sahaja dirasai di bumi Palestin malah di Malaysia juga.

Transformasi Ramadhan

Bukan berat badan yang kita ingin turunkan, bukan penat menjadi alasan, bukan kesakitan menjadi halangan, tetapi Keredhaan Allah yang menjadi sebutan. Kita di dedahkan dengan pelbagai arus media massa. Setiap hari kita membaca surat khabar, pelbagai kandungan yang berguna terkandung di dalamnya serta menjadi pakej apabila kandungan yang tidak sepatutnya turut memenuhi ruangan tersebut.

Seringkali kita bertanya pada diri sendiri, bagaimana hendak istiqomah dengan ibadah yang sebulan kita melatih diri. Bagi saya, aspek persekitaran memainkan peranan yang penting. Jaga segala tingkah laku, mengetahui batas-batas pergaulan, sentiasa mencari sumber rujukan yang shahih. Teringat akan kata-kata dari mulut sahabat saya Abang Hafizan merangkap presiden Ikatan Studi Islam UKM;

“Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut”

Tidak salah jika berprinsip. Teguran itu sesuatu yang menyakitkan. Janganlah kita menafikan kelemahan diri kita. Walaupun kita yakin keberadaan kita di saff yang ada kebenarannya. Apabila di tegur secara berhikmah, maka belajarlah untuk menerima teguran. Jangan melatah. Bukan dilawan atau bertelingkah tentangnya. Semoga Allah melembutkan hati kita ini. 🙂

Noktah

Akhir kata, Semoga segala usaha yang kita lakukan sepanjang sebulan berpuasa, kita bakal peroleh ganjaran dan nikmat daripada Allah. Salam lebaran, maaf zahir dan batin. Apa yang baik itu datang daripada Allah, apa yang kurang/buruk itu hadir atas kelemahan diri saya sendiri. Orang tua-tua kata;

“buang yang keruh, ambil yang jernih”

Kad raya


Check out Sendy, a self hosted newsletter app that lets you send emails 100x cheaper via Amazon SES.

Newsletter

Mahu Dapatkan Info Pantas?

Langgan email secara percuma. Mana tahu ada tawaran istimewa!


Leave a Comment