Bismillah.
Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi peluang untuk terus mengemas kini blog, masih mampu menaip setiap huruf. Nikmat tubuh badan yang sihat. Pos kali ni masih situasi raya. Tahun ni kurang meriah suasananya, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun lepas banyak kenalan hadir, sekalipun sudah bermastautin di seremban atau luar dari sepang lah kiranya. Tahun lepas memang meriah.
Cerita 30 Ogos – 2 September 2011
Kampung Peket 60, Sungai Haji Dorani.
Tahun ni tak beraya sangat ke rumah sanak saudara, menunggu di rumah bersama embah yang kurang sihat. Kalau ke rumah embah yang lain pun sama, terlantar di atas katil menahan sakit. Tahun ni tidak semeriah juga seperti tahun-tahun lepas. Dulu, jika raya ja, embah sempat bergurau senda dengan cucu-cucunya, bergelak ketawa, tahun ni suram dengan pendiamnya.
Semoga cepat sembuh kepada embah2. ops, mesti ada yang tak mengerti. Embah dalam bahasa melayu bermaksud atok lelaki atau perempuan. Kalau lelaki Embah Lanang, kalau perempuan Embah Wedok. Bahasa jawa ni.
Beraya tahun ni tak kemana pun, banyak di rumah embah. Beraya pun di rumah sedara,makcik pakcik yang dekat ja.
Rakan Sekolah Seri Sepang ( Tahun 2005-2007)
Tahun ni meriah juga, cuma tidak berapa syok lelaki tinggal 2 orang ja. Selebihnya ada komitmen keluarga. Gaya macam dah berkahwin je nak berkomitmen, hahaha! XD. Plan tahun ni pun seperti tahun lepas, bila terfikir je nak keluar hari ni, hari ni lah baru nak message. Tidak pernah berubah, itulah kami. Bila bersua, yang pendiam jadi galak bercakap, yang galak bercakap siap bercakaran. hehe XD
Apa-apa pun, InsyaAllah pertemuan ni bukan yang terakhir kalinya. Semoga terus berhubung walaupun setahun sekali. Bukan apa, kot le nanti ada yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan atau kata sopannya mendirikan masjid, hah~ kad tu jangan lupa dihulurkan. Rumah dah tahu kat mana, senang lah bila hendak ke sana bila ada kenduri kendara.
Cerita 3 September 2011
Hari ni singgah beraya 3 buah rumah. Rumah Bokde Soliha Hj Redzwan di Putrajaya, Embah Imam Supaat (Imam Besar Masjid Hasanah Bangi), dan Pakde mat @ Ahmad. Embah pun kurang sihat. Banyak berdiam diri.
Rumah Pakde
Banyak cerita yang best+lawak. Kalau p rumah dia wajib gelak. Memang pelawak orangnya.
Pakde: wah~! Dah besar panjang semuanya. Kau kat mana fikri?
Fikri: Saya kat UKM, Bangi.
Pakde: Ambil apa?
Fikri: Sains Biologi, nak masuk tahun 2. Lagi 2 tahun, InsyaAllah.
Pakde: oh~ Bagus la tu, tak lama lagi la tu. Mesti ada dah jumpa calon-calon tu. Nampaknya pakde tinggal tunggu kad jemputan la ye.
Sambil berpaling ke arah fadhil.
Mak: Iye la tu, tunggu dah kerja dulu.
Pakde berkata kepada Fadhil: eh~ kau toksah nak berangan lagi, bagi laluan kat abang dan kakak kau. Tapi kalau nak sangat pun boleh juga. (Fadhil sepupu form 4)
XD
Menarik!
Dengan yakin beliau mengisytiharkan diri menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Seraya memandang kami yang masih bujang dan menuntut di institusi pengajian.
Pakde: Kau orang masih kecik, jangan fikir benda-benda ni. Pakde risau nanti silap hari bulan datang surat kat rumah, sebab sokong parti pembangkang. [nada risau+geli hati]
**ada lagi dialog,tapi rasanya tak sesuai untuk tatapan umum, lagipun blog ni bukan blog politik, orang pun tak sudi nak baca. Maklumlah, tafsiran orang, kebanyakannya politik ni kotor.
Noktah
Cukuplah cerita raya ni, sekadar nukilan ringkas buat ingatan pada masa hadapan. Semoga apa yang baik itu, jika kita lakukan, harapannya kita beroleh keberkatan dari-Nya. Ayat ini selalu mak saya ingatkan;
Berjuang kerana kebenaran, berpada-pada mengikut keadaan.
[slideshow]